Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 16
17
"HONEY, sanggup you buat I macam nikan? You tak kesiankan I ke, hah? Malu I dengan Kak Gold, tau tak? You dengar ke tak ni? Ahh!" Maria menjerit kuat kerana suaminya cuma diam dan termenung sendirian di hadapan meja komputer, seakan berada di dunia lain. Muka isterinya pun tidak dipandang. Telinganya seolah-olah sengaja dipekakkan, mulutnya dibisukan dan matanya dibutakan.
Dia juga akan sengaja pulang lewat dari kerja dan bergerak ke ofis seawal enak suku pagi selepas subuh. Entah apa yang dicari dekat ofis pagi-pagi buta sebegitu, wallahualam! Bagaikan dia sengaja mengelakkan diri daripada selalu berdekatan dengan isterinya itu.
Apa silapnya Maria? Apa kurangnya Maria? Soalan itu sering berlegar-legar di kepala otak Maria apabila suaminya seringkali berlagak dingin dengannya. Padahal, suaminya itu yang patut dihukum! Dia yang patut berlagak dingin dan tidak mempedulikan hal sekeliling, tetapi ini sudah terbalik pulak! Ahh!
Kini Maria sudah seperti orang hilang akal. Dia sering terjerit-jerit seorang diri, memukul-mukul dinding dan menyepak-nyepak pintu, seolah-olah Incredible Hulk yang sedang mengamuk. Dia juga akan menggosok-gosokkan rambutnya, menggaru-garu seperti ada kutu dan kelemumur yang banyak pada kulit kepala, menambahkan keserabutan kepalanya dengan rambut yang tidak terurus. Sudah hampir seminggu dia berkelakuan sebegitu.
Banyak hari dia tidak makan dan minum dengan sempurna. Tubuh badannya yang selama ini dijaga rapi, juga tidak lagi terurus kini. Semuanya gara-gara suaminya yang membuat onar di belakangnya. Jika diikutkan hati, mahu saja dia minta diceraikan. Namun, kerana memikirkan anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang ayah, hatinya mula berbelah bahagi.
Memikirkan masalah dan tekanan yang dialami, Maria terjelepuk atas lantai di dalam bilik tidur utama di rumah banglo mewah itu. Air-cond yang dipasang, menyejukkan seluruh bilik tersebut, namun langsung tidak menyejukkan hatinya. Hatinya kini sudah mula kalis dengan apa saja perasaan yang boleh membuai hati. Perasaan cinta dan kasih yang disemai dahulunya, sudah berubah menjadi racun bisa yang boleh memusnahkan perasaan-perasaan indah di hati. Apa yang ada kini, hanya kemarahan dan dendam!
"MAMA! Kenapa mama tak nak makan?" soal Adam sambil merenung dalam ke arah ibunya yang kelihatan begitu pucat dan tidak bermaya pada petang itu. Adam duduk di atas kerusi meja makan di dapur bersebelahan dengan mamanya. Mukanya tidak kelihatan jika dipandang dari arah hadapan, yang jelas kelihatan hanya bahagian atas rambutnya yang berwarna sedikit perang dek kerana tubuhnya yang masih kecil dan rendah.
"Mama dah makan tadi, Adam aje yang tak nampak." Maria cuba membohongi anaknya itu. Wajahnya sedaya upaya diceriakan. Riak benci dan dendam cuba dipadamkan supaya tidak menjejaskan emosi anak kecilnya dan anak-anak yang lain. Tidak wajar jika dia menyakiti anak-anaknya dek kerana si suami yang membuat salah. Mujur dia sedar akan hal itu. Jika tidak, anak-anaknya pasti akan terbiar begitu sahaja kerana suaminya memang memulaukan mereka anak- beranak sejak akhir-akhir ini, selepas kejadian bersama Arin itu berlaku.
Bahagianya dia apabila menyambut kelahiran Adam tiga tahun dulu. Apatah lagi apabila melihatkan tawa dan senyum ceria dari suaminya kala itu. Namun, kini kenangan itu tidak membawa apa-apa erti dan makna lagi padanya. Hanya kepedihan dan keperitan yang dirasai apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa manis sepanjang kehidupan bahagianya bersama suami dahulu.
"Cuba mama teka, dalam hati ada apa?" Adam bertanya petah secara tiba-tiba. Wajahnya yang montel dan gebu itu kelihatan begitu ceria dengan riak muka menunggu jawapan daripada mamanya penuh excited. Dia masih kecil, tentu tak akan memahami apa yang sedang kulalui kini, bisik Maria di dalam hati.
"Ada darahlah, betul tak?" Maria cuba meneka. Tangannya mengoles-oles pipi cerah Adam yang semakin montel dari sehari ke sehari. Rambut lembut anaknya itu juga dibelai berulang kali.
"Salah!" Adam membalas laju dan tergeleng-geleng kemudiannya. "Teka lagi, ma!"
"Emm... sekejap. Mama fikir dulu." Maria mengerutkan dahinya bagi memikirkan jawapan untuk anaknya itu. Setelah berfikir sejenak, ternyata otaknya semakin lembap dan kurang aktif kini berbanding masa-masa sebelumnya. Otaknya langsung tidak dapat memikirkan apa-apa jawapan yang munasabah untuk diberikan kepada Adam. Akhirnya, dia pun mengangkat kedua-dua belah tangan tanda surrender dengan persoalan anaknya itu.
"Mama give up. Tell me the answer, baby." Maria merenung dalam wajah anaknya dan cuba untuk tersenyum walaupun sedikit. Dagu anak kecilnya itu disentuh lembut.
"Dalam hati ada cinta!" Adam menjawab happy dan bertepuk tangan sendiri kemudiannya.
Kecil-kecil lagi dah pandai pasal cinta, siapa yang bertuah pergi ajar dia ni? Maria berbisik sendiri. Tapi apa guna cinta tanpa keikhlasan dan kesetiaan? Apa ertinya cinta kalau tidak dapat berkorban demi pertahankan kesetiaan?? Ahh! Cinta memang penuh dengan penipuan dan kezaliman! Hatinya meronta hebat walaupun luarannya cuba dicover dengan lakonan bahagia dan ceria.
Tanpa sedar dan tanpa dipinta, air matanya mengalir laju membasahi pipinya yang mula ditumbuhi jerawat batu kerana tidak dijaga dengan rapi dan sempurna. Mungkin juga disebabkan stress dan kemurungan yang dialaminya. Tidak seperti dahulu, mukanya berseri dan cerah tanpa sebutir jerawat pun yang timbul.
"Mama! Kenapa mama nangis? Adam sakitkan mama ke? Mama, janganlah nangis, ma. Adam minta maaf kat mama." Adam cepat-cepat berdiri tegak di atas kerusi dan mengelap air mata menggunakan jarinya yang masih kecil itu. Dahinya mula berkerut dan bibirnya dimuncungkan sedepa.
Maria tergelak kecil di dalam tangisannya melihatkan wajah cencorot anaknya itu lalu tubuh Adam dipeluk kuat. Ya Allah! Moga anak-anakku semua akan menjadi peneman yang setia untuk aku! Dalam hati dia berdoa perlahan. Ujian-Mu begitu berat untuk aku pikul kala ini. Tabahkanlah hati aku untuk menghadapinya!
Anak-anaknya yang lain juga tidak mengetahui tentang kejadian yang berlaku antaranya dan suami. Tetapi, anak lelakinya yang pertama, yang kini sudah menginjak ke umur 21 tahun itu dapat menghidu masalah yang sedang berlaku.
"KENAPA abang tengok mama dengan papa dah tak romantik macam dulu? Dah jarang nampak mama and papa makan, borak and tengok TV sekali? Apa dah jadi ni, ma?" tanya anak lelaki Maria, Saiful suatu pagi sebelum dia bertolak ke universiti bagi menghadiri kuliah. Jarak antara universiti dengan rumah tidak berapa jauh. Lebih kurang lapan minit menaiki motosikal sudah boleh sampai ke fakultinya. Disebabkan itulah dia lebih senang untuk tinggal di rumah sahaja.
"Mama okey aje dengan papa. Siapa kata kami dah tak romantik macam dulu? Memandai ajalah abang ni," kata Maria perlahan sambil menyapu marjerin ke atas roti sebelum disapu dengan sekaya pandan. Selalunya setiap pagi dia akan menyediakan roti dan bijirin untuk anak-anaknya sebelum menghantar mereka ke sekolah. Kalau sempat, dia akan menyediakan nasi goreng atau apa-apa makanan berat yang lain.
Menjawab pertanyaan anaknya itu, hatinya berubah menjadi sebak, terlalu sebak. Jika tidak ditahan, pasti air matanya akan menitis. Hidung dan pipinya memerah menahan air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Matanya dikelip-kelipkan laju. Bibirnya diketap kemas. Dia segera mengalihkan badannya ke arah lain bagi tidak menimbulkan syak di hati anaknya. Jarinya segera menyeka air mata di sudut mata yang kini mengganggu pandangan, membuatkan penglihatannya kabur.
Saiful perasan akan perubahan sikap mamanya. Mamanya cuma berlakon dan sentiasa cuba untuk mengelak daripada mendedahkan perkara yang sebenar. Namun dia bukanlah anak kecil yang akan terpedaya dengan kata-kata mamanya. Dia boleh melihat kenyataan walaupun cuba disembunyikan daripada pandangan zahir.
"Abang tahu mama and papa ada masalah. Kalau mama nak luahkan pada abang, abang sedia nak dengar," balas Saiful, cuba untuk bersikap gentleman bagi membantu mamanya yang semakin hari semakin parah. Luarannya saja sudah menampakkan bayangan jiwa yang kusut. Dia sedih jika ibunya itu terus-terusan sebegitu.
"Abang, mama tak apa-apa. Overall okey aje." Maria menjawab acuh tak acuh apabila anaknya seolah-olah dapat membaca fikirannya.
"Mama, cubalah cakap benda yang betul dengan abang. Manalah tahu kalau-kalau abang boleh tolong selesaikan? Abang dah tak sanggup nak tengok mama menderita macam ni lagi! Sakit hati abang, ma!" Saiful menjawab dengan nada suara yang agak tegas dan tinggi. Maria tersentak.
"Sayang, jangan risau, okey? Mama ada masalah kat tempat kerja aje. Kalau abang nak tolong mama, abang cuma janji aje dengan mama, yang abang akan sentiasa ada dengan mama, menyokong mama walau apa pun yang jadi. Boleh?" Maria menyusun ayat, cuba memberi semangat pada diri sendiri, dan mencari nafas baru di samping anak-anak permata hatinya. Anak-anak menyayanginya walaupun cinta dan kasih suaminya sudah makin pudar kini.
"Ya, ma. Mama boleh yakin dan percaya yang abang akan sentiasa ada dan sokong mama walau apa pun yang terjadi! Tu janji abang pada mama!"
Saiful memang seorang anak yang bertanggungjawab. Maria berbangga dan bersyukur mendapat kurniaan Tuhan yang begitu berharga seperti anaknya itu.
"Thank you, sayang." Maria menangis kerana begitu terharu dengan ucapan anaknya itu. Dengan tangisan yang masih bersisa, tubuh anaknya dipeluk dan bibirnya mengucup lembut dahi Saiful.
"Mama bangga dapat anak macam abang. Dah lewat pergi kuliah, ni. Jangan risau pasal mama. Yang penting, abang kena belajar sungguh-sungguh and dapat anugerah dekan. Bagi contoh yang baik untuk adik-adik. Okey?" Kedua-dua belah pipi anaknya itu dipegang sambil menarik balik hingus yang sudah berada di pangkal hidung.
"Ya, ma. Jangan nangis lagi, tau? Nanti abang malas nak studi betul-betul kalau mama tak selesaikan cepat-cepat masalah yang timbul tu. Abang pun nak mama janji sama. Kalau mama nak abang dapat dekan, mama jadi macam dulu balik, boleh kan?" kata Saiful bersemangat selepas dia mengesat air mata mamanya.
"Macam dulu balik? Maksud abang macam mana?" Maria bertanya pelik. Sungguh, memang dia semakin lama semakin sewel agaknya.
"Macam dulu-dulu. Funny, wangi, bersih and semua-semualah, ma. Okey, ma... abang pergi kelas dulu! Babai mama! Love you!"
Funny, wangi, bersih? Mata Maria terkelip-kelip sendiri. Dia bergerak ke cermin yang tergantung pada dinding di ruang tamu dan merenung dirinya di dalam cermin tersebut. Sudah lama dia tidak memperkemaskan dirinya semenjak dia mengambil cuti tanpa gaji dengan spa tempatnya bekerja. Langsung tidak terurus. Kalau sehari tak mandi pun, dia tak terasa seperti tak mandi. Rasa normal aje macam hari-hari lain.
"Ya Allah! Teruknya aku!" Tu aje perkataan yang terkeluar daripada mulut Maria yang sedang berdiri di hadapan cermin pagi itu.
Rambut aku! Rasanya rambut pontianak lagi cun daripada rambut aku. Kusut-masai macam orang tak betul! Dengan berdebunya, eh, mana datang nasi seketul atas kepala ni? Kertas pun ada?? Ini kepala orang ke apa? Entah-entah anak lipas mati pun ada sekali terkubur atas kepala aku ni!
Maria berjalan pantas menuju ke bilik tidurnya dan segera duduk di atas kerusi kecil yang menghadap meja solek. Tangannya menyambar sikat yang terletak rapi di atas meja dan menyisir rambutnya perlahan-lahan. Sambil itu, dia merenung-renung lagi wajahnya di cermin. Lingkaran hitam dan kedut-kedut halus terlihat jelas di bawah mata. Dia menyentuh lembut wajahnya yang semakin berkedut kerana umurnya yang semakin menginjak tua. Hujung tahun ini umurnya cukup empat puluh tiga tahun.
Dia kemudian mengira pula berapa bijik jerawat yang secara tiba-tibanya sahaja muncul dan semakin memerah di pipi. Tiga biji kesemuanya. Ala-ala gunung berapi nak meletup. Ini kerja bakteria la ni! Sebab dah lama aku tak sental muka! Uhh, parah! Padan la anak aku kata aku ni bermasalah! Hei, memang bikin malu sejambak!
Maria bangun dan mencapai tuala yang tersidai bersebelahan dengan bilik mandi. Semangatnya mesti dipulihkan! What’s goes around comes around. The world is round, the place which may seem like the end may also be only the beginning.
Kata-kata hikmah yang pernah dibaca dahulunya, kini berputar-putar di kepala otaknya. Bait-bait kata itu cuba dihayati dan diserap. Betul! Exactly! Allah S.W.T pun dah berfirman, Dia tidak akan sekali-kali membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak termampu untuk mereka pikul. Jadi, apa yang aku lalui sekarang ni cuma ujian daripada Allah! Allah tahu apa yang diberi pada aku ni. Aku sanggup tanggung dan aku mampu untuk tanggung! Cuma hati dan perasaan aku saja yang selalu menolak kenyataan ni.
Ini baru sikit. Apalah sangat kalau nak dibanding dengan Rasulullah SAW yang bertungkus-lumus nak menyebarkan dakwah dulu? Apalah sangat kalau nak ditimbang dengan penderitaan aku ni dengan penderitaan umat Islam di Palestin dan Bosnia? Anak dan keluarga mereka dibunuh di depan mata, darah terpercik menyimbah bumi. Tidur dan makan pun tidak menentu. Tetapi, Allah juga sudah berjanji, tiap kesabaran itu Dia akan balas. Kenapa aku tak boleh bersabar? Kenapa??
Aku cukup makan, cukup pakai, cukup belajar, cukup semua! Kenapa aku tak reti nak bersyukur? Hidup dan nafas yang Allah bagi ni aku kena hargai. Masa yang sudah berlalu takkan boleh diulang kembali. Menyesalnya aku sebab dah tinggal banyak waktu solat lepas suami aku tu buat hal.
Astaghfirullah! Ampunkan aku, ya Allah! Aku janji aku akan kembali tabah dan bersabar. Bukan semua manusia bahagia. Dalam setiap bahagia, pasti tersulam derita. Itu memang sudah lumrah hidup di dunia. Kalau tak nak derita, masuk syurga. Tapi nak masuk syurga tu bukan main boleh petik jari aje. Bermacam-macam benda kena buat kat dunia ini. Tetapi, jangan putus asa, sebab semua benda yang dibuat ada balasannya. Allah dah janjikan? Buat baik sebesar zarah pun ada balasannya, sebaliknya pun macam tu juga.
Maria menyental badannya yang sudah mula dipenuhi dengan daki kira-kira enam suku inci punya tebal. Bulu-bulu yang mula tumbuh sepanjang tiga inci lebih kurang itu dicukur kemas. Rambutnya disyampu dan disapu conditioner. Wajahnya pulak dicuci bersih dan discrub.
Selesai mandi, dia keluar dan terus capai penyegar muka dan pelembap lalu ditempek ke muka. Ubat pengecut jerawat disapu penuh semangat. Kill kill, die die
Hari baru, semangat baru. Semoga aku dapat menjadi seperti dahulu, makhluk yang penuh dengan kasih sayang dan di hati ada cinta. Maria berbisik perlahan. Rasa benci dan dendam aku kena campak jauh-jauh, barulah hati pun tenang dan tenteram, insya-Allah.
Aku akan cuba menjadi isteri yang taat dan setia pada suami. Sebab kalau dia nak curang dengan aku, itu dia kena tanggung sendiri dengan Tuhan. Bukannya dia tidak tahu dosa. Aku pula tak nak jadi isteri derhaka sebab tak menghormati suami dek kerana tahu dia curang dengan aku.
Uhh, bukan semua lelaki kat dunia ni setia, sama juga halnya dengan perempuan. Tak ada siapa yang sempurna, termasuklah aku. Moga ada sinar bahagia yang akan menghiasi hidupku kembali. Perlahan dan dengan penuh, Maria berdoa dan mengharap.

0 comments:
Post a Comment