Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Prolog

Prolog

"MAS, bersiap la. Dah sampai due nak bersalin ni," kata Muhammad pada isterinya pada petang itu. Dia mengambil cuti hari itu khas bagi menemani isterinya yang sedang sarat mengandung.
Mas cuma mengangguk perlahan. Dia leka membaca sebuah novel Melayu yang bertajuk Di Hadapan Pulau, karya A. Samad Said. Dia malas mahu bergerak. Kalau boleh dia mahu bersalin di rumah sahaja. Tetapi, suaminya beria-ia hendak menyuruhnya bersalin di hospital juga. Nak kata apa lagi, cakap suami mana boleh lawan, lagipun untuk kebaikannya sendiri juga.

Matanya yang sedang berlari-lari membaca sepatah demi sepatah perkataan di dalam novel tersebut, terhenti seketika dan kemudian menjeling sebentar ke arah suaminya yang sedang leka menonton televisyen kecil berskrin hitam putih itu.

Biasa la tu… TV tahun 60-an punya. TV rumah mak dulu, nak cari siaran pun bukan main payahnya. Dah dapat, tak clear pulak! Tu memang standard la. Tapi apa pun, bersyukur la dengan apa yang ada. Daripada tak ada langsung, sekurang-kurangnya tak la menjadi katak bawak tempurung sangat. Boleh juga dengar dan tengok berita terkini. Dapat juga jamu mata tengok cerita Hindustan pakai sari. Mas bermonolog sendiri. Tangannya menutup novel yang begitu khusyuk dibaca tadinya dan mula mengurut-urut perutnya yang nampak buntal itu.

Muhammad beralih merenung isterinya selepas penat merenung TV di hadapan. Sambil duduk bersimpuh, tangan isterinya itu disentuh dan dicium penuh lembut.

"Thanks sebab mahu jadi my wife. I really love you, honey. Thanks," ujar Muhammad dengan pelat orang putihnya sambil merenung dalam mata isterinya yang begitu ayu dan cantik itu. Dahulunya, nama Muhammad sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Mas ialah Richard. Mereka berkenalan di United Kingdom ketika sama-sama belajar di salah sebuah universiti di sana.

Di University of Birmigham itu, Mas yang asalnya dari Malaysia melanjutkan pelajaran di dalam bidang psikologi bagi peringkat ijazah a.k.a master. Di sanalah bait-bait cinta telah berputik antaranya dan suami yang memang pure English people itu. Hidung mancung, kulit putih merah dan mata berwarna biru kehijauan. Tinggi tak payah cerita la. Memang tinggi melangit kalau hendak dibanding dengan orang lelaki Melayu.

"I love you, too, hub. Uhhh... sakitnya!! Tolong!!!" Mas yang sedang mengusap-usap pipi tembam suaminya itu, segera meramas-ramas pipi putih lelaki itu sepuas hati kerana secara tiba-tiba sahaja perutnya terasa begitu sakit. Janggut perang suaminya yang seciput pada bawah dagu itu juga digenggam kemas dan ditarik-tarik. Kedua-duanya menjerit sakit. Seorang sakit sebab anak, seorang lagi sakit sebab mak anak!

"Mas... sabar! Kita pergi klinik, okey?" Muhammad menjerit sama nada dengan kekuatan jeritan Mas yang nyaring menahan kesakitan.

"Cepat, bang! The baby will arrived soon! Uhh!!" Mas menjerit lagi sambil tangannya meramas apa sahaja yang dapat dicapainya.

"Tarik nafas, lepas... tarik, lepas... okey??" Muhammad menyuruh isterinya itu menenangkan diri dan menahan kesakitan sambil tangannya mendukung isterinya. Langkah dipanjang dan dilajukan, triple speed daripada kebiasaan. Mas dibaringkan di seat belakang kereta Proton Saga berwarna putih kekuningan yang berjaya dibeli hasil titik peluh mereka berdua bekerja. Selepas itu, Muhammad cepat-cepat masuk dan duduk di tempat duduk pemandu. Dia menghidupkan enjin dan mula bergerak meninggalkan pekarangan rumah.

"Dear! Please… cepat! Sakit ni!" Mas bersuara perlahan, berselang-seli dengan jeritan. Peluh mula merenik dan turun membasahi baju mengandung yang dipakai. Baju hasil daripada jahitan emak. Emak yang ketika itu tidak dapat menjaganya kerana sibuk mahu menguruskan adik-adik yang masih bersekolah.

"Sabar, cute! Sekejap aje lagi, we’ ll arrive there! Lain kali dengar cakap abang!" Suami Mas membebel sambil kakinya menekan pedal minyak. Dadanya bergetar dan bergelora. Kereta meluncur laju dengan kelajuan 110km/sejam.

Perasaan Muhammad bercampur-baur. Perasaan gembira ingin menimang cahaya mata dan juga bimbang dengan keadaan isterinya yang tak sudah-sudah menjerit, benar-benar mengocak semangatnya.

Alhamdulillah… tidak sampai lima minit, mereka berdua pun sampai ke klinik berdekatan. Sekali lagi Mas didukung Muhammad. Dia segera menyerbu masuk ke dalam klinik dan menjerit perkataan ‘emergency’, lantas mengejutkan semua pengunjung dan pekerja di klinik tersebut.

"Letak dia kat sini! Cepat, encik!" ujar seorang jururawat yang datang membawa sebuah kerusi roda sambil berlari-lari anak ke arah mereka.

Mas yang berpaut pada leher suaminya itu diletakkan dengan pantas dan cermat di atas kerusi tersebut. Jururawat wanita itu segera menolak kerusi roda itu menuju ke dalam bilik kecemasan.
"Sabar, sayang!!!" jerit Muhammad sambil berlari mengiring isterinya. Dia ingin masuk sekali ke dalam bilik kecemasan namun dihalang oleh jururawat tadi.

"Encik, tunggu kat luar, ya?"

Muhammad terkedu dan lariannya tadi terhenti di hadapan pintu masuk. Takkan nak terjah masuk jugak kut? Dia segera bersandar di dinding dan meraup wajahnya yang sudah berpeluh dingin. Ketiaknya yang berbulu lebat itu terasa basah dan lembab. Hatinya tidak putus-putus berdoa pada Allah semoga isterinya selamat melahirkan zuriat mereka berdua dan dipermudahkan segala urusan.
Selepas Muhammad bertenang seketika, kakinya disilangkan dan bibirnya mula tersenyum lebar sambil membayangkan anak lelaki yang comel dengan mata bulat kebiruan dan rambut berwarna perang sepertinya. Huuh… mesti bila dah besar, hensem macam aku jugak. He he he…. Muhammad bermonolog dan memuji diri sendiri. Nasib memang hensem pun. Tak la perasan and syok sendiri pulak.
Lima bulan yang lepas, hatinya begitu berbunga selepas dia dan isterinya pergi berjumpa dengan seorang bidan kampung di Perak. Bidan tersebut menyatakan yang isterinya sedang mengandungkan seorang anak lelaki mengikut tafsiran ilmunya. Sememangnya dia sering mengharapkan agar dikurniakan anak lelaki.

Perasaan berkobar-kobar dan excited tiba-tiba hadir dalam hati lelakinya. Tidak sabar ingin mengelus-elus pipi lembut dan gebu bayinya, mendukung dan melambung-lambungkan baby itu nanti. Oh, comelnya! Matanya bersinar-sinar bahagia sambil tak alih-alih memandang ke arah pintu emergency room di hadapannya. Betul-betul di hadapan pintu tersebut. Kalau orang buka, mesti terlanggar hidungnya itu dulu.

Selepas lebih kurang setengah jam dia terpacak di hadapan pintu itu, dia mula berasa lenguh. Sedikit kecewa kerana lama menunggu, dia mundar-mandir dan duduk di atas deretan kerusi yang terdapat di situ. Bau ubat mencucuk-cucuk ke dalam rongga hidungnya. Mulutnya mula menganga luas, menguap, mengantuk kerana hanya duduk menunggu tanpa melakukan apa-apa.

Hendak pergi cari kedai makan, takut pula kalau-kalau doktor mencarinya. Hendak duduk aje, mengantuk pula rasanya. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk duduk menunggu di situ sahaja memandangkan isteri dan anak yang bakal lahir itu lebih penting daripada kopi di kedai.

"Congratulation! Your wife had gave birth to your child. Very sweet!" ucap doktor wanita berbangsa Cina itu sambil tersenyum girang.

"Really?? Thanks! Lelaki ke perempuan? Lelakikan?" tanya Muhammad penuh semangat sambil mengelap air liur yang terkeluar sedikit selepas tertidur seketika tadi.

"Nope, it’s a girl. Boleh masuk tengok." Doktor itu membalas senang. Tangannya yang berbalut dengan rubber hand glove berwarna kuning cair itu dicabut. Dia pun berlalu kemudiannya, meninggalkan Muhammad yang sedang kaku terkebil-kebil di situ.

Kenapa baby girl, bukan boy?? Hatinya yang sedang berbunga bahagia tadi, mula berubah, disuntik sedikit rasa kecewa. Perlahan-lahan dia melangkah masuk dan menjenguk isterinya. Babynya diletakkan di sebelah isterinya yang agak kepenatan selepas hampir tiga jam bertarung nyawa bagi melahirkan satu nyawa baru ke dunia.

"Sayang, are you okay?" sapa Muhammad pada isterinya yang sedang menutup mata dengan pipi yang kemerahan. Tangannya menyentuh lembut dahi isterinya dan dikucup perlahan.
Mas membuka matanya selepas mendengar suara suaminya itu.

"Okey, hubby. Tengok, baby kita comel tak?" Mas bertanya pada suami di sisi. Bayi tersebut didakap dengan penuh kasih sayang.
"Comel, sayang. Sini kat papa pulak." Bayi comel itu pun bertukar tangan.

Mas tersenyum bahagia mendengarkan perkataan ‘papa’ yang keluar dari mulut suaminya. Bayi itu lebih mirip suaminya. Mata bulat dengan warna biru air laut bercampur sedikit warna coklat, hidung mancung dan berkulit cerah.

Buat masa ini, dia cuma menyumbang pada kecoklatan warna mata anaknya itu. Rambut pun berwarna kuning perang seperti papanya. Memang sebijik gen suaminya turun pada anak perempuan mereka itu.

"Azankan pada telinga kanan anak, ya?" Dia teringat kata-kata seorang pak cik di sebuah masjid berdekatan dengan rumah sewaan mereka apabila Muhammad membuka cerita tentang isterinya yang sedang sarat mengandung. Waktu itu dia membayangkan yang isterinya itu bakal melahirkan zuriat lelaki untuknya.

Perlahan-lahan Muhammad mengangkat anaknya itu untuk diazankan.

"Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar!" suara Muhammad merdu melaungkan azan pada telinga kanan bayi tersebut selepas teringat akan kata-kata pak cik di masjid tempoh hari.
Mas mencuit-cuit dan mencucuk pinggang suaminya menggunakan hujung jari sambil membuat muka hairan.

"Kenapa?" soal Muhammad, juga dengan muka hairan.

"Kenapa abang azankan dia? Dia perempuan, dear. Perempuan kena iqamatkan kat telinga kiri," jawab Mas tenang.

Muka Muhammad berubah kemerah-merahan. Dia tersenyum. Kepalanya digaru-garu. Perasaan kecewa masih bersisa di dalam hati.

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my