Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 10

10

"ARIF, sini kejap, sembang dengan aku!" Abang Din memanggil kawannya di kedai petang itu.

"Haa, apesalnya?" Arif pun duduk di meja yang sama dengan Abang Din.

Abang Din merenung dalam mata Arif. Kemudian, tangannya menyentuh dan meramas-ramas tangan kasar rakannya itu.

"Woi! Apa kes dengan kau ni, Din? Kau terkena sawan babi ke?" Arif bertanya kuat. Segan dengan beberapa pelanggan kedai mereka yang sudah membuat muka pandang sinis and tertanya-tanya apabila melihat ke arah mereka berdua.

Abang Din diam. Kemudian, dia meraba pulak paha Arif dan mengusap-usap perlahan. Kenapa, tak ada feeling pun? Kalau dengan Si Zack, dia pegang tangan aku aje pun, dah rasa macam terpanah kilat! Hisy, hairan la aku....

"Hisy, dahlah, Din! Kau ni mabuk agaknya? Lelaki dengan perempuan pun tak reti nak beza ke?"

Arif bangun pantas dan meninggalkan Abang Din terkebil-kebil seorang diri.

Kenapa, aku just ada feeling kat Zack, bukan kat lelaki lain? Ni ke meaning the power of love?. Hu hu hu.... yap! Aku dah jatuh cinta! And aku akan cari budak tu nanti, cakap perasaan aku kat dia, tak kisah la aku gay ke apa, yang penting aku cintakan dia!

Eh, mana bolehlah. Haram lelaki bercinta dengan lelaki. Anak pun tak dapat, dosa yang dapat! Uhh, pening betul kepala otak aku!

Tapi, kalau aku tak ada feeling kat jantan lain, mungkin ke Si Zack tu perempuan? Ha ha ha... ha... kalau gitu, aku memanglah seorang manusia yang normal!

---------------------------------------

11

"MORNING, Zack!" Arin menyapa Zack pada pagi itu.

"Morning." Zack macam biasa la. Kalau dah dapat PS 2, jangan harap nak kisah dengan dunia ni! PS 2 nya yang jatuh tempoh hari sudah dibaiki. Kena RM200. Hai, budak Adam tu, memang sedap kalau aku buat perut dia tu punching bag!

Arin menyediakan sarapan, kemudian memanggil Zack untuk makan sekali.

"Kau makanlah dulu, Rin! Nanti aje aku makan!" Zack menjerit kuat dari depan.

"Ya." Arin naik ke atas untuk mengemas rumah dan bilik-bilik yang ada. Ada lebih kurang 10 buah bilik untuk dikemas.

Ini bilik Zack. Jangan masuk tanpa kebenaran. Tambah lagi Arin. Kalau kau masuk, aku potong gaji kau RM5000. Ha... ha... ha....

Arin membaca notis yang ditulis dan ditampal di depan bilik Zack sebelum dia masuk. Potong gaji lima ribu? Apa maksud dia? Gaji aku enam ratus lima puluha aja sebulan.

Arin turun dan bertanya kepada Zack yang sedang sarapan di ruang tamu.

"Zack, apa maksud kalau Arin masuk bilik Zack, kena potong gaji lima ribu?"

"Ohh... tu maksudnya, kau kerja kat sini lebih kurang sepuluh bulan tapi tak ada gaji untuk kau. Faham? Denda untuk kau sebab tak ikut cakap aku." Zack membalas dengan selamba.
Arin angguk-angguk dan berlalu.


PETANGNYA, Zack mengajak Arin bersenam.

"Rin! Kau kena bersenam and banyak bergerak. Baru senang kau nak lahirkan baby nanti! Jom, ikut aku bersenam. Tapi, kau kena hati-hati, okey? Jangan buat senaman yang berat pulak. Tanya aku dulu sebelum kau buat."

"Ya, Zack." Mereka pun bersenam bersama-sama.

"Arin, kau pernah belajar taekwando tak?" Arin geleng laju.

"Sini aku ajar."

"Bukak kaki sikit, tangan kiri dekat sini, tangan kanan buat ala-ala nak tumbuk orang. For the best result, kau bayangkan kau nak tumbuk orang yang paling kau benci, gerenti best punya!"

Muka Arin merah lagi kerana badan Zack betul-betul rapat menyentuh belakang badannya kerana mahu mengajarnya betul-betul.

"Dah. Cukup untuk hari ni. Thank you untuk cikgu taekwando kau yang hensem ni. Hu hu hu..."

Arin senyum dan mencubit pipi Zack. Alamak, tercubit. Refleks sebab geram tengok dia comel sangat!

"Kenapa? Tak boleh blah ke tengok muka aku yang terlalu hensem ni, Rin?" Zack tersenyum maco.

"Haah. Jom masuk, Zack. Arin nak mandi, dah busuk sangat ni dengan peluh."

"Kau aje, aku wangi arrr," kata Zack sambil meletakkan tangannya ke bahu Arin.
Arin bahagia melihat senyuman mesra di bibir Zack.

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my