Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 12
13
"ARIN! Kau tak jemu ke duduk terperuk aje kat rumah ni? Jom, esok kita pergi air terjun nak?" Zack bertanya semangat.
"Emm, tak kisah, Zack. Arin ikut aje apa plan Zack." Arin membalas acuh tak acuh.
"Kenapa dengan kau ni, Rin? Apa dah jadi? Kau nampak pelik aje aku tengok? Baby buat hal ya?. Hu hu hu..." kata Zack, senyum sambil mengusap-usap perut Arin.
Namun Arin menepis lembut.
"Arin nak pergi tandas." Arin berlalu. Hisyy... apa kes? Selalu steady aja kalau aku usik-usik pun? Lagi suka ada la. Isyy, ni payah ni jadi orang mengandung, mood jadi tak tentu hala. Emm, tak apalah, nak buat macam manakan, dah nature macam tu. Kemudian, Zack mencapai handphone Motorolanya dan mencari nombor contact Abang Din.
"Assalamualaikum! Haa, Bang Din! Ni, Zack. Esok free tak?"
Zack?? Mana dia dapat nombor aku?? Aduh, aku memang tengah rindu gila dengan dia! Macam ada instinct aje Si Zack ni!
"Waalaikumsalam, Zack! Mana dapat nombor abang?" Abang Din cuba steady cover maco, walaupun hati dah berdebar gila kuat saat mendengar suara ‘buah hati pengarang jantung’ yang ‘dirindui’. Ehem...!
"Oh, ada la bang. Takat nombor telefon abang tu, petik jari aje dapat!" Padahal, bukan main susah dia merayu kat mama ketika meminta nombor telefon Abang Din, memandangkan mama aje yang save nombor Abang Din tempoh hari.
"Ala, mama... boleh la bagi, ada benda penting Zack nak cakap dengan dia!" Zack memujuk mama supaya memberikannya nombor telefon Abang Din pagi tadi semasa dia menghubungi mamanya yang berada di Perak.
"Nak buat apa? Zack nak menggatal dengan lelaki tu ke, ha? Tak boleh! Mama tak bagi."
"Ala, boleh la ma.... Zack bukan nak menggatal pun, mamakan tau anak mama ni jenis yang macam mana? Bukan jenis menggedik tak tentu hala punya orang, ma. Boleh ya, ma?" Zack terus memujuk sampai akhirnya mama terpaksa mengalah. Anak pun seorang tu aje yang ada, tu la yang kena betul-betul jaga walaupun tak la menjaga sangat pun. Hu hu hu...
"Yeah, thanks mama! Love you forever and ever!"
"Zack, ada apa hal call abang ni?"
"Eh, emm.. tak ada apa-apa. Zack nak tanya, abang free tak esok? Nak ajak abang pergi air terjun." Zack yang sempat mengelamun sebentar tadi, terkejut mendengar suara Abang Din di talian.
"Oh, boleh kut. Nanti abang tanya bos dulu, okey? Ni nombor Zack ke?" Ceh, buat-buat nak tanya bos konon, padahal kalau ikut hati, aku nak aje terus jerit boleh, boleh, boleh sangat! Yes! Pucuk dicita, ulam mendatang! Tapi, apa-apa pun, kemacoan tetap kena jaga, tak ke nampak gelojoh sangat nanti. He he he....
"Yap! Okey, apa-apa nanti, abang call aje nombor ni. SMS pun akan dilayan. Hu hu hu...."
"Okey! Beres, Zack!"
"Okey, bang! Gotta go. Tata!!"
Zack menekan butang merah pada handphonenya itu. Uhh, bahagia pulak rasanya boleh lepas rindu walaupun cakap ikut telefon aje. He he he....
Yes, yes, yes! Abang Din pulak excited gila sakan selepas mendapat call daripada Zack. Esok hari penentuan. Sebab esok hari aku akan test sama ada dia lelaki atau perempuan!
"RIN, kau bawak towel, baju and seluar spare. Mana tau kut-kut kau teringin nak mandi ke?"
Arin mengangguk sedikit.
"Rin, kenapa dengan kau ni? Unhappy aje aku tengok? Kau ada masalah ke? Cuba beritahu aku?"
Arin geleng. Dia kelihatan sedikit leka menyapu sampah di dapur pagi itu.
"Ha, helo, bang! Abang tunggu kat kedai, nanti saya gerak sana, okey?"
Arin menjeling Zack sebentar yang sedang bercakap dengan Abang Din di talian. Hatinya masih kecewa selepas mengetahui yang Zack adalah seorang perempuan. Namun dia cuba bersikap dingin bagi menghilangkan perasaan sayang dan cinta yang dah berputik tanpa dipinta itu.
"WAH, besarnya kereta, Zack?" Abang Din terpaku sebentar melihat Toyota Vios yang dipandu Zack.
"Tak ada, bang. Sewa aje ni! Jom, masuk!" Abang Din pun masuk dengan membawa beg plastik sederhana besar. Aku bukan tak nak bawak kereta Porshe aku tu, actually aku tak nak Abang Din tahu status aku. Kalau dia tau, aku gerenti dia tak nak kawan dengan aku punya!
"Eh, Arin. Apa khabar?" Abang Din menegur.
Arin senyum. Ada jugak budak ni, ingat aku berdua aje dengan Zack!
"Dia tak sihat sikit dua tiga hari ni, bang. Entah kenapa entah. Mogok lapar agaknya. He he he..." Zack menjawab bagi pihak Arin apabila dilihatnya gadis itu cuma berdiam diri.
"Oh..." Abang Din mula tidak sedap duduk. Banyak betul duit dia sewa Vios ni? Bukan murah, mahu cecah ratus-ratus jugak kalau sewa sehari semalam. Dengan duit minyak apa semua lagi. Huh, hairan jugak! Tapi, daripada gaya dia, memang tak berapa nak nampak dia anak orang kaya kalau ya pun.
"Bos kata apa, bang?" Zack mencari topik bersembang dengan makhluk yang sudah berjaya membuatkan hatinya berbunga-bunga itu.
"Oh, okey aje bos tu. Tak ada masalah pun."
Mereka terus bersembang, manakala Arin lebih senang untuk berdiam diri dan melayan blues sendirian di sebelah Zack. Kadang-kadang Zack bertanya keadaannya, namun dia tetap dengan prinsipnya, yakni beracting dingin.
Sesampainya mereka ke tempat yang dituju, Zack dah tidak menyempat nak terjun ke dalam air.
"Wah! Air terjun kesayanganku! I’m coming!"
Zack terus melompat masuk ke dalam air jernih di situ selepas mereka mendaki beberapa puluh anak tangga untuk mencari port yang best. Abang Din juga begitu, cuma Arin sahaja yang tidak segembira mereka berdua.
Zack yang begitu menyukai air terjun itu pun, menjadi sangat happy. Dia menyimbah-nyimbah air ke muka Abang Din. Abang Din juga membalas. Serupa kanak-kanak riang tidak ingat dunia.
Abang Din berasa begitu bahagia dapat menghabiskan masanya bersama dengan Zack, dapat melihat senyuman dan gelak tawa Zack yang memang sudah lama diharapkan.
Arin nampak macam sudah tidak menjadi saingan aku lagi dah kali ni. He he he...! ujar hati Abang Din. Mereka berdua terus bermain-main, berenang-renang ke sana sini mengalahkan budak kecil.
Seketika kemudian, selepas penat berenang, mereka berdua pun berhenti sebentar dan cuma duduk di bawah deruan air terjun di situ. Abang Din dengan semangatnya cuba memerhatikan Zack.
"Kau tengoklah halkum dia!" Abang Din teringat akan kata-kata Arif, kawannya apabila dia bertanya bagaimana mahu membezakan antara lelaki dan perempuan. Jadi, sekaranglah masanya untuk menjalankan teori dan eksperimen yang disyorkan oleh Arif itu.
"Tapi, tak semua lelaki berhalkum besar! Tengok macam aku ni, mana ada nampak pun halkum aku!" Abang Din membalas. Dia juga pernah terbaca yang bukan semua lelaki mempunyai halkum yang nyata dapat dilihat, dan ada jugak perempuan yang mempunyai halkum di tekak.
"Kau tengok dada dia." Aku tengok rata aje macam dada aku?
"Kulit dia, lembut tak?"
Emm... agak lembut jugak kalau banding dengan aku.
"Bulu dada mesti ada kalau lelaki."
"Bukan semua lelaki berbulu la, mangkuk!" Kena cepuk sekali.
"Lastly, kau bukak aje seluar dia, cek dengan mata kau, kan senang?"
"Banyak la senang engkau! Hai, kau ni memang nak kena penangan sulung aku kut!" Pemerhatian dan tinjauan ‘ilmiah’ sebentar tadi hilang selepas terdengar suara Zack bercakap.
"Rin, come! Don’t act like that! Come!" Zack mendekati Arin dan menghulurkan tangannya kepada gadis tersebut yang berada di tebing, sekadar membasahkan sedikit kakinya yang putih melepak itu.
"Tak nak!" Arin masih berkeras.
Zack mula geram. Dah lama aku tak buli orang ni! Yang tak nak tu la yang aku nak sangat bagi ‘nak’!
"Ahh! Zack! Habis la basah!"
Zack menarik tangan Arin masuk ke dalam air yang agak dalam jugak itu. Ketawa Zack berderai kuat.
"Uhh, lemas!" Arin jerit kecil.
Zack segera capai tangan Arin yang sudah agak tenggelam itu. Tangannya memeluk kemas pinggang Arin supaya Arin tidak terus tenggelam. Mati lemas anak orang karang, tak ke naya!
"Arin! Kau okey tak??" Zack memegang pipi Arin yang terbatuk-batuk itu.
"Zack! Kenapa buat Arin macam ni??" Arin menampar-nampar lembut dada Zack. Tanpa sedar, dia menangis di bahu Zack.
"Arin, kenapa kau nangis ni? Sakit kat mana-mana ke? Cakap la kat aku?" Zack bertanya lembut. Tangannya membelai lembut rambut basah Arin.
Abang Din hanya melihat dari jauh dengan api cemburu yang membara. Fuh! Acting sebijik macam loving couple! Hisyy, panas gila siot dah hati aku ni!
Zack perlahan-lahan membawa Arin naik ke tebing. Tangis Arin masih bersisa. Sekian lama dipendam, akhirnya dia harus akui yang dia tidak dapat membuang perasaan itu pada Zack dengan begitu mudah.
"Kau sejuk tak?" Zack risau apabila dilihat bibir Arin membiru. Segera dia mencapai tuala dan menyelimutkan tubuh Arin. Tapak tangannya digosok-gosok dengan tapak tangan Arin, bagi memberi sedikit haba kepada Arin.
"Nak makan? Aku suapkan kau." Abang Din terabai sebentar. Fikiran Zack hanya tertumpu pada Arin. Selepas disuap beberapa sudu bihun goreng oleh Zack, Arin menggelengkan kepala.
"Kau okey tak ni? Nak balik sekarang tak?" Zack bertanya dengan muka dan suara yang penuh dengan kerisauan.
"Tak apa... jauhkan kita datang." Arin membalas
"Tak kisah, kau tu yang lagi penting. Kau okey tak ni? Jom, baring dulu dekat pondok tu sebelum kita balik, okey?" Zack memapah Arin menuju ke satu pondok batu yang terdapat di situ.
"Bang Din, jom makan dulu!" Zack menjerit dari jauh. Abang Din dilihatnya sedang kebosanan seorang diri di situ. Kemudian, dia pun naik ke darat dan mencapai tuala yang dibawanya tadi.
"Macam mana, Arin okey tak?" Abang Din berbasa-basi. Sibuk ajalah kau ni! Hari tu kau jugak kacau ‘date’ aku dengan Zack! Hari ni, kau lagi! Ikut hati, mahu dicepuk-cepuk aje kepala si budak Arin tu, namun akalnya masih waras. Mungkin jugak Zack akan memarahinya kerana mencepuk Arin, kerana Zack nampak macam begitu caring dan sayang kepada Arin. So mana mungkin dia tak marah kalau aku cederakan Arin.
"Entahlah, bang. Macam nak demam pun ada jugak. Sini, baring atas paha aku. Pening tak, emm?"
Uhh! Sakitnya jiwa aku ni melihatkan adegan berchenta itu! Abang Din mengeluh berat selepas dilihatnya Zack membaringkan Arin di atas pahanya. Tangan Zack mengusap-usap lembut dahi Arin.
"Zack, abang pergi tandas kejap, tukar baju." Abang Din tidak sanggup lagi melihat aksi Zack dan Arin yang sangat merobekkan hatinya. Cemburu gila ni! Namun, aku tak berdaya nak menghalang. Apa kes aku nak pergi halang-halang dia pulak? Dia bukan kekasih aku pun! Abang Din melangkah hampa ke tandas.
"Okey, bang. Kau nak air tak?" Terdengar dari jauh suara Zack bertanya penuh kasih sayang kepada Arin, hilang habis semua kegembiraannya tadi.
Selepas Abang Din kembali dengan baju keringnya, Zack mengangkat kepala Arin dan diletakkan ke atas beg yang dibawa tadi.
"Bang, tolong saya tengokkan Si Arin ni kejap. Saya pergi tukar baju." Zack berkata. Abang Din angguk.
"Kejap ya, Rin," ujar Zack sambil membawa barang-barang yang perlu untuknya menukar pakaian.
Arin pula terkelip-kelip memandang ke arah Abang Din yang duduk berhadapan dengannya.
"Abang Din... Zack baikkan? Caring sangat." Arin bersuara perlahan.
Abang Din angguk sikit.
"Dia cukup semua ciri-ciri yang diidamkan. Semua yang baik ada kat dia, walaupun dia nakal. Baik, caring, ada rupa, kaya..." Arin memuji Zack dengan suara yang putus-putus dan serak.
"Kaya?" Perkataan yang menarik minat Abang Din. Mulanya, dia malas mahu melayan Si Arin ni meraban, tetapi perkataan yang baru disebut tadi sangat menarik perhatiannya.
"Ya, bang. Dia anak Dato’. Dato’ Muhammad. Dato’ tu ada banyak syarikat besar kat Malaysia dan luar negara."
Dato’? Dato’ Muhammad? Mata Abang Din membesar sakan. Terkejut. Harapannya yang sedikit punah tadi, kini hancur berkecai menjadi debu. Darjatnya terlalu jauh jika dibandingkan dengan Zack. Ibarat langit dan bumi!
"Bang Din!" Dari jauh Zack tersenyum sambil berjalan menuju ke arahnya dan Arin. Senyuman Zack kini bukanlah menjadi penyeri baginya lagi, mungkin akan menjadi racun yang bisa membunuh!

0 comments:
Post a Comment