Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 19
19
"ISYY... kau mengarut apa ni? Dah, blah. Aku nak masuk dalam. Tak nak bagi pinjam sudah! Malas aku nak melayan kau yang makin pelik dari sehari ke sehari ni! Tepi!" Zack berkata pantas selepas Azim mengucapkan ayat yang begitu pelik and tidak sedap didengar olehnya. Badan Azim yang menghalang laluannya ditolak kasar.
"Sekejap, sayang." Azim mula naik miang untuk sekalian kalinya. Lengan putih tanpa bulu lebat Zack, dipaut kemas oleh Azim. Langkah Zack yang laju tadinya, segera terhenti. Kakinya melayang sedikit ke atas. Mujur sempat dicover supaya tidak jatuh menyembah bumi Tuhan ni!
"Weh, sial kau! Nasib aku tak jatuh! Kalau jatuh, kau jangan harap nak nampak alam and bumi tercinta ni lagi tau?? Siap kau kena dengan aku!" jerit Zack kuat. Bengang tahap dewa dah aku dengan si mamat ni! Memang menempah maut betul la. Kan dah tak pasal-pasal dapat perkataan evil aku!
"Kenapa, emm...? Kau nak belasah aku atas katil ke, baby?" Azim berkata dengan nada romantikusnya. Kening kanannya diangkat tinggi dan senyumnya melebar tak usah sebut.
"Hangguk kau! Kau ni kena mandrem dengan siapa ni, hah?? Apesal kau makin pelik aku tengok??" Zack terhenti seketika
"Kau ni gay agaknya kut? Dengan aku pun kau nak minat! Heh, sewel siot!" Zack menjerit kuat.
Azim masih tersenyum di situ, stand still. Kata-kata Zack sikit pun tak memberi kesan padanya. Lagi lebar senyum ada.
"Kau pikir la. Kau nak kot ni or tak? Kalau kau nak, aku boleh bagi dengan satu syarat." Azim mengangkatkan jari telunjuknya, menawarkan satu tawaran pada Zack. Matanya bersinar-sinar memandang ke arah gadis kasar di hadapannya itu.
Zack membetul-betulkan seluarnya yang agak longgar itu dan bercekak pinggang di hadapan Azim kemudiannya.
"Huh! Apa benda syaratnya? Beritahu la cepat!" Zack mengerutkan dahinya dan bertanya kasar. Si Azim ni memang mengganggu ketenteraman betul! Entah apa kesnya dengan dia ni, naik geli ketiak aku dengan perangai dia sekarang. Mula-mula nak cium aku. Ni nak apa pulak entah!
"Just tell me that you love me."
"Huh! Serius kau dah gila nak makan tempeleng agung aku! Kau buat la lagi perangai gatal miang tak sedar diri kau ni, kalau kau nak aku terajang kau masuk lombong belakang tasik rumah kau, free of charge!"
"Tak apa, kau tak payah offer nak tolong campak aku masuk lombong, aku dengan rela sanggup terjun lombong tu kalau kau sebut kau sayangkan aku. Sayang aje pun, bukan cinta." Azim tak habis-habis cuba memikat Zack.
Macam tulah gayanya buaya darat a.k.a kasanova atau nama lainnya Don Juan. Selagi tak dapat apa yang dia nak, especially perempuan, dia akan terus dengan ayat-ayat cinta nak cuba memikat itu.
"Wei, Don Juan. Kau ni silap tempat, orang, and ayat la. Baik kau balik rumah kau tengok balik and muhasabah diri kau, aku ni siapa, and kau tu siapa? Aku ni kawan baik kau, and selamanya akan macam tu, okey? Tak ada maknanya kau nak kahwin dengan aku. That’s the most impossible thing in the world, got it!"
"Impossible’s nothing, honey...." Azim membalas dengan muka hundred persent poyo.
"Okey, kau kata macam tukan? Fine. Kalau kau nak aku cakap aku sayangkan kau, kau kena tangkap and makan belut setiap hari selama seminggu, depan aku. Ada sanggup?" Zack berkata mencabar Azim untuk membuat perkara impossible’s nothing bak kata Si Azim tu. Nak suruh berenang dalam lautan api, atau nama lainnya letupan gunung berapi yang mengeluarkan lava merah, cuit sikit aje guna jari, confirm jari pun dah tak namanya jari dah! Aku takkan nak suruh dia buat macam tu. Aku sayang jugak kat kawan aku ni, tak nak la dia mati sia-sia macam tu aje.
"Sanggup, sayang. Tapi, kalau aku dah buat, kau jangan lupa janji kau dengan aku pulak nanti. Then, kalau aku mati sebab belut kau tu, tiap malam aku datang kacau kau," jawab Azim. Dia sebenarnya teramatlah gelinya dengan ikan bernama dengan nama belut itu. Dengan kulitnya yang licin dan ada rupa seperti ular kecil itu, memanglah aku agak anti, tetapi dah terlanjur belagak awal tadi, nak buat macam mana lagi, kena la terima.
"Hisyy, gila takut aku! Heh, takat hantu albino macam kau ni, jangan harap aku nak hairan, beb! Muka kau ni kalau jadi hantu pun, makin orang suka ada la!" Zack membalas selamba.
Ceh! Boleh pulak dia setuju! Hampeh betul! Patut aku suruh dia makan katak puru, baru dia tak sanggup! Katak puru tu, dah hodoh satu, haram pulak satu hal lagi sebab diakan haiwan dua alam, samalah sepertinya hal dengan aku yang comel ini. Hu hu hu... Zack bermonolog sendiri di dalam hati.
"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?" Azim membuat lawak bodoh. Lawak sangat la tu! Gila poyo!
"Akukan nak tanya la sikit kat kau. Kau ni pakai ilmu apa, ha? Bila dekat dengan kau aje, terus aku naik loya! Dulu tak ada pulak macam ni!" Zack bertanya.
"Siapa suruh kau pakai ilmu and buat aku jatuh sayang kat kau?"
Azim menjawab dengan ringkas, padat dan of course meloyakan tekak aku! Cukup pakej betul jawapan dia ni!
"Heh! Tahun bila aku duk terhegeh-hegeh mengurat kau, hah? Ada pulak aku? Kau ni jangan nak menuduh tak bertempat, okey? Dahlah! Malas aku nak melayan kau lagi. Makin dilayan, makin menjadi. Menambah masalah ada, bukan nak tolong mengurang." Zack segera berpaling dan ingin melangkah masuk ke dalam sebelum kelibat mamanya bersama suami tercinta datang dengan Pak Ali sebagai drebar mereka.
"Zack! Macam mana? So far so good?" Mama bertanya laju dari jauh. Mata mamanya mula kelihatan sceptic memandang ke arahnya kerana memakai pakaian lelaki. Dari awal lagi dia dah warning, tapi budak ini memang tak makan saman langsung! Bebelnya di dalam hati.
Azim cepat-cepat membuka blazer biru tuanya itu dan memberikan baju tersebut pada Zack secepat mungkin. Dia tak sanggup nak melihat kalau-kalau Zack dimarahi mamanya disebabkan pakaiannya itu.
"Auntie, uncle... apa khabar?" Azim menahan kedua ibu bapa Zack sebelum mereka sempat sampai ke arah mereka berdua, bagi mengcover Zack agar dia sempat memakai blazer yang diberikan olehnya tadi. Kalau Zack pakai blazer tersebut, tak la nampak sangat teruknya daripada memakai shirt itu je bulat-bulat.
Zack pulak berlari anak masuk ke dalam butik dan menuju ke dalam stor. Baju T-shirt yang agak kelihatan low classnya itu, dimasukkan ke dalam seluar jeannya. Rambutnya yang dah agak gaya semacam hero Korea itu, dilurut kemas. Nasib baik si mamat jiwang karat tu nak jugak tolong aku, kalau tak memang agak kantoi jugak la aku kena dengan mama!
"Azim, dah lama ke kamu sampai?" tanya papa Zack kepada budak lelaki yang menjadi calon menantunya itu. Serasa macam sekejap saja dia membesarkan si anaknya itu. Masih terbayang jelas di ruang matanya, bagaimana dia membesarkan anak gadisnya sehingga menjadi kasar dan tidak ubah seperti lelaki. Lelaki pun ada yang lagi lembut dan sopan daripada dia.
"Tak lama sangat, uncle. Baru tadi aje rasanya." Azim menjawab sopan.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam butik. Kedua-dua lelaki itu terus menuju ke arah settie, manakala si ibu pada Zack pula berpusing-pusing di dalam butik sambil mulutnya ternganga luas. Rasa tak percaya memenuhi ruang hatinya. Memang seni hias dalaman yang diarrange Zack menepati seleranya.
Zack pun keluar perlahan-lahan. Dilihat mamanya sedang menganga dan tak berkelip memandang keliling. Dia terjengkit-jengkit jalan dengan lagak ala-ala pencekup anak ayam orang, mengharap yang mamanya tidak akan menyedari kehadirannya di situ.
"Zack!"
Alamak! Kantoi. Suara yang sangat dikenali, memanggilnya dengan lembut. Jauh berbeza dengan kebiasaan. Telinga aku ada masalah ke? Lain macam aje pitching suara mama kali ni? Apa yang dah jadi? Takkan buang tebiat kut? Buang tabiat selalunya orang nak mati dalam masa empat puluh hari, ya la dia buang tabiat!
"Sini kejap!" Mamanya memanggil, namun matanya tidak memandang ke arah anaknya yang seorang itu, tetapi memandang tepat kepada air terjun kecil di situ. Di dalamnya kelihatan beberapa ekor anak ikan bernama Neon Light Fish, yang sedang berenang-renang gembira, sambil badannya mengeluarkan cahaya berwarna biru apabila gelap. Tapi kalau tak gelap pun, cahaya biru itu akan tetap kelihatan jugak. Bila gelap lagi, cerahlah warna lampu di badan ikan itu. Tu la ajaibnya ikan jenis ni.
Zack mencebik. Dengan malas dan perlahan-lahan, dia memusingkan badannya dan menuju ke arah mamanya yang sedang tercegat di hadapan air terjun kecil. Huh, tawakal ajalah kalau nak kena sound tahap ombak tsunami pun disebabkan baju yang aku pakai sekarang ni! Ready dengan ayat kursi untuk dihembus pada mama kalau tiba-tiba dia marah!
"Mama, masuk lalat nanti dalam mulut tu. Tutup sikit biar rapat." Zack menegur mamanya.
Mama sudah berada di tahap semacam orang puasa tengok iklan ayam panggang dengan air batu campur dalam TV. Nganganya luas semacam. Mata pula tidak berkelip walaupun sekali.
"Oh..." Dia kembali ke alam nyata selepas terdengar suara anaknya itu menegur
"Kenapa ni, ma? Mama termakan cendawan beracun ke sampai asyik menganga and termenung aje?" Zack risau juga kalau-kalau ada apa-apa masalah dengan mamanya itu. Dah la sorang ni aje mamanya, memang tak ada pengganti walaupun mama suka marah, jerit kuat-kuat, tetapi tu semua pun sebabnya tak ada yang lain, melainkan disebabkan kasih dan sayang.
Tak ada kasih sayang yang dapat menandingi kasih dan cinta seorang ibu pada anaknya. Kasih sayang anak pada ibu pun memang takkan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kasih ibu pada anak. Kalau tak, takkannya akan jadi banyak kes anak menghantar mak ayah ke rumah orang tua-tua.
Tapi, ibu-ibu zaman sekarang pun ada yang dah advance gila. Anak pun sampai dipam-pam ke dalam lubang tandas. Apalah dosa si budak tu. Nauzubillah. Terlintas di minda Zack betapa makin teruk dan kroniknya orang-orang zaman sekarang. Tak payah tengok di luar negara, negara sendiri dah cukup dengan bermacam masalah sosial dan budaya kuningnya.
"Eh, tak ada apa-apa la, sayang. Cantik sangat Zack decorated butik ni. Mama suka sangat-sangat! Thanks, honey!" Mamanya menjawab sambil matanya bersinar-sinar merenung dalam muka Zack.
"Ha ha ha... memang Zack decor khas mengikut citarasa mama pun. It’s nice to know that you like it, ma! Tapi, kosnya mama la kena tanggung,. Hu hu hu..." Zack berkata perlahan. Tangannya memeluk tubuhnya sendiri. Sesekali, matanya dikerling ke arah Azim dari kejauhan. Si Azim itu sedari tadi tidak habis-habis mencuri pandang kepadanya sehingga membuatkannya tidak senang hati.
Aku pakai aje baju ni, bukan aku nak pergi lelong! Kalau lelong pun, berapa sen sangat aku nak dapat? Kalau dah kedekut sangat, tak payah bagi pinjam pun tak apa! Rimas gila aku dengan tenungan dia! Ala-ala beruk mak yeh tak makan seminggu pun ada! Duk tertenung-tenung and semacam mengaim buah pisang dari jauh, and akulah buah pisang tu!
Ceh! Hampeh punya cekadak kering ni! Tahu la muka hensem ada gaya anak raja, tapi tak payah la nak menambah koleksi gadis-gadis keliling pinggang kau tu! Bukan aku tak tau, kau tu bukan ada Amy aje, dengan tok nenek segala Amy kau sapu! Perempuan-perempuan yang duk selalu kejar and dikejar Si Azim ni pun, bukan tak tau yang dia ni playboy. Aku berani kerat hujung bulu mata la kalau ada yang tak tau.
Tapi, disebabkan Azim ni anak Datuk, bukan sebarangan Datuk, Datuk yang dengan izin Allah, memang takkan bankrap la untuk tujuh keturunan dia disebabkan hartanya yang banyak melimpah-ruah tu. Tu sebab la ramai yang sanggup ‘dimadu’ walaupun tak sampai masa lagi untuk pegang title ‘dimadu’ itu disebabkan kekayaan bapak Si Azim ni.
"Jemput duduk, Datin."
Datang pulak Si Saniya, entah dari mana munculnya. Tadi tak nampak pun, tiba-tiba aje terpacul mukanya berhampiran dengan Datin Gold itu. Mukanya semacam disembunyikan di belakang Datin, mengintai dari kejauhan, melihat pada muka Zack yang kelihatan agak menakutkan awal tadinya. Already looks steady and more better than before.
"Oh, kamu Saniya. Tadi tak nampak pun, kamu kat mana? Dah jumpa dengan bos baru kamu ni?" Datin Gold berkata sambil menunjuk ke arah Zack.
"Dah, Datin. Tadi ada aje kat belakang, kemas-kemas apa yang patut." Saniya membalas dan mengangguk, matanya tidak diarahkan pada Zack pun. Tetap di belakang Datin Gold dan merenung kasut. Serupa la kasut tu diperbuat daripada emas, takut orang curi, tu sebab asyik merenung aje dari tadi. Padahal, tengah memakai kasut tu, siapa la yang bertuah nak pergi curi?
"Saniya ni ketua bahagian pemasaran dekat butik lagi satu tu. so jangan pandang rendah dekat dia, okey? Mama saja suruh dia pindah sini, boleh tolong banyak sikit," kata Datin Gold sambil matanya melirik ke arah Zack dan kemudiannya dialihkan pula memandang Saniya.
Dari kejauhan, kelihatan Dato’ Muhammad mula mengangkat punggungnya, menyambut beberapa kenalan mereka yang baru hadir.
"Zack, siapa yang jadi pengerusi majlis kejap lagi?" Mama bertanya sambil matanya merenung bulat ke arah anaknya.
Saniya mengatur langkahnya ke arah beberapa tetamu yang baru hadir, bagi menyambut mereka sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Mak aiii! Serius aku lupa siot! Macam mana ni? Benda penting pun boleh lupa! Siapa yang aku boleh cekup buat bidan terjun pagi ni ni?
Zack menggigit bibir bawah. Keningnya dilurut perlahan. Tetamu yang hadir dilihat semakin bertambah ramai. Matanya memandang sekeliling. Tertekan dengan masalah yang baru timbul, dengan mata mamanya yang lebih ke arah menjegil serupa anak pontianak ke arahnya.
Zack meraup mukanya perlahan.
"Zack, I’m curious and waiting for your answer here, okey?" Mama Zack mula bersuara tegas apabila anak perempuannya yang taidk serupa perempuan itu mula terkulat-kulat tidak mahu menjawab soalannya tadi. Mesti ada something wrong somewhere ni. Mamanya meneka.
"Aaa.. aa... Azim la ma! Azim yang jadi pengerusi kejap lagi!" Zack menjawab selamba dengan penuh semangat, sambil menepuk tapak tangannya kuat dengan harapan mamanya mempercayai helah baru yang direkanya tadi. Tawa palsunya berderai bagi melindungi kekalutan yang hadir.
Huh! Nasib badan kau tak baik la hari ni, Zim! Kau aje yang aku nampak dari jauh. Siapa suruh kau bersinar-sinar sangat macam bintang cancer dekat tepi tu? Dah tu, duk merenung aku tak habis-habis, memang la padan dengan muka kau!
Zack segera bergerak automatically menuju ke arah Azim yang baru mula bersembang dengan seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an. Entah apa yang disembangkan, asyik tergelak tak henti-henti. Wanita berumur itu pun tak habis-habis dengan senyum lebarnya dan kadangkala turut ketawa bersama dengan Azim. Biasalah Don Juan ni dengan siapa pun dia boleh buat orang happy and rasa tertarik dengan dia, tu la kelebihannya.
Zack berdehem dua tiga kali sambil matanya memandang tepat ke arah Azim, membuat eye contact kepada Azim, supaya lelaki itu dapat dipinjamnya sebentar.
"May I leave you for a while, dear?" suara Azim yang agak lunak itu kedengaran menampar gegendang telinga Zack, sekali gus mendatangkan rasa geli-geleman di dalam hatinya.
Eee... ya Allah! Sumpah aku kena beli inhaler bila dekat dengan si cekadak kering ni! Dengan mak cik tua ni pun dia boleh panggil dear? Apa nak lamar jadi sugar mummy ke? Hai, dunia memang sudah terbalik, serupa la dengan aku pun yang tak berapa nak betul sangat ni. Hu hu hu...
"Sure, why not? Please." Wanita yang layak dipanggil auntie instead of dear itu pun menjawab perlahan, seakan membuat salah satu aksi menggoda suami pun ada juga lagaknya. Kemudian, dia membetul-betulkan selendang di bahu dan menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Azim dan Zack, dan berlalu menuju ke arah beberapa kenalannya yang lain.
"Kenapa ni, sayang? Aku tengah pancing ikan haruan besar tu. Kacau line la kau ni." Azim bertanya sambil jarinya digerakkan ke arah pipi Zack, mencuba nasib untuk mencuit pipi gadis comel itu. Namun Zack pantas mengelak. Tangan Azim ditepis kuat.
"Woii, stop that for a while, can you?" Zack bertanya dengan muka bosan.
"I cant, sayang... because you are so sweet and.."
"Kau kena tolong aku jadi pengerusi! Zim! Please, I"m begging you, okey?" Zack berkata laju. Malas nak mendengar ayat-ayat cinta palsu Si Azim itu. Matanya merenung dalam mata Azim, mengharapkan secebis harapan dalam keadaan yang mengharu-birukan itu.
"What??" Muka gatal Azim awalnya terus berubah. Bibir yang tercantum dua mengukir senyum tadinya itu segera terbuka luas mengalahkan luas pintu masuk Gua Niah di Sarawak.
"Please la, weh! I’m a dead meat if you don’t help me now!" Zack menjerit perlahan supaya suaranya tidak begitu ketara kedengaran. Tanpa sedar tangan Azim diraih dan dipicit-picit.
Azim yang terkedu tadinya segera kembali normal dan tersedar selepas tangannya disentuh Zack.
Eh? Dia sentuh aku! What on earth?? Huh, bertambah debar pulak! Bukan debar sebab kena jadi bidan terjun, tapi berdebar tak tahan tengok mata bulat Si Zack ni! Tambah pulak dia pegang aku. Mak ai.. comelnya dia! Ya Allah... kuatkanlah hati aku, jangan bagi aku buat drama pulak lagi dekat sini. Cukuplah drama malam tu dengan hadiah telur ayam sebijik dekat dahi. Aku tak nak dapat flying kick Si Zack ni pulak! Bukan tak pernah aku tengok dia flying kick orang, sampai pengsan masuk wad kena dengan dia, beb! Bukan calang-calang orang budak tomboy ni!
"Weh! Time is running fast! Please make the decision, Zim!" Zack terus menggesa Azim kerana masa untuk majlis bermula cuma tinggal lebih kurang suku jam sahaja lagi.
"Whatever just for you, darling!" Azim membalas. Muka gatalnya muncul kembali. Ala, takat jadi MC, apa sangat la bagi aku. Dah biasa sangat dah! Hati Zack yang keras tu lagi penting untuk aku tawan!
"Yap! Tu yang aku nak dengar!" kata Zack sambil petik jari.
"So, sekarang, apa kau nak aku buat?" Azim bertanya.
"Kau... nak buat apa eh? Aiseh! Aku... aku..." Zack mula tergagap. Angin kus-kusnya mula datang menjenguk.
"Aku... aku... aku apa?" Azim membalas sambil matanya memandang ke dalam anak mata Zack. Kelihatan bersinar walaupun wajahnya sedang dirudung kegelisahan yang tak berpenghujung. Ingat dah selesai masalah, rupa-rupanya masalah baru pulak datang.
"Aku blurred, siot! Isyy! Jahanam betul la! Apa benda aku nak buat ni?? Arrghh!" Tangannya meramas-ramas rambutnya sehingga sedikit serabut. Kemudian rambut itu disisr dengan hujung jari pula. Namun masih nampak kusut.
"Wei, relaks la, beb! Kau kecoh-kecoh sendiri kat sini buat apa? Akukan ada? Apa gunanya aku as your hero, honey? Jangan risau, okey? Aku akan buat hari ni jadi hari yang memang penuh bersejarah untuk kau, sayang."
"Penuh bersejarah? Apa maksud kau? Kau jangan kata nak malukan aku pulak, weh! Aku tak sanggup terima, beb!" Jari telunjuknya dihalakan ke hadapan muka Azim dan kemudian tangannya pula laju menolak bahu kawan baiknya itu.
"Trust me, okay? Aku akan jaga and lindungi kau selagi aku dapat. Don’t worry, I’m here just for you, dear." Azim berbisik perlahan di telinga Zack.
Zack bertambah blurred dan mula terawang-awang. Serasa seperti hanya mereka yang berada di situ. Mata mereka terpaut lama. Seolah mencari sesuatu di dalam mata masing-masing. Masih kabur dan ada sesuatu yang tidak dapat dibaca meskipun menggunakan hati nurani.
"Abangnya... cuba tengok tu! Dua-dua tu!" Datin Gold menyiku bahu suaminya sambil menjuihkan bibirnya ke arah Zack dan Azim selepas terpandangkan aksi mereka berdua. Kelihatan begitu menarik dan mempesona.
"Amboi la... romantik benar. Tapi mana boleh tenung-tenung macam tu sebelum kahwin. Kan ke haram buat macam tu?" balas Dato’ Muhammad sambil menguis-nguis janggut nipisnya yang sudah mula beruban sedikit.
"Ala, abang ni. Biar ajalah, baru la Si Zack tu boleh merasa and fahami sikit apa maknanya cinta. Abang la yang buat dia tak berminat dengan lelaki." Datin Gold merenung sisi muka suaminya yang sibuk memandang ke arah anak mereka dan Azim yang sedang merenung tak ingat, ke arah satu sama lain.
"Eh, kita pulak yang kena. Yang awak tu, mendidik la sangatkan? Kalau awak pun didik dia betul-betul, tak adanya dia nak jadi macam tu. Ini awak pun diam aje. Jangan nak salahkan saya pulak." Dato’ Muhammad membalas dengan nada memerli.
"Tak boleh biar dia orang ni. Makin parah nanti. Elok kahwinkan aje cepat-cepat. Nanti kalau dah terbuncit Si Zack tu, siapa nak tanggung?" Dato’ Muhammad menyambung. Langkahnya memanjang menuju ke arah Zack dan Azim yang berada di sudut butik tersebut.
Berdebar kuat pulak dada ni! Kenapa lembut sangat suara dia? Huh! Kali kedua dah ni beb! Malam tu sekali. Ini pulak lagi sekali. Masalahnya, kenapa aku tak dapat lari daripada tak menatap muka dan mata dia? Zack berbisik dengan debaran yang membuatkan hatinya tidak menentu.
Mata dia macam mengharap sesuatu. Tapi, aku sendiri tak pasti apa. Aku tak dapat baca mata dia. Tapi yang aku pasti, mata dia tak sama dengan mata gadis-gadis lain yang pernah jadi awek aku dulu. Memang la tak sama sebab mata dia warna biru. Tapi ni bukan sebab warna yang membezakan, tapi... uhh! Aku pun tak pasti apa. Tapi, betul ke aku dah mula jatuh hati dengan dia pulak? Mata Azim terus merenung dalam anak mata Zack yang padanya begitu memikat hati.
"Aduh, sakit!" Seorang kanak-kanak lelaki terjatuh selepas terlanggar sisi kanan tubuh Zack. Zack yang sedang merenung Azim terus tersedar. Begitu juga dengan Azim. Mereka berdua mula terkulat-kulat dan tergaru-garu kepala sendiri.
Dato’ Muhammad yang baru sahaja mahu menyergah mereka berdua, juga terhenti begitu sahaja langkahnya. Zack membantu budak lelaki itu bangun. Budak itu tersenyum sedikit dan terus berlari lagi. Tak serik lagi tu walaupun dah jatuh tadi.
"Eh... apa benda kau nak suruh aku buat ni, beb?" Azim bersuara. Ada nada getar di dalam suaranya walaupun tidak ketara. Matanya tidak lagi memandang ke arah Zack. Begitu juga dengan Zack. Dia lebih senang memandang ke arah lain. Bibirnya diketap kemas, membuat muka innocentnya, kemudian melirikkan matanya ke arah jam di pergelangan tangannya.
"Huh! Aku.,. aku... Uhh! Fokus, Zack, fokus!" Zack menjerit perlahan. Belakang tangannya diletak pada bibirnya dan dia termenung seketika. Dahinya berkerut. Dah semacam baju yang baru keluar dari mesin basuh. Dia mencuba untuk menghilangkan ketidaktentuan yang sedang melanda hatinya, yang membuatkannya tidak dapat menumpukan perhatian langsung.
"Ha! LCD untuk tayangan! Come, ikut aku!" Zack mengatur langkahnya menuju ke arah pentas. Masa dirasakan begitu cepat berlalu.
"Tayangan apa, Zack?" Azim bertanya sambil langkahnya laju bagi menyaingi langkah pantas Zack.
"Uhh! Kau tayang la apa benda yang ada dalam laptop tu. Kau nak karaoke pun boleh! Lagu apa kau nak. Orang putih, Hindustan, Korea, semua ada! Kau nak dangdut and gelek Arab pun aku tak hairan! Okey, now kau browse kat laptop ni apa benda yang sesuai, aku nak test LCD. Please, okay? I really need your help!" ujar Zack pantas selepas mengeluarkan laptopnya dan diletakkan di meja kecil berhampiran dengan pentas rendah di situ. Matanya merenung sebentar dengan penuh harapan ke arah Azim, mengharap agar lelaki itu membantunya walaupun sedikit.
LCD yang memang sudah tersedia dipasang pada siling butik berkenaan dikerling sekilas. Wayar panjang dari suis berdekatan disambung pada belakang laptop berjenama Compaq itu lalu suis untuk menghidupkan LCD segera ditekan.
Hanya lima minit lagi majlis akan bermula seperti yang diuar-uarkan pada awalnya. Namun, riuh-rendah di butik berkenaan masih tidak juga surutnya. Dengan budak-budak kecil berlari ke sana sini dan juga dengan mak datin-mak datin yang tak habis bergosip tentang fesyen and macam-macam, memanglah tak surut kehingaran yang ada.
Bagus jugak macam ni! Tak la aku kelam-kabut sangat. Tapi kalau dapat mula on time, lagi bagus! Zack berbisik sendiri di dalam hati.
Sekali lagi jam di pergelangan tangan ditenung sambil menggigit bibir. Last minute punya kerja, macam ni la jadinya! Sewel betul! Benda penting pun boleh lupa! Zack mencapai mikrofon dan standnya dan segera diletakkan di tengah pentas.
"Testing... testing... jangan gelabah jangan pening... one, two, three.. majlis start kejap lagi."
Suara Zack mencuba mikrofon membuatkan suasana sepi seketika. Ucapan Zack diiringi senyuman dan ketawa oleh ramai tetamu yang hadir. Mahu taknya, berucap dah semacam orang promote char kuew teaw dekat pasar malam. Zack menolak rambutnya yang sedikit terjuntai ke dahi, butang off pada mikrofon itu ditekan lalu dia bergerak menuju ke arah Azim yang sibuk menggodek laptopnya itu. Keadaan mula gamat kembali seperti awal tadinya.
"Amacam kau? Dah ready belum?" Bahu kiri Azim ditepuk perlahan sambil matanya merenung skrin laptop tersebut. Kelopak matanya dikecilkan bagi menahan kesilauan skrin laptop itu.
"Dah. Ni kau pasang lagu ni nanti. Biar aku nyanyi, boleh?" Azim berpaling ke arah Zack di sebelah. Pipi gebu gadis itu begitu dekat dengan mukanya. Azim merenung sisi muka Zack. Debaran datang lagi.
"Huh! Hampeh! Kau nak karaoke lagu ni?? Ha... ha... padan gila dengan kau! Nyanyilah tiga puluh lapan kali pun, aku tak kisah!" Zack ketawa sekuat hati mengutuk Si Azim yang memilih lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’, nyanyian kumpulan Matta dari Indonesia itu lantas berpaling ke arah Azim. Sekali lagi muka mereka bertatapan. Gelak tawanya yang masih tersisa tadi, terhenti begitu sahaja. Dia diam terkaku di situ, begitu juga dengan Azim.
Mak aii... kejadian yang tidak patut berlaku dan tidak diingini berlaku lagi! Pada saat-saat genting macam ni pulak tu! Lain la kalau tengah honey moon, lepas kahwin ke, boleh jugak aku terima! Honey moon... lepas kahwin?
Zack menelan air liur. Pantas mukanya dialih dan badannya dipusingkan ke belakang. Isyy! Hantu air ni kenapa suka buat aku berdebar? Siot betul la! Mukanya diraup dua, tiga kali dan nafasnya ditarik panjang dan dilepaskan. Lama. Wajah Abang Din menerpa secara tiba-tiba. Mana boleh aku suka dua orang lelaki sekali gus! Advance gila untuk aku yang tomboy ni!
"Macam mana, Zack? It’s almost the time." Papa Zack datang menegur. Muka pucatnya cuba diselindung, Zack menggaru belakang telinganya dan pura-pura ketawa. Imej wajah Abang Din hilang melayang diganti dengan wajah papanya yang semakin kacak, seiring dengan pertambahan usianya.
"Ask our master of the ceremony a.k.a MC kita hari ini, iaitu Encik Azim, ya papa?" Tangan Zack dihala ke arah Azim yang sudah pun berdiri selepas papa Zack datang menghampiri mereka berdua.
"Boleh kita mula, Azim?" Papa Zack bersuara lembut. Jarinya yang sepuluh itu dicantum erat.
"Oh, insya-Allah boleh dah. But, is it okey if I’m not wearing the coat?" Azim berkata penuh sopan dan hormat.
Sungguh, aku tabik spring la dekat si mangkuk tingkat ni! Memang bab berlakon sopan ni dia conquer habis! Tengok la tu. Tak cukup dengan bercakap perlahan and sebijik-sebijik dia sebut perkataan tu, boleh pulak dia buat muka innocent gila depan papa? Hisyy! Memang la dia ni! Indah rupa daripada khabar! Tapi yang aku nak bising pasal dia pulak kenapa? Lantak pi la dia nak berlakon sopan ka... apa ka... dia punya suka la!
Entah-entah memang dia bersopan santun la kut dengan orang tua, tapi tak jugak. Tak, tak dan tak. Aku bukan kenal dia semalam. Dah berpuluh tahun aku kenal dia. Dua puluh tiga tahun, sama dengan umur aku. Tolak enam tahun, sebab aku kenal dia masa umur enam tahun, sama dengan lebih kurang tujuh belas tahun la aku kenal cekadak kering ni. Dengan papa dia, tak la pulak aku tengok dia lembut macam dia cakap dengan papa aku ni! Apa kes? Ini kes nak menawan hati mak bapak aku ke ni? Atau salah satu cara nak menawan hati anak mak bapak aku, sama dengan aku? Impossible!! No way!
"Hai! Kamu ni berangan apa ni? Perangai dah la serupa budak terlebih hormon testosteron, bagi baju kamu pakai tu dekat Si Azim. Ni, pakai baju ni! No more excuses! Bertindak mengikut arahan!" Suara lantang Datin Gold serupa pak cik komando tentera mengerah anggota tenteranya berpumping sepuluh kali.
Eh? Bila masa timbul dekat sini pulak mama ni? Tadi tak ada pun!
"Haa? Mama? How can I need to..."
"Can! No how can, how can anymore. Memang can sebab kamu tu memang perempuan, bukan jantan!" Suara mama Zack cuba kendurkan supaya tidak mengganggu ketenteraman tetamu yang sibuk bersembang itu.
Azim di sebelah bersama papanya cuma membuat muka tak tahu. Tapi, muka Azim lebih pada muka simpati, tak ada lagi muka ala-ala mengejek macam dulu-dulu. Pantang Zack kena marah sebab perangai serupa lelaki, Si Azim dengan semula jadinya mesti akan membuat muka poyo dan senyum mengejek, sumpah macam Sinyu dalam komik Doraemon!
Melihat muka garang mama, Zack dengan riak aksi malasnya segera membuka baju kut Azim dan memberikan kembali kepada tuannya. Huluran baju oleh mamanya disambut. Bibirnya dicebik, menampakkan lesung pipitnya yang agak tenggelam itu.
"Better hurry, okay?" Muka ala-ala singa gemuk lapar seminggu mamanya menambahkan ketidaksenangan hati Zack kerana ‘aku dipaksa dan terpaksa!’ hati kecilnya menjerit.
Penat kalau asyik nak jadi hipokrit dengan hati yang tak rela. Kalau rela macam Si Azim tak apa. Hipokrit belagak baik kononnya.
Zack melangkah ke bilik stor dan mengunci dari dalam. Baju yang diberikan mamanya dibelek. Entah dari mana mama cekup baju ni tak tau la. Tiba-tiba aje ada depan mata.
Huh! Dress singkat lagi? Aisea mentol betul la. Mama ni pun satu hal. Kenapa la tak bagi aku berubah dengan kerelaan sendiri, bukan dipaksa macam ni? Kalau aku berubah sebab terpaksa, aku memang sanggup bet tak sampai seminggu aku akan berubah seperti sediakala balik. Jangan harap aku nak istiqamah bak kata pak cik Arab.
Baju T-shirt yang dipakai tadi disingkap ke atas dan dibuka. Satu penyangkut baju warna hitam dicapai dan T-shirtnya disangkut bersama-sama dengan baju yang lain. Tanpa membuka bengkungnya, Zack menyarung pula dress berwarna biru gelap yang berenda pada bahagian dada dan berlengan, sedikit ala-ala baju baby doll. Bahagian dadanya tertutup kemas. Cuma lengan pakaian itu tidak cukup panjang untuk menutup bahagian bawah lengannya.
Huu... ketiakku tertayang pada seluruh alam! Nasib aku jenis mencukur jugak bulu-bulu aku tiap kali mandi. Kalau tak, memang menempah malu dua keturunan la. Ahh! Lantak engkau la, weh! Ada aku kisah orang nak kata apa? Mama yang nak sangat aku pakai macam ni, ha ambik la. Jangan harap aku nak pakai dengan nak menunjukkan kaki putih aku ni! Tak sanggup, beb! Cukup la dulu aku dah tunjukkan bukit yang tak serupa bukit ni. Kali ni aku tak nak dedah kaki aku pula walaupun aku tau kaki aku memang cun. Ala-ala model gitu. Bukan aku perasan, tapi memanglah kenyataan yang payah untuk ditelan. He he he....
Bismillah hi tawakkal tu ‘alallah ajalah ni. Aku dah siapkan perisai aku. Pekakkan telinga, butakan mata. Dari dulu sampai sekarang, memang ni la perisai terhebat aku. Kalau tak, takkan sampai sekarang imej aku tetap macam ni.
Zack keluar dengan dress paras paha dipadankan dengan seluar jean lusuhnya, bersama kasut sukan bercorak tengkorak. Dah macam fesyen Harajuku Jepun dah gayanya, cuma ada sikit lari la daripada fesyen tu. Dilihat semua tetamu sudah pun duduk di tempat yang disediakan. Kehadiran Zack memang mengganggu suasana. Semua mata mengarah ke arahnya kerana kelihatannya seperti seekor alien yang baru balik dari planet Marikh. Fesyen tak kena tempat daa.
Aku dah nampak renungan mata bulat mama. Jaga-jaga, ma! Nanti tercabut pulak contact lense biru tu! Huh! Aku dah agak dah. Gerenti mama nak protes ni. Tapi tak apa, aku memang dah kebal gila dengan semua pandangan tajam and menyucuk tu. Heran pulak aku dengan semua pandangan-pandangan tu!
Zack dengan muka selamba anak badak berendamnya, melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan laptop dan mula mengalihkan perhatiannya pada skrin laptop tersebut. Malas dia mahu berfikir tentang kemarahan mamanya atau kejelikan pandangan orang lain.
Yang penting, aku tak nak and tak suka nak pakai baju terdedah sana sini semacam anak orang gaji tak cukup duit beli kain. Anak Mak Timah pun aku tengok elok aje pakai baju kurung, tak ada pula nak pakai baju singkat semacam ni! Aku rela pakai baju kurung la daripada baju dress yang bukan-bukan aje bentuknya!
"Sekarang majlis dengan hormatnya menjemput Cik Sofi Zarill sebagai manager butik ini bagi memberikan sepatah dua kata. Dipersila," suara Azim bergema dengan nada suaranya yang begitu cantik tersusun, menjemput Zack untuk memberikan ucapannya. Namun Zack dengan selambanya langsung tidak menoleh, apatah lagi nak bergerak daripada tempat duduknya. Matanya tepat menghadap skrin komputer ribanya itu. Seakan berada di dunia lain.
Eh? Apa bendanya yang ditayang si budak tomboy ni? Macam game Quake 3 Arena aje aku perasan? Azim membebel sendiri. Ada pulak nak tayang benda macam ni kat majlis ni? Sumpah nak kena sekeh dengan aku!
Azim yang sudah berganjak daripada tempat berdirinya tadi, terpaksa naik kembali ke pentas dan mengulangi ucapannya. Namun, keadaan tidak berubah seperti awal tadinya. Para tetamu pula mula berbisik sesama sendiri. Selepas dua kali Azim berdehem menggunakan mikrofon, akhirnya dia pun turun dari pentas dan menuju ke arah Zack.
Game tembak-menembak membunuh orang dan aliens sampai hancur keluar tulang yang sedang dihayati Zack itu, terpampang di skrin. Lupa la tu LCD bersambung terus dengan laptop. Apa-apa yang dipasang memang akan timbul di skrin besar di situ.
"Weh! Bagi ucapan la, bengong!" Azim membongkokkan sedikit belakang badannya dan berbisik perlahan pada telinga Zack. Budak ni kena rasuk mambang apa tak tau la. Main game sampai tak ingat dunia! Nak aje aku cepuk sekali. Dah tu, dekat majlis macam ni pulak! Kalau ya pun tunggu la balik rumah beb! Tapi pandai pulak dia mutekan. If tak, memang bergegar satu butik ni. Tapi, aku rasa suara mama dia akan jadi lagi kuat daripada suara game ni kalau betul. Hu hu hu... Azim berbisik sendiri.
Mata Zack segera membulat, mengganti bulatnya mata mamanya tadi. Jari telunjuknya di arahkan ke mukanya sendiri dan keningnya diangkat sambil memandang ke arah Azim, bagi bertanya soalan ‘aku ke?’
"Pending betul la kau ni. Ya, kau la, sayang. Sila..." Azim menjemput Zack untuk memberikan ucapan di atas pentas. Ini memang program yang aku reka guna otak aku aje. Of course la manager sebagai orang atasan nak tak nak kena bagi ucapan. Dah memang lumrah hidup macam tu. Lepas tu baru boleh rasmi and diiringi oleh persembahan-persembahan lain. Hope this will get more better! Azim berbisik di dalam hati. Tidak mahu juga kalau-kalau majlis bakal mak dan bapak mertuanya, emm... itu kelibut disebabkannya.
Zack mengusik hujung cuping telinganya dan menarik nafas panjang sambil mengangkat keningnya sedikit. Dalam hati dan otak menyumpah seranah, kenapa Si Azim memanggilnya untuk memberi ucapan.
Tapi boleh pulak aku tak sedar diri kena panggil! Memang tak dinafikan lagi, aku memang sengal! Sengal tahap cipan pun tak sesengal aku! Azim tak bersalah dalam hal ni, aku yang bengong sendiri, nak salahkan orang lain pulak dah?
"Aku nak cakap apa ni, wei?" Zack berbisik perlahan pada Azim yang mengiringinya naik ke pentas.
"Kau bantai ajalah. Lain kali tulis!" balas Azim sama level perlahannya dengan suara Zack tadinya dan kemudian dia pun berjalan turun menuju ke tempat duduk yang disediakan khas untuk pengerusi majlis.
"Assalamualaikum. Selamat pagi semua." Sunyi sepi selama setengah minit. Bibir atas dan bawahnya diketap kemas.
"Pagi lagikan?" Zack yang sudah mula blurred itu merenung sekilas jam di pergelangan tangan. Masuk kali ke berapa dah asyiknya dia merenung jam tangannya itu.
Huh! Otak! Please don’t get more blur right now! Gila jarang aku nak blurred tahap semacam ni! Nafasnya ditarik panjang. Muka mama dan papa dari jauh merenung penuh mengharap dan muka mama lebih pada mengucapkan, "don’t ruin this important occasion!" Huh! Seram siot!
"Bismillah.... Thanks to our MC. Fully praised to our god, Allah SWT and His prophet Muhammad SAW. Thanks to papa, mama and to all dearly guests.. Bla... bla...."
Azim di bawah mengurut dadanya, lega. Even tak ada tentatif program yang rasmi dan yang sebetulnya, namun alhamdulillah jugak program perasmian ni berjalan dengan lancar sampai ke habis. Zack gelak tak ingat bila aku karaoke lagu tadi. Suka sangat la dia aku mengaku aku kasanova. So cute. Like her smile. I think I’m really in love with her...

0 comments:
Post a Comment