Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 4

4

SESAMPAINYA mereka di kedai makan tempat Abang Din bekerja, Zack pun mula termangu-mangu. Bukan badannya tidak letih, tetapi disebabkan terlalu banyak serangga and binatang-binatang ‘kesayangan’ Zack kat rumah Abang Din, jadi dia pun mengambil keputusan ikut sekali ke kedai Abang Din. Karang aku nak buka langkah silat karate apa kalau jumpa cik ti? Waaa... minta dijauhkan. Dia menggeleng kepala seorang diri.

"Zack nak makan apa?" Abang Din bertanya.

"Eh, tak payah susah-payah, bang. Saya tolong abang, okey? Apa yang boleh dibuat ni, bang?" Zack bangun dengan segera. Aku tengah bersemangat waja ni. Isyy... asyik waja aje, bila wira nak glamor? He he he....

"Tak apa. Zack duduk aje kat situ. Muka pun nampak letih. Lagipun, customer tak banyak waktu ni." Abang Din membalas.

Kenapa la ada makhluk sebaik dia kat dunia ni? Uhh, apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang! Cewah!! Naikkan bahasa bangsa, barulah negara bahagia! Slogan apa ni? Hu hu hu.... Zack mengeliat sepuas hati. Bahunya diurut-urut sendiri.

"Budak semalam ke, Din?" Kawan sekerja Abang Din bertanya.

"Haah. Aku kesian tengok dia. Tu aku bawak dia pergi rumah aku."

"Pergi rumah kau? Kau ni tersampuk hantu busut mana ni? Entah-entah budak tu jahat ke.... Manalah tahu kalau dia buat yang bukan-bukan."

"Aiii, kau ni. Aku ni lelaki. Jantan. Bukannya perempuan. Tahulah aku jaga diri. Aku tengok muka dia pun, aku tau la dia budak baik. Lagipun, aku ni papa kedana, dia nak curi apa kalau ya pun, Man? Dah, ada customer tu. Aku pergi ambik."

Zack menopang dagu memandang ke luar kedai. Langit luas, dah berwarna keoren-orenan menandakan waktu senja sudah hampir. Jemunya aku! Tahap tenuk hidung panjang dah ni! Drama di TV yang terpampang di depannya tidak menarik perhatiannya lagsung.

"Yes, miss. Can I have your order?" Dengan speaking London tak tulennya, Zack tiba-tiba bangun dan meng"serve" seorang gadis yang baru sahaja duduk di meja berdekatan. Gadis tersebut bersama dengan seorang lelaki, balak dia la kut, hensem la jugak, kut. Tapi, aku hensem lagi gamaknya sebab awek dia tak berkelip pandang aku nih, hehe.

"Macam aku pernah tengok mamat nih? Weh! Zack! Kau kan?"

"Eh, siapa pulak mamat tak maco ni? Silap orang tak?" Zack memandang ke belakangnya, melihat-lihat kut-kut mamat tadi cakap dengan orang lain ke, aku yang perasan dia cakap dengan aku.

"Woi! Kau la, siapa lagi?" Mamat tadi bangun lalu menepuk bahu Zack.

"Eh? La, kau rupanya, Zim! Apesal kau jadi putih nak mati ni? Silau mata aku! Kau kena albino ke penyakit sopak??" Lancang mulut Zack berkata selepas dia berjaya mengingati Azim, rakan baiknya dahulu.

"Wei, mulut kau ni, memang sah mulut tak ingat pepatah Melayu ni! Kerana pulut santan binasa.."

"Kerana mulut, badan binasa. Ingatla, mangkuk! Ingat aku ni sengal sangat ke? Ek eleh. Kau ni pun satu hal. Macam tak kenal aku?" Zack menyambung peribahasa Melayu tersebut.

"Kau pun, Apesal muka jadi macam bontot kuali kat rumah nenek aku tu? Hitam berkilat macam orang minyak?" Azim pun tak nak kalah.

"Aku putih la. Tahun bila aku gelap-gelapan pulak? Kanta mata kau tu problem la tu, beb! Aku tetap "jejaka" idaman setiap insan bergelar.."

"Zack!" Abang Din menepuk kuat bahu Zack dari belakangnya yang baru siap tarik kerusi, bukak kedai kopi baru dekat situ.

"Ya, order apa, dik?" Adei, Abang Din ni, potong stim betul la! Aku baru nak feeling meeling, dia datang pulak! Abang Din senyum menampakan barisan gigi putihnya. Sparkling gitu. Hu hu hu.... Selepas mengambil order, Abang Din pun berlalu.

"Macam mana kau boleh terlepas sampai ke sini ni? Waaa, gaya sebiji macam aku pulak tu! Siap maco daripada aku lagi. Apa kes ni, Zack?"

"Well, you know me." Zack meniru gaya Mat Rock spanar Jaya sambil tersenyum poyo.

"Perkenalkan, awek aku, Amy. Amy, ni Zack."

"Hi, nice to meet you, Amy. You have such a beautiful eyes!" Mula dah reka ayat nak menggatal. Tangannya yang menyalami Amy, dieratkan dan matanya merenung lama mata Amy. Muka Amy timbul blusher pink pulak tiba-tiba.

"Woo Woo... awek aku ni, bro!" Azim mula tercabar dengan tindakan Zack.

"Apasal kau? Bukan bini kau pun." Zack mula membuat muka serius. Tak tahan melihat muka bengang Azim, akhirnya tawanya pun berderai.

"Wei! Aku mana main awek-awek ni! Weh, kau makan la, aku nak pergi surau jap! Amy, selamat menjamu selera." Zack tersenyum maco sambil mengejipkan matanya pada Azim. Muah ha ha.... New victims attacted! Zack tersenyum puas melihat muka bengang Azim kerana dia mengusik awek kesayangan Si Azim itu. Hu hu hu...

"Wah, maconya dia, baby!"

Tersembur air teh O yang sedang disedut Azim, selepas mendengar aweknya memuji Si Zack, budak tomboy itu. Tapi, memang dia pun tak dapat nafikan, Zack macam ada tarikan yang tersendiri. Aura cute kut. Mesti jadi bunga kembang setahun kalau mamat tomboy tu tau aku puji dia, bisik Azim di dalam hati.

"EhEmm... tak sayang baby ke, cute?" tanya Azim sambil membuat muka cekodok berkulat di situ.

"Sayang la. Apa pulak taknya? Saja aje puji sikit, baby ni...." Amy mencuit manja pipi albino Azim bak kata Zack tadi. Amboi, mesra-mesraan bukan main lagi! Jangan ikut ya, tak sah lagi tu....
Selepas azan Isyak berkumandang lima belas minit kemudiannya, Si Zack pun muncul setelah selesai melakukan solat jamak, dia menaiki motor cabuk Abang Din.

Uhh, sakit pinggang aku! Motor zaman tuk naduk mana la Abang Din bawak ni? Geduk- geduk bunyinya, nasib tak mampus tengah aku bawa tadi! Baru gaya nak rempit laju sikit, dah ala-ala gaya nak mati. Apa kes? Enjin tahun lapan puluhan punya kut motor ni!

"Eh? Blah dah si budak Azim tu? Laju giler makan, jadi hantu lapar agaknya. Dengan awek-aweknya sekali. Baru niat nak mengusik lagi. Tak ada chance la ni. Hu hu hu..." Zack bermonolog sendirian selepas turun dari motosikal cabuk Abang Din.

Azim ni, antara kawan baik aku masa sekolah dulu. Aku rapat dengan Azim yang terkenal dengan gelaran playboynya. Padahal kalau diukur, aku lagi handsome and yang penting maco daripada dia. Tak payah tunggu orang puji, aku memang kuat perasan sendiri. Hu hu hu... tapi, in case aku tak berapa minat dengan girl, so aku tetaplah menjadi budak normal tapi nakal tahap dewa dengan geng-geng aku! Geng-geng aku semua lelaki, tu sebab aku jadi gini.

Bukan tak ada orang yang minat kat aku. Boleh kata, tiap minggu mesti ada orang letak surat dalam laci meja aku. Laci ajalah, jimat duit tak payah tampal setemkan. Surat apa lagi, of course surat cinta la. Tapi, unluckily, pengirimnya semua dari pihak kaum-kaum Si Zack. Ya la, dah aku tomboy kan, nakal pulak tu, laki mana yang nakkan aku? Jadi, terima la kenyataan anda.




AWAK, saya suka sangat tengok awak. Maco, caring, cute. Boleh keluar tak esok? Just pass the answer to Amin Buntal. I’m waiting. From Anis. Ni satu gaya surat yang aku terima. Kontot and senang faham.

Gaya jiwang tak tahan pun ada jugak. Siap dengan hiperbola, simili, perlambangan and entah apa kebendanya lagi disumbat masuk semua, semata-mata nak bagi aku cair. Mak aiii....

Zack,.
If I have the choices,
I’ll choose to just waiting,
Waiting for only u to come
Come and give me a bouquet of flowers
Flowers which are rich with ur love
True love that come from ur deep heart.

If I can be the angel
I will guarding u all the time
Never let u get hurt
Nor even crying
I will keep u just know how to smile
How to love
And only have the thousands of happiness
Not ever make you learn how to cry.

Your’s ever,
Ellina

Ni gaya anak orang kaya yang bagi sebab dia speaking London bagai. Tapi tak tahu la jugak aku kalau-kalau dia petik dari mana-manakan? Kemudian, bagi kat aku... tapi buat-buat macam dia yang tulis. Tapi, huh... sumpah aku seram, beb! Lelaki melambak-lambak tak terkira. Macam gula sepuluh kilo kat luar sana, tapi kenapa la aku jugak yang nak dipilihnya? Hairan sungguh aku!

Petang ni, pukul empat jumpa kat Jaya Jusco. Saya tunggu sampai awak datang, Zack. Kalau tak, saya tak nak balik.
Daripada,
Alami

Mak aiii!! Gila la kau ni! Aku pelik la kenapa kau yang kurus kering, dada leper, pakai baju kurung putih macam ni, budak perempuan nak suka? Heh!" Amin Buntal merampas surat yang sedang dibaca Zack pada pagi itu dan membacanya sekuat hati dan menambah komen pedas sesedap jiwa di belakangnya. Satu kelas memandang ke arahnya.

"Hei, mangkuk! Kenapa kau tak buat announcement kat perhimpunan pagi tadi aje? Biar satu sekolah ni tau! Yang kau tu, perut berlapis dengan tayar steamroll, dada kembang pakai baju pun butang tercabut, ada hati nak kutuk aku, huh!!" Zack membalas selepas dia bangun menghadap Amin yang tingginya, kurang dua inci daripadanya. Matanya mencerlung memandang tajam ke arah Amin. Eh, aku lagi tinggi! Baru perasan. Dia ni dapat gen rendah kut. Hu hu hu... tu sebab la badan nampak semakin buntal. Kalau tinggi, tak la sebuntal ni aku rasa.

Tapi apa kes nak masuk campur dalam hal aku pulak ni? Dah tu, komen melampau pulak pasal badan aku. Suka hati aku la apa-apa pun, nak sibuk-sibuk apa kena?

"Kau apa kes nak bising-bising, hah?" Amin yang popular dengan gelaran budak nakal itu pun membalas.

"Woo, kau yang mula dulukan? No need to blame on me! Awal-awal tahun dah mula cari pasal dengan aku. Apasal ni, beb??"

"Kau baik hormat aku sikit, Zack! Dah la muda setahun, memang tak reti nak hormat orang! Harap muka aje cun!"

"Eh, sedap kau ungkit pasal hormat pulak? Habis yang kau sibuk membaca and buat pengumuman pasal hal peribadi aku tadi, apa kes kau nak aku hormat-menghormati kau pulak?? Jauh Pluto daripada bumi!" Zack membalas geram. Tangannya bergerak-gerak sambil mulutnya bertutur laju mempertahan diri.

"Kau memang cari nahas la, budak!" Amin mula mencekik leher Zack dan menggenggam penumbuk ingin menggusti pipi Zack. Orang lain yang cuma tersengih-sengih melihatkan si kering dengan si buntal bergaduh tadi, terus masuk campur. Budak perempuan gedik kelas mula menjerit kuat.

"Lepas la, Wei buntal! Sakit, kau tau??" Zack menjerit dengan suara seraknya antara dengar dan tidak. Mukanya mula membiru pucat dan tangannya kemudian mula mencapai rambut Amin dan menariknya sekuat hati sehingga tangan Amin terlepas dari lehernya.

"Botak aku lima tahun! Kau memang aku takkan lepaskan sampai mati!" Amin menjerit kuat. Bergegar satu kelas dengan suaranya. Tangannya memegang kepalanya yang terasa sejuk ditiup angin. Matanya membulat. Hidung kembang-kempis menahan ombak di dada. Biasala tu, dah keguguran rambut, gitu la gayanya.

"Padan la dengan muka kau! Nah! Ambik la balik rambut kesayangan kau ni! Pergi tanam and sembah tiap hari!" Zack menaburkan rambut Amin yang tercabut kerana ditariknya tadi ke atas lantai.
Tak sangka nak tercabut sampai secekak. Aku rasa aku tarik sikit-sikit aje tadi! Hai, nasib kau la, Amin.

"Wei! Dah la tu, guys! Korang ni benda kecil pun nak gaduh!" Ketua kelas bangun meredakan keadaan. Badan besar Amin ditarik oleh beberapa orang lelaki kelas mereka apabila Amin kelihatan masih menaruh harapan untuk terus bergaduh dengan Zack. Zack pulak mengusap-usap lehernya yang terasa sedikit perit kerana dicekik Amin.

Mahu biru lima hari ni. Kantoila dengan mama balik rumah weekend ni! Aiseh! Kenapa la aku tak boleh hidup dengan tenang? Ada je orang nak cari pasal dengan aku! Yang cari pasal kata aku ni pergi merampas awek dia pun ada jugak! Padahalnya aku ni mana la layan pun dia orang. Dia orang yang nak kat aku! Aku nak kata apa lagi?

"Zack, kau okey tak?" Yana di sebelah bertanya dengan muka penuh risau. Leher Zack dibelek-beleknya. Dia merenung Amin yang duduk dua baris di hadapan sebelah kanan mereka. Mulutnya mula menyumpah Amin panjang sedepa, serupa nenek tua marahkan cucu memecahkan pasu bunga.
Zack diam seribu bahasa.

"Bangun! Selamat pagi, cikgu!" Suara nyaring ketua kelas memberi salam kepada cikgu berbangsa India pada pagi itu, menghilangkan kebisingan dan kebingaran kelas.
Selepas itu, Zack bangun meminta kebenaran dari cikgu Matematik Tambahan tersebut untuk ke tandas.

"Apa jadi dengan leher awak itu? Biru-biru? Kena gigit tikus ke?" Dengan pelatnya guru wanita itu bertanya. Caring sekali.

"Nothing, madam. Tikus mondok gergasi gigit tadi. Tak sempat mengelak." Zack menjawab endah tak endah kemudian berlalu keluar.
Amin mencebik bibir apabila diperli sebegitu dan diketawakan rakan sekelasnya.

Di dalam tandas, Zack merenung muka dan lehernya di dalam cermin jernih itu. Fuh! Nasib la hidup lagi aku yang comel ni. Kalau nyawa tak panjang mana, mahu terbang dah nyawa aku kena cekik dengan dia tadi!

"Zack!" jerit seorang budak perempuan yang baru keluar dari tandas selepas mengqada’ hajatnya.
Perempuan mana pulak ni? Habis menjerit, tangannya pantas memeluk tubuh Zack sekuat hati. Zack yang terkejut dengan tindakan spontan gadis tersebut, cuma mampu mengelip-ngelipkan matanya. Blurred, muka cikgu India tadi tiba-tiba memenuhi kepala otaknya. Tikus hutan kurus menyerang!

"Aduh, aduh! Stop that, please. It’s hurt." Zack bersuara apabila budak perempuan itu bermanja-manja di lehernya. Zack menolak perlahan tubuh gadis itu daripada terus memeluknya. Mata comel budak perempuan yang terpaksa mendongak untuk memandangnya itu terkelip-kelip merenungnya.
Isyy! Apa kes ni? Tahu-tahu je datang memeluk aku! Seramm gila tahap 5 juta megawatt dengan perempuan zaman sekarang ni!

"Apa jadi dekat awak, sayang??" Budak perempuan dengan rambut rebondingnya itu membelek-belek leher Zack. Bengkak lehernya terasa berdenyut-denyut disentuh perempuan yang dia sendiri tak ingat namanya itu. Zack meraup wajahnya sendiri. Electric shock masih berkaran dalam diri, membuatkannya tak tahu apa yang perlu dibuat. Hizzz..
"Awak jangan lupa letak ubat... thanks tau sebab selamatkan saya hari tu. Saya terus gilakan awak lepas kejadian hari tu!"
Pulak! Selamatkan, gilakan, kejadian? Apa ni? Apa??

"Okey okey. Please! Just tell me your name and apa, di mana and apa-apa ajalah yang berkaitan dengan kejadian hari tu, as you said before, clearly. Jangan buat saya bertambah pening kat sini, okey?" Suara Zack dikuatkan seiring dengan kepeningan dan kebengangan yang mula bermaharajalela dalam diri. Serentak dengan itu juga, kedengaran suara esak tangis ala-ala baby baru lahir. Mak aiii... Zack menepuk dahi.

Ni payah dengan budak perempuan sensitif ni. Aku cakap kuat sikit aje pun dah menangis. Ya Allah! Please...! Hantarkan aku seseorang untuk menyelamatkan aku daripada semua ni! Aku nak masuk kelas, nak belajar! Menyesal aku datang sini tadi! Huh!

"Awak... tolong, okey? Jangan la macam ni. Nanti saya belikan awak aiskrim, boleh?" Zack mula mereka ayat memujuk gadis tersebut.
Mata gadis tersebut membulat, senyuman mula mengembang, air matanya diusap sendiri.

Aku rasa aku ni tak la cakap kasar gaban pun dengan dia, just sikit aje pun aku kuatkan suara, dah menangis! Gedik jugak!

"Nak, nak! Saya nak aiskrim Baskin and Robins. Nak dua kon, boleh?" jawabnya dengan semangat berkobar. Dua jarinya diangkat. Panjang nafas Zack menarik dan menghembuskannya kembali.

Mujur termakan jugak pujukan aku tadi. Kalau tak termakan, risau aku kena paksa makan selipar Jepun oleh si boyfriend dia, tak pun mak ayah dia, buat aniya aku aje! Even aku rasa dia ni, just nak mengambil kesempatan. Tapi aku rasa tak apalah, selagi dia tak mendatangkan masalah lain pada aku.

Zack pun segera mengeluarkan dompet jenama Levi Strauss & Co. lalu mengambil not Ringgit Malaysia sepuluh, dua helai dan diberikan dengan senang hatinya kepada gadis itu.

"Saya tak nak duit, tapi nak awak teman makan sekali dengan saya. Petang ni pukul..." ujar gadis tersebut, laju sambil matanya dilirikkan ke arah jam di pergelangan tangannya yang berwarna merah jambu, yang sangatlah terang dan menyilaukan warnanya.

"Zack!!! Kau okey tak ni?" Suara lembut mendayu Yana sayup-sayup menerpa gegendang telinga mereka berdua.

Yeah! Pertolongan Tuhan hadir akhirnya! Alhamdulillah! Yana! Aku hutang kau roti canai mamak sekeping! Sekeping sudah la. Gila kedekut!

"Kenapa? Aku nampak tak okey ke?"

"Madam dah rindu kat kau. Dia suruh aku datang tengok apa kes tak menyampainya ke kelas lagi. Dah 20 minit dia membebel tak sudah dalam kelas tu." Yana bercakap sambil badannya disandarkan ke dinding yang bertiles warna merah jambu, khas untuk tandas perempuan.

"Ling! Kenapa abaikan saya??" Tangan Zack dihayun-hayun, meminta perhatian supaya Zack memandang ke arahnya.

Zack yang sedang memandang ke arah Yana, segera membuat muka bosan mahu melayan budak yang tidak tahu asal-usulnya dari mananya itu.

Isyy! Karut and rimas betul aku dengan budak ni! Buat la sampai naik darah aku, ada yang balik tanam gigi belakang rumah karang! Apa tengok-tengok? Zack bising di dalam hati. Nak aje aku sound sekali lagi budak ni. Tapi disebabkan muka dia dah semacam nak dilanda hujan ribut taufan Katrina melihat muka marah aku ni, so tak apa la. Aku Pasrah, bak nama lagu Melayu.

Nafasnya ditarik panjang. Pipinya yang tak gatal digaru sedikit dan dia berkata tenang pada gadis tadi selepas kemarahannya sudah reda.

"Apa-apa ajalah okey, dear? Saya perlu untuk masuk ke kelas, so as you, then I’ll meet you up as we’ve promised before, then I’m saying good bye now!" Zack berlalu keluar dari tandas dengan Yana di belakang, meninggalkan gadis tadi dengan hati berbunga-bunga.

"Apa kes kau layan budak tu? Ketua geng gedik tu, beb! Takkan kau tak ingat?" Yana bersuara selepas mereka berjalan menuju ke kelas yang berada di utara tandas.

"Ingat apanya, Yana? Aku tersepit la! Aku tak layan, meraung mak nenek dia kat situ... aku jugak yang susah! Hesyy!" Zack meraup muka lagi. Otaknya ligat memikirkan tentang kejadian tempoh hari yang disebut Yana tadi. Baru teringat, dia meleraikan pergaduhan antara dua budak perempuan, yakni budak tadi a.k.a makhluk gedik tak bernama, dengan seorang budak kelasnya.

Tak ada maksud pun nak masuk campur, tapi dah orang bergaduh depan mata, takkan boleh pulak aku nak bertepuk tangan pergi menyokong pulak? Of course la aku sebagai ketua blok, tak pun sebagai manusia, kena la leraikan, dah jadi dekat blok aku pulak tu! Entah makhluk mana yang pergi calonkan nama aku sampai la ke penghujungnya, aku ni ditarik pulak menjadi ketua blok B! Huh! Bersimpul urat sereblum aku!

Dari aku boleh duk relaks gigit rumput dekat tepi padang, ni kes tak ada kerja sangat la ni, sampai la akhirnya aku kena bergaduh tiap masa dengan orang! Sampai aku nak melepas dalam tandas pun naik terbantut beb! Nasib badan la. Jadi orang aktif and glamor dekat sekolah ni, memang susah la nak hidup tenang! Aku dah tak jumpa makna ketenangan dalam hidup aku lagi sekarang!




"ZACK! Tolong ambikkan order, daripada hang duduk tercongok kat situ!" Panggil Abang Din dari dapur.

"Yes, boss!" Zack membantu Abang Din sebagai membalas jasa baiknya membantu selama ini. Ceh, ayat jiwang-wang, konon.

"Dah, jom balik!"

Pukul tiga pagi baru kedai makan itu ditutup. Zack mencangkung kepenatan sementara menunggu Abang Din mengunci kedai tersebut.

"Zack penat tak?" tanya Abang Din tanpa melihat pada Zack.

"Penat... lelah...." Zack membalas sikit-sikit. Matanya nampak kuyu benar.

"Zack!" Elok Abang Din berpaling aje, Zack dah pun terbaring di situ. Abang Din memanggil-manggil namanya sambil menampar-nampar pipinya, namun dia masih tak jugak sedarkan diri. Apa dah jadi kat budak ni? Apa patut aku buat?

Nak buat CPU ke? Eh, CPU apanya, CPR lah! Kepala Zack didongakkan. Hidungnya dikepit dan mulutnya dibuka sedikit.

Uhh! Terpaksa jadi part time gay lah gamaknya. Hu hu hu... Abang Din menarik nafas panjang untuk dihembus. Berdebar jugak ni! First time, first try. Ready, go!!

Sepuluh inci, lima inci... makin mendekat dengan bibir Zack. Sikit lagi Din!

"Eh, hujan?" Zack tersedar tiba-tiba dan bercakap. Serta-merta Abang Din menjauhkan dirinya daripada Zack.

"Apa dah jadi, Bang Din? Kenapa action macam nampak hantu puchong aje ni?" tanya Zack.

"Zack okey tak? Tak sakit kat mana-mana?" Abang Din bertanya. Muka kalut jugak.

"Tak ada. Kenapa bang?" Zack menjawab dengan muka selambanya.

"Habis, yang terbaring tiba-tiba tadi tu kenapa?"

"He he he, sorry, Bang Din. Tertidur kejap tadi. Tak tahan, ngantuk," kata Zack lalu selamba bangun menuju ke tempat teduh memandangkan hujan semakin lebat.

"Sinilah Bang Din. Demam karang, saya jugak kena jaga. He he he..." kata Zack sambil duduk mencangkung di situ. Ha ha comel aje. Bang Din melihat Zack, ehh, aku ni suka lelaki ke? Uhh... serious kes ni! Bukan case, tapi cases! Kalau aku gay, aku tak suka perempuan, aku tak boleh kahwin, aku tak boleh ada anak, tak ada siapa nak doakan aku dalam kubur. Ke aku gila? Tak pun terkena sawan Si Zack ni? Ohh tidak!!

"Bang Din! Hujan ni!" Zack berkata kuat sambil menarik tangan Bang Din yang berbaju lengan panjang itu. Dup-dap... dup-dap.... aih, makin parah siot! Berdebar kuat pulak aku dia pegang tangan aku. Allah! Macam confirm aje aku gay?? Nope! Nope! Okey, tenang. Tarik nafas, Din. Mainan perasaan je ni! Aku tau aku normal!

"Zack. Lebatkan hujan?" Suara Abang Din perlahan kedengaran ditambah dengan kelembutan percakapannya itu.

"Emm..." Zack sudah terlentok di bahu Abang Din selepas lelaki itu duduk di sebelahnya. Matanya sudah terpejam kemas. Cepatnya dah tidur? Penat sungguh-sungguh rupanya budak ni. Kesian betul.
Abang Din mengambil peluang itu untuk merenung muka Zack. Cutenya dia. Hidung mancung, muka bersih and cerah, pipi gebu, uhh geram pulak tengok gebu-gebu ni! Hish, sabar Din, sabar. Budak ni LELAKI, bukan perempuan. Tangannya yang sudah mula naik gatal untuk memegang tempat yang tidak sepatutnya dipegang, segera dialih. Akhirnya, dia pun terlelap sementara menunggu hujan reda.



"WOI! Din! Bangun! Kau buat apa dengan budak ni depan kedai pagi-pagi buta ni??" Seorang rakan sekerja Abang Din menjerit kuat bagi mengejutkan mereka berdua dari lamunan indah.
"Uhh?" Abang Din tersentak lalu terjaga. Mukanya macam orang sewel naik ke bulan, terpinga-pinga sebentar lalu merenung sekeliling. Apa berat-berat kat paha ni?

Dilihat Zack sedap aje berbaring di ribanya, tapak tangannya dicantum dan diletakkan di bawah pipinya dan dengan posing mengerekot macam tu, gayanya macam tidur atas katil raja. Nikmat tak terkata! Budak ni aku campak dalam lombong pun boleh tidur jugak rasanya!

"Zack. Bangun, sayang." EhEmm... sayang tu dalam hati aje disebut. Hu hu hu... tapi aku tak boleh terima jugak yang aku ni suka lelaki? Ahh, tak ada! Tak ada!! Aku normal ni. Aku bukan suka, just sayang aje, macam aku sayang adik aku. Yup! Itu yang sebetul-betulnya!

"Weh? Kau ni terkena sawan angin ke? Tiba-tiba angguk-angguk and petik jari sorang-sorang ni, kenapa?" Rakan Abang Din menepuk bahu, kuat selepas penat dia menunggu dan menyaksikan aksi yang maha pelik dari rakan sejawatnya itu.

"Ha?

Ye ke?" Mata Abang Din dikelip-kelip laju.

"Sah! Kau ni memang dah terkena sawan. Dah, kejut budak tu, bawak dia balik. Aku nak bukak kedai ni. Menyemak je dua-dua ekor dengan air liur basinya. Hai.. Din, Din." Kawannya itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluarkan kunci daripada poket seluarnya. Berkerincing-kerincing bunyi kunci yang sejambak itu berlaga antara satu sama lain.

"Zack!" Cukup lapan kali Abang Din memanggil nama Zack, namun dia masih tidak sedar-sedar jugak. Tidur kalah mumia. Abang Din segera menyelukkan tangannya ke dalam lengan T-shirt Zack dan mencapai sehelai bulu. Ehem.. bulu apa lagi, bulu ketiak masam Zack la lalu ditarik sekuat hati! Yah! Tak bangun jugak, betul-betul aku pergi campak masuk lombong emas budak ni!

"Aduh! Uwaa! Bang Din... pendek umur saya sehari! Ini bukan pertandingan cabut rumput terbakar la, bang!" Zack segera terjaga dan bangun sambil menggosok-gosok ketiaknya dari luar. Abang Din cuma tersenyum. Sedar pun!

"Ya Allah! Panjangnya! Berapa ratus tahun tak cukur ni, Zack?" Abang Din merenung-renung bulu ketiak Zack yang berjaya dicabutnya tadi. Nipis aje. patut la senang cabut. Tak macam bulu aku, tebal and pure hitam pekat. Hu hu hu... siap kerinting-kerintingan lagi!

"Bang Din!! Bak sini balik! Bulu berharga lapan juta tu!" Zack merebut-rebut bulu tersebut daripada Abang Din. Abang Din pulak makin naik galaknya, sibuk sembunyi-sembunyikan bulu tu. Zack pulak terjerit-jerit demi mendapatkan kembali bulu ketiak ’berharga lapan jutanya’!

"Hei! Korang berdua ni Apesal ni? Tak senonoh betul! Bulu pun nak berebut-rebut! Pergi balik sekarang! Isyy! Dah tua-tua bangka pun, perangai kalah budak kecil! Sebelum aku sepuk korang berdua, baik korang balik cepat!" Marah kawan Abang Din sekali lagi sambil bercekak pinggang di depan kedai.

"Tulah, Bang Din! Kan dah kena!" Zack berbisik tetapi dengan nada semangat wiranya.

"Nah! Ambik balik!" Abang Din memberikan kembali bulu ’rebutan’ itu kepada tuannya.

"Huh, buluku yang tercinta." Tercinta la sangat. Kemudian, dia pun menyimpan bulu tersebut di dalam poketnya. Kalau seluk sekali lagi, gerenti dah tak jumpa dah bulu tu.

Mangkuk belanga betul Si Zack ni! Bulu pun nak kecoh-kecoh. Takat bulu ketiak tu, terbang sampai Afrika Selatan pun orang tak heran laa.

"Jom balik!" Abang Din berjalan menuju ke tempat motosikal cabuknya diparkir. Nun di belakang kedai. Motor secabuk motor Abang Din tu, jual kat besi buruk pun, belum tentu laku! Tapi, disebabkan ada nilai sentimental dengan motor tu, tu yang membuatkannya masih menyimpan dan menggunakan motor zaman Tok Naduk itu. Tak ada modal nak beli yang baru pun, ya jugak. He he he....
Sesampainya mereka di ’rumahku syurgaku’, Abang Din, Zack dengan segeranya menarik tilam berpeta ’Amerika Latin’ itu dan membaringkan badannya. Ayah Din yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Comelnyaa di.... uh, aku gay? Perkataan ’dia’ tak jadi disambung. Abang Din pucat lalu terus ke dapur menarik nafasnya yang dengan tiba-tibanya menjadi sesak. Selepas sepuluh minit..

"Zack! Mandi dulu, lepas tu boleh makan!!" Wah! Makan lagi!

"Makan dulu tak boleh ke, bang??"

"Mandi dulu. Nanti buncit kalau mandi lepas makan."

"Tak ada buncitnya, bang. Dah berpuluh-puluh juta hari saya duk buat kerja tuh, tapi body maintain steady. Cool and steady," kata Zack dengan muka berlagak sombong. Tu ajalah kerjanya. Dari awal ke habis, berlagak tu memang rutin harian. Hisy... hisy....

"Emm... ya la tu, dik oiii.... Pergi basuh muka dulu."

"Yeah! Makan!"

SAMBIL makan, mereka berborak.

"Umur abang berapa, tahun ni?" Zack bertanya dengan mulut penuh dengan nasi goreng. Tak senonoh betul budak ni! Nasib tak tersembur keluar!

"Tiga puluh dua," jawabZack tersedak. Mak aiii! Tua jugak dah rupa-rupanya! Aku ingat umur dia baru setahun jagung,. Hu hu hu... perli nampak.

"Rambut abang nampak panjang la. Saya tolong potongkan ya kejap lagi? FOC. Free Of Charge. Bukan selalu ni, bang!" Zack berkata sambil matanya bersinar ceria.

"Oh, ya ke? Biasa aje abang rasa?"

"Biasa apanya? Dah macam sarang tebuan, tinggal tak ada tebuannya aje lagi!"

"Emm, yalah kalau dah macam tu."

Yes!!

"Zack pandai potong rambut? Hebat betul!"

"Bukan takat pandai, saya memang handal bab potong-memotong ni!" Gila terror aku! Hua hua hua... dulu masa dekat sekolah, adalah sorang budak ni, memang gilerr kalau dengar perkataan free or percuma, or FOC... so, aku pun offerkan diri untuk memotongkan ‘jambangan bunga’ di atas kepalanya itu. Apa lagi, dia pun dengan rela hati, siap bersinar-sinar mata minta aku ‘urus’ kan rambut dia. Aku pun apa lagi, beb? Potonglah! Lepas budak tu tengok rambut dia kat depan cermin, terus pengsan masuk wad! Lastly, terpaksalah dibotakkan sebabnya memang dah rosak giler rambut dia. Potong macam mana pun, tetap hodoh macam tapir! Hua hua ha.... Sekarang ni, kepala Abang Din pulak yang akan jadi mangsa kebotakan. Jahat nak mati aku ni!

"Dah ready, bang? Bismillah..." Zack dah bersiap sedia untuk ‘merosakkan’ rambut sarang tebuan Abang Din itu. Hu hu hu... Devil aura in the air! Dengan gunting di tangan, betul-betul di depan pintu rumah Abang Din, Zack meneruskan planning jahatnya. Sehari tak kenakan orang, memang tak sah budak ni!

"Eh, kejap." Abang Din mengangkat tangannya, tanda stop.

Siapa pulak yang baik pergi menghalang aktiviti aku ni? Hisyy, kacau betul!

"Zack. Ada orang call," kata Abang Din sambil memberikan handphone Ericsson yang dahulu kalanya, sebelum zaman handphone glamor. Masa tu handphone mahal giler and gedabak giler. Baling kat anjing, nescaya akan terbanglah roh anjing itu. Hu hu hu....

"Hah?? Mama dah sampai??"

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my