Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 11

12

APA yang dia sembunyikan dalam bilik dia tu? Ada perempuan lain ke? Arin mula berfikir tentang bilik Zack, tiga hari kemudian. Dia menyusun langkahnya perlahan ke bawah, melihat pada Zack yang sedang leka dengan TV dan PS 2 nya itu, kemudian dia pun naik dan menapak ke bilik Zack.

Dengan hati penuh debaran, Arin memegang tombol pintu. Minta-minta dia tidak kunci. Tangannya terketar dan dia cuba memulas tombol pintu tersebut, namun hatinya hampa selepas pintu tersebut berkunci.

"Hah, kau buat apa depan bilik aku ni, Rin?" Zack tiba-tiba muncul dengan muka jahatnya.

"Ya Allah! Terkejut bapak gajah mengamuk!" Arin melatah kuat kerana disergah Zack secara tiba-tiba.

"Ooo, kau nak pecah masuk dalam bilik aku ya?"

"Tak ada. Arin betul-betulkan notis ni aje, Zack."

Zack mendekati Arin. Kedua-dua tapak tangannya dirapatkan ke dinding, seperti mengurung Arin yang masih berdebar kuat itu.

"Zack, buat apa ni?" Arin bertanya perlahan kerana dadanya agak rapat dengan Zack.

"Kau tau tak kau ni cantik? Dah lama aku pendam perasaan aku dekat kau, Rin. Kau tak rasa ke apa yang aku rasa?" Zack bertanya sambil tangannya membelai lembut pipi Arin.

"Rasa." Arin berkata perlahan dan tunduk kemudiannya.

"Kau sanggup tidur dengan aku malam ni, em?" Zack merenung mata Arin. Pandangan mata ala-ala hero casanova jelas terlihat pada mata Zack.

"Ya, sanggup...."

"What?? Arin, I’ve told you before, jangan serahkan body kau pada lelaki yang bukan suami kau!" Hai, susah betul la cakap dengan Si Arin ni. Tak faham BM agaknya!

"Habis, kenapa Zack tanya Arin macam tu tadi?"

"Aku saja nak test kau, Rin. Aku baru goda sikit aje, senang betul kau setuju. Rin, jangan bagi pisang berbuah dua kali," kata Zack serius.

"Tapi, Arin... sayangkan Zack. Sanggup buat apa aje untuk Zack." Matanya mula berair.
Adei, ni yang aku lemah ni!

"Dah, dah. Tak nak nangis-nangis, nanti baby sedih," kata Zack memujuk. Dia menarik tangan Arin dan mendudukkan Arin di atas sofa depan biliknya itu.

"Yang penting, kau kena ingat Rin, dosa tau kalau serahkan tubuh badan pada bukan muhrim, walaupun kau sayangkan dia. Dah ya... mana Kitten comel? Dah bagi dia makan belum?" Zack cuba mengalih topik.

"Kitten... lupa bagi makan," kata Arin sambil menyedut air hidungnya yang sudah mula keluar dari lubang hidungnya.

"Nah tisu. Jom, aku teman kau turun bagi Kitten makan," pujuk Zack.




"DIA tengah tidur. Mana dia letak kunci bilik dia eh?" Arin merenung-renung badan Zack yang sudah tertidur di atas sofa tengah hari itu. Kemudian, dia cuba menyelukkan tangannya ke dalam saku T-shirt hitam yang dipakai Zack. Tak ada.

"Uhh, Arin... kau..." Zack tiba-tiba bergerak-gerak dan bercakap, matanya masih terpejam.

Arin terkejut, namun kemudiannya Zack mengalihkan badannya mengiring ke kiri. Mimpi rupa-rupanya. Kemudian, tidak semena-mena sepasang kunci terkeluar dari poket belakang seluarnya.

Arin apa lagi. Cepat-cepat dia mengambil kunci itu dan berlari naik ke atas. Kunci tersebut memang untuk pintu bilik Zack. Dia berjaya membuka pintu bilik Zack. Kemudian, dia turun kembali meletakkan kunci tersebut di dalam poket seluar Zack.

Pintu bilik dikuak. Bau perfume mahal Zack menusuk ke dalam hidung. Arin merenung keliling. Kemas. Tak ada perempuan and benda yang memusykilkan. Kemudian, dia menuju ke arah tempat menyidai tuala. Kenapa ada telekung? Umm, mungkin telekung ni memang ada dekat sini kut.

Dia cuba membuka almari pakaian, namun berkunci la pulak. Mungkin kuncinya sekali dengan kunci bilik tadi. Ahh, tak boleh jadi ni! Nak turun karang, takut dia dah bangun. Kemudian, matanya meliar ke almari kecil di sebelah katil. Wallet!

Arin segera mengambil wallet itu lalu dibuka. Tebal dengan duit Ringgit Malaysia seratus. Kalau aku curi ni, kaya jugak. Hu hu hu... tapi, bukan itu motifnya.

Arin membelek-belek. Kemudian dia membaca name card Zack. Sofi Zarill Mohammad. Kenapa macam nama perempuan? Emm, tapi ada aje lelaki nama macam perempuan.

I.C dia... what?? Jantina... perempuan??

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my