Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 13

14

"RIN, jom ikut aku pergi butik kejap. Aku nak lawat-lawat dulu sebelum rasmi nanti." Zack berkata kepada Arin pada suatu pagi.

"Ala, Arin malas la nak pergi. Kalau tak ikut Zack, boleh tak?" Arin berkata perlahan sambil melipat baju yang dilonggok sejemput di atas lantai.

"Bahaya la aku nak tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah. Orang jahat banyak sekarang ni. Kalau jadi apa-apa kat kau, siapa nak tanggungjawab? Mama suruh aku jaga kau tau tak?" Zack membebel panjang.

"Tak apa, Zack. Arin pandai jaga diri sendiri. Lagipun, kan ke rumah ni ada alarm?" jawab Arin acuh tak acuh. Dia masih leka melipat kain.

"Kalau jadi apa-apa kat kau, aku nak kata apa kat mak ayah kau, ha?" Zack msih tidak berpuas hati.

"Tak apa, Arin pandailah jawab nanti. Zack... Arin ada benda nak minta tolong Zack."

"Apa dia?"

"Tolong belikan Arin buah cempedak. Arin teringin sangat nak makan," kata Arin sambil menelan air liur. Mengidam lagaknya.

"Oh, okey. Kau nak apa lagi? Kau fikir dulu, kejap lagi beritahu aku, okey? Aku naik tukar baju dulu." Zack berlalu ke atas.

Lima minit kemudian, Zack pun turun.

"Kau betul tak nak ikut ni? Aku risau la, Rin. Kau dah la tengah pregnant ni. Jom ajalah ikut aku."

"Arin nak rehat kat rumah aje, Zack. Arin tak larat nak jalan jauh-jauh." Arin berdalih lagi dengan alasan yang membuatkan Zack tidak dapat nak terus memujuk lagi. Ya la, orang mengandungkan kena banyak berehat. Selalu macam tu la kalau aku main game pun. Jangan tak tau, game The Sims ada orang mengandung. Hu hu hu...

"Emm... ya la kalau dah kau kata macam tu. Ingat, kunci semua pintu-pintu ni. Jangan keluar selagi aku tak balik, faham?" Zack berpesan.

Arin mengangguk di depan muka pintu.

"Zack balik pukul berapa?"

"Aku tak tau lagi. Aku takut lama aje aku keluar ni, tu sebab aku ajak kau pergi sekali."

Arin geleng walaupun dah banyak kali Zack memujuknya.

"Okeylah. Aku gerak dulu. Kunci pintu. Jangan main bukak aje kalau orang kau tak kenal datang. Dengar tak ni?"

"Ya. Balik cepat tau, Zack. Hati-hati...."

"Ya, aku try balik cepat. Kau pun hati-hati. Ingat baby dalam perut tu." Zack senyum sekilas dan terus masuk ke dalam perut kereta Porshenya dan memakai cermin mata hitam.

Gila smart! Arin menjerit di dalam hati. Tetapi kenapalah dia perempuan??




ZACK merenung Rill’s Collection di hadapannya. Rill tu mesti nama aku. Hu hu hu.... Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam butik itu selepas pintunya dibuka menggunakan kunci yang diberi oleh mama kepadanya tempoh hari. Mak aiii! Plain nak mati! Tak padan langsung dengan nama butiknya a.k.a nama aku yang hensem ni!

Zack pusing-pusing. Luas, tapi kenapa macam tak ada perasaan langsung bila aku masuk dalam ni! Zack pun segera menghubungi mamanya kemudian.

"Ma, Zack nak renovate butik ni, boleh tak?"

"Emm... ya, sayang. Buat la apa pun Zack nak buat. Mama tak kisah, jangan letupkan sudah la."

"Okey, mama bagi contact number interior designer kat Zack. Zack nak contact dia sekejap."

"OKEY, look. Saya nak butik ni guna background romantik. Bila masuk, ada aura baru yang menusuk. Cuba awak masuk, ada rasa aura apa-apa tak?" Zack berbicara dengan seorang interior designer kategori auww. Bajunya ketat, rambutnya diikat dan memakai cekak di kepala. Muka tebal dengan mekap segala, memang tak nampak cela langsung. Tapi bagus juga orangnya, sebab aku call tak sampai sepuluh minit dia dah sampai kat butik ni.

"Nope, tak rasa apa-apa."

"Haa, pandai! Kalau boleh, I nak encik.."

"Ehem!"

"Oh, sorry, I nak minta Erica, eh... tolong tambahkan mood romantic, bila masuk, rasa terawang-awang aje." Erica... mungkin nama asalnya. Eric kut, tapi nak feminin sikit, tu yang jadi Erica tu.

"Okey, no problem."

"Letak air terjun kecil seketul, lampu oren untuk yang malap and cerah. Dekat cermin pulak, bila ada orang berdiri depan cermin tu aje, terus lampu menyala. And fragrance! That’s the most important. You mesti tahukan apa fragrance yang sesuai, then speaker pun I nak you letak sekali. Boleh? And kalau ada apa-apa yang rasa sesuai untuk diletak kat sini, just letak, okey?" ujar Zack sambil merenung ke arah Erica yang sedang menulis sesuatu di dalam note book kecilnya.

"Boleh, tapi certain things, I kena minta tolong kawan I jugak la," jawabnya selepas beberapa ketika dia berdiam diri.

"Tak apa, Rica. Just finHisyy them, then I’ll pay you, okay? Just make sure everything’s perfect, that’s all. This is for the deposit. Just call me if you have any problem, okay?"

"Okey, thanks ya. I’ll update everything with you later. Anything else? If there’s nothing, I’m going now."

"Please, then. Thanks for your cooperation!" Zack senyum kambing gurun, kemudian menghantar Erica keluar dari butiknya dengan ekor matanya sahaja.

"Uhh, lewat dah ni. Mana aku nak cari cempedak pulak untuk Si Kitten tu?" Zack menggaru-garu kepalanya dan merenung ke luar.


"EH, Uncle Amri. Zack tak ada kat rumah, nanti aje uncle datang balik, okey?" Arin berkata di balik pintu pagar yang berkunci dari dalam selepas dia keluar untuk melihat siapakah yang menekan loceng rumah sampai dua belas kali itu. Kalau boleh, nak tekan sampai meletup kut kotak loceng tu baru puas hati!

"Takkan tak nak jemput uncle masuk dulu kut?" kata Uncle Amri sambil tangan mengurut-urut perut buncitnya.

Mata Arin terkelip-kelip.

Apa patut aku buat ni?

Arin dah mula blurred. Nak ajak masuk, dia sendiri seram melihat ke arah Uncle Amri yang suka sangat merenungnya itu. Tetapi, nak paksa dia balik, karang kata tak hormat tetamu pulak. Arin pening, akhirnya dia membukakan pagar untuk Uncle Amri masuk.

"Masukla dulu, uncle. Tunggu Zack balik. Saya masuk dalam dulu." Arin berkata laju.

"Ala, duduk la dulu dekat sini dengan abang. Kita borak-borak," ujar Uncle Amri sambil membuat muka gatal tak sedarnya.

Hisyy! Cukuplah... tidak sedar diri betul pak cik tua ini! Kalau aku sanggup nak tahan, mahu aku muntah hijau kat muka dia! Eee... geli-geleman gila!

"Tak boleh, saya banyak kerja ni, uncle." Arin menolak baik. Namun, belum sempat dia berlalu, Uncle Amri mula menarik lengannya kuat.

"Lepaslah, uncle! Sakit ni! Eh, apa ni, uncle! Saya tak suka la!" kata Arin apabila Uncle Amri mula mendekatkan dirinya dengan badan Arin.

"Arin, abang tak tahan la tengok Arin. Tiap malam abang terbayangkan Arin. Muka Arin, badan Arin... cantik sangat." Ayat tak tahan geli mula dikarang.

"Cukup la, uncle. Jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya. Tolong!!!" Arin terus merayu. Fikirannya memikirkan Zack. Kenapa dia tak balik-balik lagi?? Ya Allah! Kau tolonglah aku!

"Jangan macam tu, sayang. Abang betul-betul... aduh!! Perempuan sial!!!" Arin menyepak celah kangkang Uncle Amri sekuat hati seperti yang pernah diajar Zack dan dia segera berlari ke pintu rumah.

"Tunggu kau!" Uncle Amri mengejar Arin dari belakang. Dada Arin berdebar kuat. Kakinya bergetar, namun diacuba untuk terus berlari. Ketakutan melanda diri, dia sudah tekad tidak akan mudah menyerah diri kepada lelaki lagi!

Uncle Amri menolak kuat pintu rumah yang tidak sempat ditutup Arin. Arin mencuba sedaya-upaya untuk menutup pintu tersebut, namun apalah daya seorang wanita berbanding lelaki, yang badannya pulak kalah anak badak air itu!

"Kau ingat macam tu aje aku nak lepaskan kau, hah? Takkan sekali-kali! Dah lama aku tunggu peluang ni. Peluang aku nak merasa badan bergetah kau tu!" Arin terjatuh selepas pintu besar itu ditolak kuat oleh Uncle Amri. Air matanya sudah mengalir di pipi. Sakit dan perit mula terasa di rahimnya. Darah merah menitik keluar.

"Oh, takut ya, sayang? Jangan takut, abang dah excellent dalam semua ni. Sini!" Tubuh badan Arin bergetar menahan ketakutan dan kesakitan.

Arin terus menangis dan meraung sekuat hati. Namun, suaranya terlalu perlahan dan jauh untuk didengar oleh jiran sebelah. Tangannya memegang bawah perutnya. Kesakitan yang amat terlalu dirasai. Uncle Amri terus meraba-raba tubuhnya. Dicium-cium penuh nafsu.

"Oh, sayang abang period ya? Nasiblah, sebab abang memang suka kalau sayang period time macam ni. Baru nikmat." Arin tidak berdaya untuk melawan lagi. Dia sudah longlai di atas lantai dan terpaksa merelakan semua perbuatan Uncle Amri. Cuma hatinya berdoa kepada Allah supaya ada pertolongan yang datang.




ZACK memarkir kereta di porch dan keluar sambil menyanyi-nyanyi riang. Mesti dia suka aku belikan cucur cempedak ni! Zack senyum kambing membayangkan muka gelojoh Arin apabila dapat makanan yang diidamkan.

Eh, kasut lelaki mana ni?? Tanpa membuang masa, Zack menolak daun pintu utama dengan pantas.

"Arin!" Zack menjerit kuat melihatkan yang Arin sudah tidak berpakaian dan sedang dirogol oleh Uncle Amri, adik ipar mamanya! Cucur cempedak yang dibelinya untuk Arin tadi dilempar ke sisi.
"Berani kau buat macam ni?" Suara Zack mengejutkan Uncle Amri.

"Blah arr kau, jantan keparat!!" Zack menghadiahkan flying kick tepat mengena ke muka tembok Uncle Amri itu.

"Bangang kau, Zack!" Uncle Amri menempik kuat sambil memegang pipinya yang disepak Zack tadi, merah. Tangannya cuba untuk menangkap Zack, namun Zack lebih cepat bertindak.

"Kau lagi bangang la, orang tua tak sedar diri!" Oh, selama ni aku tak ada tempat and makhluk nak test gaya Twist of Fate Hardy Boyz, so hari ni, kaulah mangsa pertama yang malang kena Twist of Fate
aku!

Perut Uncle Amri disepak sekuat hati dan lehernya dicekak dan dipulas (Aku tak reti nak cerita. Hu hu hu... korang tengok la sendiri dalam WWE). Akhirnya Uncle Amri terbaring kepeningan.

"Baik kau zip balik seluar kau, mangkuk! Geli-geleman aku melihat benda alah kau tu! Isyy!" Zack menjerit kuat. Sumpah aku geli, beb!

"Zack...!" Tiba-tiba suara Arin kedengaran memanggil Zack lemah.

"Arin, kau okey tak?" Zack cepat-cepat mendukung Arin dan dibaringkan ke atas sofa. Kemudian, Zack mencapai baju Arin di atas lantai dan menutup badannya dengan baju tersebut.

"Kau ingat kau dah hebat sangat ke, hah?" Leher baju Zack dicekik dari belakang. Badannya dipusing menghadap Uncle Amri yang kelihatannya seperti dinasour zaman batu itu lalu lehernya dicekik kemas. Zack pucat, nafasnya tersekat. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Namun, apa guna ada tali pinggang hitam taekwando kalau tak boleh balas balik??

Zack tak mudah menyerah kalah. Dia segera mencucuk kedua-dua biji mata ‘dinasour’ tadi sedalam-dalamnya sehingga cengkaman ‘dinasour tua’ itu pun terlepas.

"Ahh! Kurang ajar kau!" Uncle Amri melepaskan leher Zack dan cuba menahan kepedihan matanya dicucuk. Matanya ditutup rapat menggunakan tangannya yang besar itu dan mulutnya terus memaki hamun Zack.

"This is for your sins, dinasour gemuk!" Zack melibas pasu bunga sebesar perut Uncle Amri tepat ke muka pak ciknya itu dan darah memercik keluar membasahi baju kelabu yang dipakainya. Juga ada yang terpercik mengenai lantai. Uncle Amri jatuh dan pengsan di situ.

"Arin, kau tahan sekejap. Aku nak uruskan badak berendam ni dulu." Zack berkata pada Arin.
Arin mengangguk lemah.

"Berat gila! Kau telan duit syiling ke apa sampai buncit macam ni ni?? Uhh!!" Zack cuba mengheret Uncle Amri ke dalam stor dan dikunci dari luar kemudiannya menggunakan mangga Solex sebesar penumbuk.

"Sweet dream, monster!" Zack puas dan lega kerana dia tidak cepat lemah dan mengalah di saat-saat genting. Kalau tak, mesti Uncle Amri sempat melarikan diri dan mungkin dia yang akan dipersalahkan nanti!

"Arin, jom aku bawak kau pergi klinik." Arin yang semakin pucat itu, didukung Zack dan dibawa ke klinik berdekatan.

Sementara menunggu Arin dirawat, Zack menghubungi mamanya. Aku tak boleh selesaikan kes ni seorang diri! Kes berat ni, kalau kes Arin muntah atas aku tak apa lagi, ini kes Arin kena rogol!

"Mama, you should come back here ASAP! I’ve something that I need to tell you! No, not in the phone, mama. Okay, okay... then, I’ll tell you." Zack mengalah apabila dipaksa oleh mama supaya dia memberitahu hal yang sebenar pada wanita itu.

"What??" Mamanya menjerit kuat di hujung talian selepas Zack habis bercerita. Mak aiii, pekaklah anakmu yang seorang ini, wahai mamaku! Zack menjauhkan sedikit handphone dari telinganya.

"Ya, mama. Sebab tu Zack minta mama balik, tolong Zack selesaikan masalah ni. Zack takut kalau-kalau Uncle Amri sempat lari, ma! Please!" Zack berkata kuat.

"Ma, I’ll call you back later. Doktor Arin dah keluar ni, ma. Okay, good bye."

"Macam mana dia doktor? Okey tak??"

"Dia banyak hilang darah disebabkan keguguran. Dan dia mungkin akan susah untuk mengandung lagi selepas ni. Kami kena tahan dia dulu untuk sementara waktu sampai keadaan dia kembali stabil."

"Okey! Thanks, doktor. Boleh saya tengok dia?"

"Please. But don’t take too long. She needs some rest."

Zack angguk. Dia masuk ke bilik tersebut dan memandang sayu ke arah Arin.

"Aku minta maaf, Rin. Aku tak dapat protect kau." Rambut Arin diusap sedikit.

Arin membuka matanya perlahan.

"Zack... kenapa cakap macam tu? Zack tak salah." Arin berkata perlahan, suaranya serak.

"Tapi, baby kau dah tak ada, Rin. Kalau aku tak..." Arin menutup mulut Zack.

"Benda dah jadi, Zack. Mungkin ada hikmah di sebaliknya."

"Kau nak makan apa? Aku belikan. Kejap, ya..." Zack bangun dan berlalu jauh sedikit daripada Arin selepas handphonenya berdering.

"Okey, ma. Bila mama nak sampai?" Dari jauh kedengaran Zack bercakap. Arin mengurut perutnya. Babynya sudah tiada. Dia agak trauma dengan kejadian tadi, namun dia cuba menyembunyikannya daripada penglihatan Zack supaya Zack tidak terus rasa bersalah. Padahalnya, dia yang patut dipersalah kerana degil tidak mahu mengikuti Zack awal pagi tadi.

"Arin, aku ada benda kena selesai. Kau duduk diam-diam kat sini, okey? Dengar cakap doktor, jangan degil." Zack bangun, namun tangannya segera disambar Arin.

"Arin minta maaf, selalu menyusahkan Zack." Matanya merenung dalam ke mata Zack.

"Arin, kau jangan macam ni. Aku dah anggap kau macam adik aku dah. Dah, okey? Kau kena rehat cukup-cukup. Kau tak sihat ni."

Arin menangis tiba-tiba. Dia hairan kenapa hatinya bagai terhiris duri sembilu mendengarkan Zack hanya menganggapnya sebagai adik sahaja. Hatinya bagai meronta-ronta menginginkan Zack menganggapnya lebih daripada seorang adik.

"Boleh tak jangan tinggalkan Arin? Arin takut."

"Dah, tak nak nangis. Syyy... sini. Akukan ada ni." Zack memeluk Arin. Lama Arin menangis sepuas hati di dada Zack sehingga akhirnya dia pun tertidur.




"YO, bro! Sorry lambat sikit, ada hal tadi. Jom, masuk!" Zack mempelawa dua orang bodyguard yang dihantar mamanya untuk masuk ke dalam rumah. Badan kedua-duanya sangat kemas dan tough, serupa hero Asta La Vista, babe itu. Hu hu hu... Dengan spek hitamnya, muka tak payah sebut, aku tengok pun takut beb! Serius gila! Siapa la yang nak kahwin dengan dia orang berdua ni agaknya. Huu...

"Mana dia, tuan?" Mak aiii tuan lagi!

"Ada dalam stor ni, bro. Rasanya dia memang tak dapat keluar."

"Nak kami cek?"

"Emm, boleh jugak." Zack membalas. Kedua-dua brothers tadi mengeluarkan senjata. Seorang revolver, seorang pisau. Berkilat siot! Zack telan air liur. Woo, risky gila hidup!
Mereka membuka mangga Solex itu dengan kunci yang diberikan oleh Zack dan menjenguk ke dalam.

"Woi! Lepaskan aku, Zack! Jahanam kau!" Kedengaran kuat suara Uncle Amri menjerit.

"Better you just shut up your mouth, buddy!" Ambik kau! Kena sekali dengan bro tough itu. Berani lawan la! Sekali kena shot, innalillah la kau kat situ, mangkuk!

"Sorry la, dinasour. Kau mesti laparkan? Tapi, aku rasa kau patut diet sementara kes kau ni nak selesai." Zack menjerit di balik badan abang tough tadi.

"Zack! Mana uncle? Mana dia??" Eh eh? Datang dah ayang dia. Cepat betul! Sempat pulak orang tua ni menelefon bini dia.

"Ayang! Tolong honey!"

Ya Allah! Makin tua makin menjadi! Aku yang tak mengandung ni pun naik loya tekak mendengarnya! Hee, tak malu siot! Dah curang dengan bini pun, still nak cari bini dia jugak!

"Honey, honey okey tak? Ya Allah, kenapa berdarah-darah ni?" Auntie Maria bertanya gelisah. Tangannya meraba-raba beg tangannya, mencari tisu atau sapu tangan untuk mengelap luka suaminya yang sudah mula kering itu.

"Ayang tanya la Si Zack tu, apa yang dia dah buat kat honey!" Isyy! Macam pasangan gay pun ada aku tengok! Berhoney honey walaupun dia laki! Tobat aku dengan laki bini ni!

Auntie Maria memandang ke arah Zack kemudiannya.

"Apa dah jadi, Zack?"

"Auntie tanyalah honey auntie tu!" Zack menjawab dengan nada memerli sakan. Aku memang suka bab nak memerli orang ni!

"Zack! Just tell me, okay?? Jangan buat auntie angin dekat sini." Auntie Maria membalas. Mak aiii! Poyo pulak mak cik aku ni!

"He raped Arin just now! Raped!! Go ask him la!" Zack membalas bengang.

Auntie Maria ternganga luas, melopong mendengar apa yang disebut oleh Zack.

"Betul ke ni, honey? Betul ke??" Nak pulak orang tua tu mengaku!

"Dia tipu, ayang. Dia tipu...!" Uncle Amri membalas manja. Orang tua ni memang nak merasa Tomb Stone aku pulak kut??

"Hei, kau mangkuk tingkat, baik kau mengaku! Dah la muka tak hensem macam gorila tak cukup umur! Isyy betul-betul..."

"Zack! Kamu ni kenapa? Cuba hormat sikit uncle kamu ni! Dia lagi tua daripada kamu tau tak??" Auntie Maria hot dan memotong kata-kata Zack. Bodyguard mama berdehem dan menjeling tajam. Mana boleh layan anak bos macam ni! Silap hari bulan, ada yang botak kena kerat rambut!

"Huh, memang tua! Tua tak sedar diri! Kalau muka hensem tak apa, aku boleh terima lagi! Ni dah macam ayam kampung tak berbulu yang nak pencen, tak pun dugong tua, ada hati nak menggatal lagi! Isyy, ikut hati, aku nak siat-siat kau, mangkuk!" Zack masih tak puas hati selagi Uncle Amri tidak dihukum. Kepala Uncle Amri disekeh-sekehnya. Geram dan marah gila apabila unclenya itu tidak mahu mengaku, apatah lagi siap menuduhnya penipu.

"Stop it, Zack!" Auntie Maria menjerit kuat. Tangannya pantas menolak Zack ke tepi dan cuba menghadang suaminya itu dengan tubuh badannya yang agak kurus itu. Hatinya sakit melihat suaminya diserang dan dicederakan oleh Zack.

"Mak cikku yang cantik, kenapalah auntie nak sangat kat orang tua ni? Dia ni patut disepak masuk lombong aje auntie, tau tak??" Zack geram lalu menyepak kaki Uncle Amri yang sedang duduk di atas kerusi dengan muka tegang.

"Sakit la, bongok! Kau tak habis-habis lagi nak sakitkan aku, hah??" Berapi-api kata-kata Uncle Amri, semacam naga pulak dah aku nampak orang tua ni!

"Eh, pak cik tua! Kau ni selagi aku tak sumbat masuk penjara, jangan harap aku nak lepaskan kau la, mangkuk!" Zack melawan penuh berani dengan jari telunjuknya ditujukan tepat ke hidung penyek pak ciknya itu.

Uncle Amri cuba bangun untuk melawan, namun dihalang oleh bodyguard mama. Weikk, padan muka kau! Zack menjelir lidah, kemudian berlalu ke dapur dan membawa air buah untuk Uncle Amri dan Auntie Maria.

"Jangan minum, honey! Entah-entah dia letak racun!" Auntie Maria menolak gelas yang sudah disambar oleh Uncle Amri. Air orange juice tersebut tertumpah sedikit ke atas lantai. Ada juga dua tiga titik yang terbang melayang dan mendarat di atas T-shirt Uncle Amri yang sudah basah bermandikan peluh. Masam campur pelik aje baunya.

Ceh, penat aje aku nak buat baik! Lantak korang la! Zack bengang dengan tindakan Auntie Maria yang tidak disangka-sangka itu.

"Huh! Apa tenung-tenung?? Masuk line la kalau tak puas hati, auntie!" Zack membalas. Makin menjadi-jadi pulak si mak cik ni! Entah dah kena nasik kangkang Uncle Amri agaknya! Ada ke lelaki buat nasik kangkang? Entah, tak tau pulak aku!

"Jangan ingat auntie senang-senang aje nak mengalah dengan kamu sebab ada dua makhluk spek hitam ni!" Auntie Maria jerit kuat. Emosional gila!

"Emm... puan, ada apa-apa yang puan tak puas hati dengan kami berdua, yakni makhluk berspek ni?" soal salah seorang daripada bodyguard tersebut sambil membuka kaca mata hitamnya.

Auntie Maria menjeling tajam, tak puas hati la tu. Bibirnya dicebik dan nafas letih dilepsakan.

"Jawablah, auntie! Orang dah tanya." Zack tersenyum senang sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi meja makan di dapur.

"Ah! Sibuklah kau!"

Hai, orang tua ni dah tersampuk agaknya. Sebelum ni, tak la sebegini teruk perangainya. Jangan-jangan Uncle Amri ada belaan tak?? Huu... seram, seram....

"Apa bising-bising n??"

"Mamaku sayang!" Zack bangun dan berlari ke arah mamanya yang secara tiba-tiba muncul dari ruang tamu. "Cepatnya mama sampai. Mama pakai pintu sesuka hati Doraemon ke, ma?" Zack bertanya kalut.

"Isyy, karutlah kamu! Arin mana??"

"Arin kat klinik, ma..."

"Maria, you ikut I pergi klinik tengok Arin. Kamu berdua tengokkan si buntal ni, jangan sampai dia terlepas!" Arah mama macam polis Gerak Khas.

"Honey, ayang pergi dulu. Nanti ayang balik sini balik, tau..." kata Auntie Maria ala-ala perempuan gedik gatal sambil mengusap-usap pipi dan bibir suaminya.

Mama tengok pun naik meremang bulu roma! Tak padan dengan tua dua-dua makhluk tak berekor ni!




"BETUL ke Uncle Amri buat yang bukan-bukan pada kamu, Rin??" Sampai aje di klinik, mama terus menerpa masuk dan bertanya laju kepada Arin yang sedang tidur sebelumnya. Perasaan tidak sabar dan enggan percaya memenuhi jiwanya.

Arin yang terkejut segera terbangun, terpinga-pinga sekejap, dan mengangguk kemudiannya.

"Dia raped kamu macam yang Zack cakap? Beritahu aku sekarang!" Auntie Maria secara tiba-tiba naik angin dan menjerit kuat sehingga ada jururawat yang menegur.

Arin terkelip-kelip dengan muka lagak kesiannya merenung seorang demi seorang di sekelilingnya. Mesti pending lagi ni! Lama kemudian baru dia bersuara.

"Rape... tu apa, Zack?"

Mak aiii! Zack tepuk dahi. Agak dah!

"Rogol, my dear. Betulkan Uncle Amri buat macam tu kat kau?" Muka Arin direnung tepat. Arin mengangguk perlahan. Muka Auntie Maria berubah tiba-tiba. Kakinya terasa longlai dan dia terduduk di situ. Punah hatinya melihat anggukan Arin.

Awalnya, dia tidak percaya akan kata-kata Zack walaupun dia tahu yang suaminya itu agak gatal orangnya. Namun demi untuk menyenangkan hati, dia cuba berlagak untuk tidak percaya dan tetap menyebelahi suaminya. Namun, kini semuanya sudah pun terbongkar.

"Kau la penyebabnya, perempuan! Kau yang goda diakan??" Selepas Auntie Maria diangkat oleh mama Zack, tangannya segera mencekek kuat leher Arin. Memang sah keluarga ini keluarga dinasour zaman batu!

"Apa ni, auntie? Lepaskan dia la!" Zack bergelut dengan Auntie Maria, akhirnya Auntie Maria melepaskan Arin dan berlalu ke sofa berdekatan. Air matanya turun laju membasahi pipi. Pelbagai perasaan menerpa ke dalam hati.

"Kak, saya tak percaya dia sanggup buat macam tu! Tak percaya, kak!" Auntie Maria menangis di bahu mama.
Hantu belaan Uncle Amri sudah keluar! Zack mengeluh kuat dari jauh selepas dia membetul-betulkan baju Arin.

"Sabarlah, Maria. I pun tak sangka dia sekejam tu." Datin Gold mengusap-usap belakang adik kandungnya itu, tahulah si buntal tu aku kerjakan nanti!




"KAK, saya harap akak tak laporkan perkara ni pada pihak polis." Auntie Maria berkata sambil tersedu di kafe berdekatan dengan klinik.
"Tapi, Maria... kalau kita biarkan, nanti makin ramai perempuan dirogolnya!"

"Kak, musnah habis hidup kami anak-beranak kalau benda ni dihebohkan! Mesti business dia corrupt kalau semua orang tahu, kak. Tolonglah pertimbangkan." Auntie Maria merayu.

"Emm... ya la, I faham keadaan you, Maria. Tapi, kita terpaksa hukum dia walau apa pun alasannya. You nak ke kalau dia buat pada perempuan lain pulak? Ini benda serius, Maria. Amri tu takkan insaf kalau kita biar dia macam tu aje."

Auntie Maria angguk. Betul seratus peratus apa yang dikata oleh kakaknya itu. Namun, dia masih dalam dilema kerana cinta pada suaminya itu.




"RIN, kau lapar lagi tak? Nak makan apa-apa lagi?" Zack bertanya pada Arin.

"Tak nak. Arin nak pergi taman. Zack boleh bawakan?"

"Kaukan tak sihat, mana boleh jalan-jalan sangat. Nanti, kalau jadi apa-apa yang lagi teruk, macam mana?"
Arin diam. Dia merenung siling di situ.

"Rin. Aku ada benda nak beritahu kau. Aku dah lama peram and pendam pasal ni, tapi sekarang aku rasa aku kena beritahu kau jugak," ujar Zack sambil membetul-betulkan kolar baju T-shirtnya itu.

"Apa dia, Zack?" Arin bertanya perlahan sambil merenung lembut ke arah Zack.

"Aku sebenarnya perempuan. Aku minta maaf sebab tak beritahu kau awal-awal. Bila aku nak beritahu, ada aje benda yang kacau. Lastly, aku sendiri terlupa nak beritahu." Zack teringat akan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku setiap kali dia ingin memberitahu Arin tentang jantinanya. Daripada pemerhatiannya, Arin nampak semacam ada hati dengannya. Maka disebabkan itulah, dia tak harus menyimpan rahsia itu lama-lama. Hardcore sangat aku dress-up like a guy, memang susah orang nak cam, apatah lagi orang lurus bendul macam Arin and Abang Din.

Arin tersenyum nipis. Zack pulak merenung Arin penuh excited, menunggu apa reaksi Arin tentang jantinanya itu.

"Zack... sebenarnya, Arin pun ada benda nak beritahu."

"Emm?" Kedua-dua belah keningnya diangkat.

"Zack dendalah Arin kerja sepuluh bulan tak ada gaji, sebab Arin... Arin...."

"Kau masuk bilik aku?" Mata Zack membulat.

"Zack jangan marah Arin. Arin teringin nak tahu apa benda yang Zack sembunyi dalam bilik tu... tu sebab..." Air mata Arin mula bertakung di tubir mata. Takut melihat Zack merenungnya dalam-dalam.
Tidak lama, Zack kemudiannya tersenyum.

"Nope, aku tak marah la. Aku gurau-gurau aje pun pasal notis tu. Takkan la aku ni kejam sangat kut nak buat macam tu. Cukup, okey? Dah, jangan la nangis-nangis lagi. Aku ni budak baik aje tau? Kadang-kadang aje aku nakal." Zack senyum sambil mengusap air mata Arin.

"Jadinya, kau dah lama tau la aku ni perempuan?"

Arin angguk perlahan.




"HELO! Zack! Aku ni... aku ada benda nak kena beritahu kau!"

"Isyy! Mangkuk mana nak kena sekeh ni? Weh, siapa ni... call aku pagi-pagi buta yang aman ni? Tak ada masa lain kau nak call?" Zack membebel kerana tidurnya terganggu. Sudah banyak hari tidurnya tidak tentu masa kerana bermacam hal yang perlu diselesai.

Matanya masih tertutup. Air liurnya disapu dengan belakang tangan sambil sebelah tangan lagi memegang handphone.

"Ni aku la, Azim!"

"Oh, kau! Nak apa, Albino?" Zack bertanya malas.

"Mak ayah aku dah setuju nak aku bertunang!" Suara Azim kuat menjerit di talian.

"Leerr, dah tu kau nak kecoh kat aku buat apa? Pergi la beritahu awek kau! Haiii kau ni, sengal betul."

"Kau la sengal, mangkuk! Mak ayah aku nak aku bertunang dengan kau!"

"Huh? What on earth??!" Zack automatik terbangun dan matanya terbuka seluas mungkin!

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my