Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 3

3

"NI la rumah Abang Din, Zack. Jom masuk. Tak payah segan-segan." Abang Din menjemput Zack masuk ke dalam rumahnya.

"Tak... tak segan langsung." Zack membalas endah tak endah sambil matanya melilau ke kiri kanan.

Mak datuk sebelah nenek bapak aku! Bapak besar badak rumah dia! bisik Zick terkejut di dalam hati. Takut pulak Abang Din terasa kalau dia cakap kuat-kuat. Tapi, memang besar badak pun, tak dapat dinafikan lagi dah! Apa boleh buat lagi? Abang Din aje yang sanggup tolong dia sekarang.

"Rumah ni sempit sikit." Abang Din berkata sambil mengemas-ngemas sedikit barang-barang yang bersepah di atas lantai.

Tak sempit sikit, bang. Sempit banyak ni! Macam mana la dia boleh duduk dalam rumah sekangkang anak kera tak cukup makan ni??" bebel Zack di dalam hati.

Dia mendongakkan kepala ke atas. Atap rumah penuh dengan lubang-lubang. Anak kucing pun boleh masuk ikut lubang tu! Dinding rumah tak payah sebutlah. Macam mana dia nak buat projek dengan bini dia ni? Kalau orang jenguk dari luar, sah-sah terang bulan purnama orang nampak! Clean and clear!

"Abang duduk sorang aje kat rumah ni, Zack. Zack tak biasa ya dengan rumah sempit macam ni?" Abang Din menghamparkan sehelai tikar mengkuang lusuh yang boleh dikira macam kena makan tikus. Tak pun lipas buat sarapan tiap pagi.

"Eh, tak ada, bang. Okeylah ni! Apa pulak tak biasanya? Semalam pun tidur atas lantai. Sejuk aje, hu hu hu. Orang kata tak apa rumah kecil, asal bahagia dalamnya. Betul tak, bang?" Zack cuba menyembunyikan perasaan di dalam hatinya demi menjaga hati Abang Din.

Cover siot! Takkan nak cakap main lepas aje? Bukan semua orang hidup senang dekat dunia ni! Orang susah macam mana pun, dia tetap ada perasaankan?

"Yeah. Totally right!" Ceh wah... terer speaking jugak rupa-rupanya. He he he.... Siap ala-ala Usher lagi tu! Selepas duduk, sambil bersila dia mengelipkan mata memandang keliling. Di suatu sudut, ada tilam nipis sekeping. Tu pun berlubang-lubang jugak dan banyak peta-peta lukisan air. Paham-paham ajalah air apakan. Banyak air yang boleh buat corak dekat tilam ni. Hu hu hu...

Tilam itu tersandar di tepi dinding. Di satu ceruk, ada dapur kecil yang diletak atas lantai dan berlapikkan surat khabar je. Daif bebenar dah ni. Tahap tikus dalam air dah!

Tapi mujur tuan rumahnya baik hati. Kan kan?

"Zack pergilah mandi. Nah tuala ni, abang baru basuh. Biasakanlah diri dengan rumah Abang Din ni buat sementara waktu." Abang Din menghulurkan tuala ala-ala dinding tadi jugaklah, berlubang-lubang dan koyak-koyak di hujungnya kepada Zack.

Zack yang merewang-rewang fikirannya tadi, terus sedar dan menyambut huluran tuala daripada Abang Din.
Wah! Towel tahun nenek moyang aku lahir! Isyy... kejam betul statement ni! Banyak cakap pulak, dah orang nak tolong, duk diam dah la!

Kenapa tak ada bini dia eh? Jenuhlah aku kalau kena tangkap basah karang, buat naya aje aku! But.. apa kata.. jeng jeng jeng... idea kepala tanduk Zack sudah muncul! Bukan selalu ni, he he he....
"Okey, bang. No hal punya! Beres! Ehem...." Zack berdehem supaya suara perempuannya tidak begitu ketara kedengaran. Mujur suaranya yang ala-ala serak basah itu membantunya sedikit sebanyak.
Di dalam tandas.

"Fuyyo! Abang Din ni teropong siapa ni?" Lubang dekat dinding tandas jelas kelihatan. Zack meneropong ke luar.

Kalau aku teropong orang tak apa, kalau orang lain yang teropong aku kat dalam ni? Kes naya namanya! Ah, bantai ajalah! Bukan lama aku nak duduk sini. Kejap aje pun!
Zack mula buka baju dan bengkungnya yang terletak kemas pada bahagian dada.

Hisyy... patut orang tak kenal aku ni perempuan! Rupa-rupanya sebab aku pakai bengkung! Eh, nyanyuk agaknya aku ni? Sampai tak sedar diri sendiri pakai bengkung. Akukan tomboy. Aku tak suka ‘benda’ ni. Kacau hidup aku aje adalah. Tak ada pun tak apa. Tu sebab aku hadang dia. Taklah nampak sangatkan? Tapi, penat jugak aku nak memakai bengkung ni! Sampai semput kadang-kadang tu. Mujur jugak aku ni jenis cekeding aje.

Tiba-tiba pintu tandas diketuk. Kelibut jugak dibuatnya! Baju dan bengkung yang dipegang tadi terus dicampak ke tepi dan tuala yang tersidai segera ditarik bagi mengelakkan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku daripada berlaku.

"Zack! Ni baju dengan seluar. Tukarlah dulu. Baju Zack tu nanti Abang Din basuhkan," ucap Abang Din tenang dari luar.

Adei… apa pasal orang tua ni layan aku baik sangat ni? Kena minyak dagu ke? Pelik jugak aku! Bila masa aku jumpa bomoh minta minyak dagu ni? Confuse-confuse….

"Okey, bang. Kejap lagi saya ambik! Abang letak aje kat luar tu!" Bibir bawahnya digigit sambil matanya dikecilkan, mengharapkan jawapan ‘ya’ daripada Abang Din. Telinganya yang dirapatkan ke pintu, dirapatkan lagi sehingga mencecah ke permukaan pintu tersebut bagi mendengar jawapan Abang Din.

"Ala... ambik ajalah sekarang. Nak malu apanya dengan abang? Kitakan sama-sama lelaki?"

Sah! Semua orang mata rabun termasuklah pak cik tua sorang ni! Tapi taklah tua sangat pun aku rasa. Aku pulak yang mulut jahat. Isy...isy... isy....

"Okey, bang. Kejap!" Dengan pantas dia mengenakan kembali bengkungnya dan membuka pintu yang diselaknya tadi secepat mungkin.

"Eh? Apasal berkemban macam perempuan ni?" Abang Din bertanya dengan riak muka terkejut. Zack dilihatnya sedang tersenyum lebar, tangannya memaut kemas pinggangnya sendiri sambil kakinya disilang. Badannya dilanding elok pada tepi dinding. Dua kali tengok, serupa gaya perempuan menggoda tapi tak cukup ilmu.

"Eh, tak ada apa-apa, bang. Sejuk. Tak boleh kena angin. He he he...." Padahal…!

"Ada pulak macam tu? Nah, ni baju. Tukar singlet kat dalam tu. Nak mandi air panas ke?" Baju dan segala pakaian yang dirasakan perlu, bertukar tangan. Abang Din yang lurus bendul itu pun percaya aje semua apa yang dikatakan Zack itu.

Gila ambil berat betul pak cik ni dengan aku. Apasal la agaknya? Ada ke aku hembus ayat mantera Siam kat dia? Mantera semerah padi pun aku tak tau, apatah lagi mantera Siam segala!

"Eh, tak apa bang. Tak payah susah-susah. Dapat mandi pun dah cukup bahagia dah ni," balas Zack dengan mata bersinar-sinar.

"Okey, mandi elok-elok. Ni sabun. Kalau tak simpan, nanti kena gerik dengan tikus." Abang Din menghulurkan bekas khas berisi sabun berwarna biru cair kepada Zack.

Hah? Tikus?? Ohh tidak!! Gila! ‘Sayang’ aku dengan cik ti a.k.a. tikus berbulu putih tu!

"Zack takut tikus ke?" Abang Din bertanya lagi. Hairan tengok mulut Si Zack luas semacam aje nganganya? bisik Abang Din.

"Eh, tak ada. Eleh, takat tikus tu, apa kelas nak takut-takut. Sekali pijak aje, innalillah, bang!" Ketawa mereka berdua berderai kuat. Belagak nak mati Si Zack ni! Dah jumpa nanti, baru tau langit tinggi ke rendah!

"Mandilah dulu." Abang Din tersenyum dan berlalu ke depan.

Aiii, apa agaknya jadi lagi lepas ni? Zack merenung bekas sabun yang berisi seketul sabun GIV yang diberikan kepadanya tadi bersama dengan sepeket kecil syampu Sunsilk biru.
Susahnya hidup dia walaupun ada kerja, tapi duduk sorang-sorang macam ni. Tapi bila tengok gaya dia punya bersepah, gaya macam ada lapan belas la pulak?

"Ahh!! Katak puru!! Bang Din... katak puru!!" Kelam-kabut Zack membuka pintu dan berlari keluar dengan hanya berkemban. Nasib tak sempat bukak semua lagi! Abang Din segera muncul selepas mendengar Zack menjerit memanggilnya.

"Kenapa ni, Zack?" Riak wajah risau terpamer pada muka Abang Din sambil melihat ke arah Zack yang sedang terjenguk-jenguk dari luar seperti memandang sesuatu di dalam tandas dengan keketaran yang nyata. Nafasnya turun naik dengan agak laju.

"Katak puru, bang! Katak puru!" katanya terloncat-loncat sambil menarik-narik hujung baju Abang Din. Allah! Habis dah semua kemacoannya sebentar tadi. Abang Din yang melihat kelakuan Zack, hairan melihat perangai Zack yang nampak jelas gila keseramannya tu.

Pondan ke budak ni? Dah la berkemban, takut katak puru pulak tu. Hairan tahap dewa aku dengan si budak Zack ni!

Ceh, dengan maconya Abang Din menunjukkan keberaniannya pada si ‘pondan’ itu. Pintu tandas tersebut ditutup sedikit. Zack pulak membuat muka geli-geleman di luar apabila otaknya terlintas imej katak puru berjerawat tadinya.

He he he... ya Allah! Sumpah aku geli!

Sekejap aje masuk ke dalam tandas itu, Abang Din pun keluar dengan senyuman melebar. Seinci lagi hendak mencecah telinga.

"Dah, tak ada dah." Dengan yakin Abang Din berkata.

"Eh? Dah tak ada dah?" Muka Zack diguling-gulingkan, ala-ala Donald Duck terkejut tak percaya. Matanya pulak dibesarkan sambil memandang muka Abang Din.

"Haah. Tak ada dah. Masuklah mandi." Zack masih tidak boleh hendak percaya. Dia pun menjenguk dari luar tandas. Still dengan gaya takut-takut.

"Haah la... dah tak ada. Abang Din telan katak tu ya? Macam mana boleh ghaib tiba-tiba?" Zack bertanya soalan paling bodoh di alam fana ni.

"Adalah ilmu abang. Zack mana boleh tau! He he he.... orang berani aje boleh dapat ilmu ni." Nah sebijik! Tu dia. Tadi bukan main nak pijak tikus, baru muncul anak katak puru, dah tegak bulu kaki! Belum jumpa tikus lagi! Dah melompat-lompat tarik lengan baju orang, kalau jumpa tikus, lompat naik atas bumbung dah agaknya!

Cepat-cepat Zack menutup pintu tandas dan membuka pili air sehabisnya, menakung air di dalam baldi yang tersedia di situ.

Uwaa mama!! Takut lipas, katak, tikus dan yang seangkat sebapak dengannya! Aaa...!! Tolong!!!!

Air paip yang ditadah tadi disiram-siram ke badan secepat mungkin sambil matanya memandang keliling, berjaga-jaga kalau-kalau ada lipas hitam pulak muncul kat depan mata! Yang jenis terbang-terbang naik atas badan orang tu memang aku tak boleh tahan! Aku lagi rela telan hempedu daripada terjumpa lipas!

Sesudah mandi, dengan pantas juga Zack memakai kembali bengkungnya, baju Abang Din dan seluarnya. Gila kurus Abang Din ni! Seluar dia pun aku padan! Ha ha ha.... Tak sedar diri sendiri pun kurus kering, sedap nak mengata orang lain pulak!

Eh, spentot aku macam mana, ya? Nasib spentot aku tak berbunga kali ni. Sebabnya, aku agak suka spentot berbunga-bunga tambah lagi yang warna-warni walaupun aku tomboy. Hu hu hu.... Tak cukup tomboy lagi la tu. Bantai ajalah spentot masam ni. Nak buat apa lagi? Takkan spentot pun, Abang Din punya jugak yang jadi mangsa??

"Jom, makan! Kejap lagi kita pergi balai." Abang Din mengajak Zack makan selepas melihat Zack yang sudah keluar dari tandas, sambil mengelap rambut pendeknya yang basah itu laju-laju.

"Makan? Ya Allah! Rezeki!" Cepat-cepat Zack duduk mengadap makanan yang dihidang di atas tikar mengkuang yang dihampar tadi. Menunya biasa ajalah, telur, nasi, sardin dan kicap. Biasa la, orang bujang... lagipun susah nak simpan benda basah yang lain sebab tak ada peti sejuk.

Selepas habis makan, mereka pun bergerak menuju ke balai polis berdekatan menaiki motor cabuk Abang Din.

"Nak abang ikut sekali tak ni?" tanya Abang Din selepas turun dari atas motosikalnya dan berdiri menghadap Zack. Topi keledar dibuka dan disangkut pada cermin sisi motosikalnya.

Zack pula meletakkan topi keledar yang dipakainya tadi ke dalam raga motor. Jari-jari tangannya kelihatan berhabuk dan kehitaman sedikit kerana memegang topi keledar Abang Din yang sudah lama terbiar begitu sahaja tanpa digunakan.

Gatal-gatal kepala aku. Hu hu hu....

Kemudian, dia pun menggosok-gosokkan tapak tangannya ke seluar jean biru lusuh yang dipakainya itu.

"Tak apa la, bang. Saya pergi sendiri aje, okey? Abang tunggu kat kerusi tu kejap, bolehkan?" jawab Zack sambil matanya memandang ke arah sebuah kerusi panjang yang diletakkan di hadapan balai tersebut. Mulutnya memuncung memberi isyarat menunjuk ke arah kerusi tersebut. Abang Din pun melepaskan pandangannya ke arah yang dimaksudkan. Dia menganggukkan kepala kemudiannya.
Mereka pun berjalan beriringan menuju ke hadapan balai tersebut. Kelihatan beberapa orang anggota polis sedang berjalan penuh segak dan tough tidak jauh daripada mereka berdua.
Tak macam aku ni, jalan pun berterabur ala-ala samseng tak cukup umur.

Dengan uniform khas berwarna biru tua, cukup membuatkan mereka kelihatan begitu kemas dan menarik.

"Kalau ada apa-apa, panggil abang, okey?" Abang Din berkata perlahan. Punggungnya diletakkan di atas kerusi dan dia duduk dengan tenang. Tangannya diseluk ke dalam poket kanan seluarnya dan mengeluarkan sekotak rokok bersaiz kecil yang mengandungi empat belas batang rokok. Salah satu daripada rokok itu dikeluarkan dan dikepit ke bibirnya yang sudah mula hilang warna. Lighter berwarna ungu dihidupkan bagi menyalakan hujung rokoknya itu.

"Tak elok hisap rokok, bang. Nanti sakit baru tau. Sakit satu, bakar duit satu, jadi dua. Cuba abang kira berapa banyak duit yang abang dah guna untuk beli rokok ni seumur hidup? Empat belas darab dengan setahun, darab pulak dengan hidup abang yang dah berapa puluh tahun tu, jadi berapa?" soal Zack, membuatkan Abang Din berfikir sebentar.

"Empat belas darab tiga ratus enam puluh lima hari dalam setahun?" Zack terkerut-kerut mengingat. Gila nyanyuk betul, hari dalam setahun pun tak ingat.
Abang Din angguk perlahan.

Jari Zack mula bergerak-gerak. Matanya memandang ke langit, kerut dahi tak usah sebut, kalah nenek tua umur seratus satu tahun sebab cuba nak bayangkan jalan kira untuk mengira nombor-nombor yang ditimbulkan tadinya.

"Uhh! Lantaklah berapa pun! Buat kerinting rambut aku aje mengira! Abang bagi kalkulator, nanti ajalah saya kirakan. Chaw dulu!" Zack berlalu dengan muka blur menuju ke dalam balai.




"DUDUK. Nama apa?" tanya seorang pegawai polis di situ tanpa memandang ke arah Zack. Dia sedang menunduk menghadap sehelai kertas, membaca sebentar dan kemudian menulis sesuatu dengan pen basahnya yang berwarna hitam. Semacam mengisi borang kaji selidik pun ada gayanya. Kemudian, matanya dikerling sebentar memandang ke arah Zack.

"Saya Sofi Zarill binti..." Zack menjawab selepas duduk berhadapan dengan seorang pegawai polis lelaki di dalam lingkungan akhir tiga puluhan itu.

"Hah? Binti? Apesal binti pulak?" Pak cik polis itu bertanya lagi dengan muka ingin tahu yang mendalam. Dahinya mula berkerut seribu sambil matanya dikecilkan, penuh dengan gaya scepticnya. Tak puas hati, beb! Apa kes, pakai baju lelaki, rambut pendek and yang paling penting, dada rata macam jalan tar kena lenyek dengan steamroll. Boleh ke panggil perempuan?? Biar benar budak ni?

"Dah saya perempuan, sebab tulah binti, tuan." Dah tau tanya lagi. Pak cik polis itu pun sekali lagi merenungnya dalam-dalam. Di dalam keraguan dan kemusykilan, dia kemudiannya meminta dua anggota polis wanita mengecamkan sama ada betul atau tidak yang Zack itu ialah seorang perempuan.

"Tolong saya pastikan budak ni betul-betul perempuan atau pun lelaki?" Kata polis lelaki itu sambil mengusik-usik sedikit rambutnya yang sudah jarang-jarang itu walaupun masih muda. Tahap kolestrol mesti tinggi ni, tu sebab rambut dah tak ada dekat tengah kepala. Zack berbisik sendiri sementara menunggu tindakan susulan daripada pegawai-pegawai polis tersebut.

"Awak ikut cik dua orang ni. Minta maaf, tapi kami perlu pastikan yang awak tak menipu kami," kata polis tadi dan tangannya menunjuk ke arah dua orang polis wanita di sebelahnya.

"Buka baju awak, sekarang." Dengan muka tegas, salah seorang daripada dua orang polis wanita tadi memintanya membuka baju di dalam sebuah bilik khas tidak jauh daripada pintu masuk ke balai. Dari dalam bilik tersebut, kelihatan Abang Din yang sedang duduk di atas kerusi kayu tadi, merenung ke arah jalan di hadapannya. Zack mula melambai-lambai Abang Din dengan penuh semangat wajanya.

"Tak guna awak lambai, sampai tahun depan pun dia memang takkan nampak. Buka baju," kata pegawai polis yang menyuruhnya membuka baju, namun tidak dihiraukannya tadi.

"Kenapa dia tak nampak pulak? Sebab dia rabun?" Zack mula bertanya soalan bukan-bukan, kerana dia malas mahu mengikut arahan polis itu.

"Sebab cermin gelap la. Bukak baju saya kata!" suara polis wanita itu makin meninggi. Kesabarannya mula menghilang dengan sikap Zack tadinya.

"Ala, puan. Sungguh-sungguh saya perempuan ni!" Zack masih berdegil tidak mahu membuka baju. Bibirnya memuncung seiras anak tenuk.

"Buka sekarang sebelum saya yang bukakan!" Dah kena ugut macam tu, dengan muka poyo tahap cipan lapar, Zack pun membuka bajunya.

"Apa ni?"

"Bengkung."

"Buat apa pakai?"

"Saja-saja."

"Awak jangan main-main dengan saya!" Tapak tangan polis wanita yang namanya Aliana seperti yang tertera pada name tagnya menepuk kuat meja di hadapannya itu.
Lailahaillallah! Mak cik polis ni kenapa?

Zack merenung dengan wajah tak puas hati.

Tapi tak apalahkan, sebab aku budak baik, niat di hati untuk bergaduh dan bergusti mulut dibatalkan.

"Sengaja saya pakai sebab saya tak suka dua ‘bukit’ tu." Selamba Zack menjawab. Mata dua anggota polis wanita tadi membulat merenungnya. Sah abnormal budak ni! Wanita sejati takkan cakap macam tu punyalah.

"Awak pengkid?"

"Emmm, tak kut. Sebab saya tak berapa suka perempuan, and taklah berapa suka lelaki jugak! Kategori apalah saya ni, puan?" Kategori burung dodo yang dah pupus tu kut. Hu hu hu...

"Buka bengkung!"

"Mana boleh! Malulah saya! Aurat ni!" Zack menjerit kuat mempertahankan dirinya.

"Awak belajar kat sekolah mana yang kata situ tu aurat?"

"Sekolah!"

"Dah, tak payah nak mengarut-ngarut lagi. Situ bukan aurat sebab kita sama-sama perempuan. Bukak untuk sahkan awak perempuan."

"Tapi saya..."

"Awak nak saya bukakan??" Mula dah ketegasan kuasa vetonya.

"Yalah... yalah... tapi malulah! Buat x-ray tak boleh? Tak payah buka bengkung?" Mata Zack bersinar mengharap dan bibirnya mengukir senyum comel.




"BUKAK dah! Tengok la nak tengok sangat. Hah, picit sekali kalau tak puas hati lagi!" Akhirnya Zack terpaksa mengalah dengan paksaan polis wanita itu.

"Eh, buat apa awak tarik-tarik tangan saya ni?" Marah pegawai polis garang tadi dengan perbuatan Zack yang secara tiba-tiba menarik-narik tangannya.

"Cik kak nak tahu and siasat saya ni perempuan atau pun tak, kan? Sekarang ni saya bagi peluang, rasalah asli ke tak! Bukan selalu saya bagi peluang macam ni! Puan orang yang pertama. Cepatlah sebelum tawaran ditutup. Akak pulak tak nak cuba sekali?" tanya Zack sambil memandang ke arah seorang lagi anggota polis yang agak diam dari tadi.

"Ha?" Polis itu terkejut macam babun lepas beranak.

Zack tersenyum comel melihat aksi polis wanita itu sambil tangannya memegang tangan polis garang tadi, cuba dirapatkan pada dadanya, namun polis wanita garang itu menarik-narik tangannya kembali.
"Sudah! Berhenti!!"

Ha ha ha! Yeah! Berjaya! Ha... kau jangan main-main dengan aku!

"Dah cukup bukti ke, cik kak? Bukan ke nak pastikan betul-betul sesuatu tu kita kena buat pemerhatian dan eksperimen sebanyak tiga kali? Kena picit-picit, tenung-tenung..." kata Zack sambil membuat aksi seperti yang dikata.

"Cut it off! Awak boleh keluar sekarang!" jerit pegawai itu dengan pipi yang kemerahan menahan bengkak di dalam hati dengan perangai Zack tadi. Tak pernah ada orang berani buat macam tu kat aku sebelum ni! Berani betul budak ni main-mainkan aku! Bengkek gila! Nak jugak aku sekeh budak tomboy ni! Naya je karang!

Hua hua. Best gila kenakan dia!

Puas hati Zack melihat kebengangan muka pegawai polis tersebut.

"Betulkan saya perempuan, cik puan?" Tak puas hati lagi la tu.

"Ya! Dah! Jangan biar saya tengok muka awak lagi!"

Fuyyo! Takutnya... gila dahsyat bengang dia! Polis wanita yang agak diam itu pun mengiring Zack keluar selepas Zack mengenakan kembali pakaiannya.

"Akak tak ada nombor telefon? Saya suka sangat tengok akak. Comel! Body pun, wow! First class!" kata Zack sambil mengangkat kening. Kalah Ziana Zain! Dia mula melakar muka miang sambil merenung ke arah pegawai polis itu.

"Eh??" Polis wanita itu pucat dan mula membuat muka seram melihat Zack. Gila agaknya budak ni!

Wah wah... jahatnya aku! Namun, Zack cuma membuat muka selamba, padahal dalam hati, dah nak meletup kerana tak tahan geli hatinya.

"Dia memang perempuan, sarjan."

"Okey, terima kasih. Duduk. Apa masalah awak sebenarnya?"

"Beg saya hilang. Semua barang kena curi. Handphone, I.C..."

"Bila hilang? Kat mana? Kenapa lambat buat laporan?" soal pak cik polis itu bertubi-tubi.

Pening Zack nak menjawab.

"Satu-satu la, tuan." Amboi! Budak ini..

"Kenapa tak hubungi mak ayah awak?"

"Sebab otak saya bengap, tuan."

"Apa kena-mengena pulak?"

"Nombor nak call dia orang saya tak ingat, tuan."

"Siapa parents awak?"

"Ayah saya Dato’ Mu..."

"Dato’?

"Ya, tuan. Saya anak Dato’ Muhammad bin Robert a.k.a Dato’ Misai Putih duduk kat Perak."

"Dato’ Misai Putih? Kenapa macam pelik aje?" Polis itu mengusik-usik hujung misainya sendiri. Sebijik macam A. Galak dalam siri Gerak Khas.

"Haa memang pelik! Sebab saya yang bagi nama Misai Putih tu! Hua hua hua... sedap kan, pak cik A. Galak?" Zack ketawa kuat di depan polis tersebut. Namun selepas dijeling tajam, dia pun menekup mulutnya.

Adei, aku cepuk jugak kang budak ni! Sesedap jiwa raga dia nak panggil aku A. Galak. Aku hensem tujuh belas persen tau daripada A. Galak! Tinggal tak seglamor dia aje lagi. Cis! Perasaan gile perasan sudah datang. Hu hu hu.... Polis itu berbisik di dalam hati dan tergelak sendiri.

"Baik awak cakap betul-betul."

"Betul. Tak tipu. Dia ada syarikat. Nama syarikat tu, Wellbeing Enterprise." Zack mengangkat tangannya seakan orang bersumpah.

"Kejap, saya tengok." Pegawai polis itu mengeluarkan buku tebal yang menyimpan pelbagai nombor-nombor telefon. Senang cerita namanya Yellow Pages la. Dia bercakap sebentar dengan seseorang, kemudian bercakap pula dengan seorang yang lain.

"Papa!" Zack dengan rakusnya menyambar telefon yang dipegang oleh polis itu dan menjerit kuat. Semua mata memandang ke arahnya.

"Papa! Ni Zack! Papa kena cancelkan semua kad kredit, kad-kad bank and semua yang berkait dengan Zack secepat mungkin, sebelum papa jatuh bankrap! Ala... tapi papa, Zack nak duduk kat sini. Tak nak balik lagi. Nak minta papa hantarkan salinan I.C, lesen kereta, result... ha, senang cerita, minta mamalah uruskan. Kalau tak ada semua tu, kering Zack kat sini, papa. Haa, okey cantikk! Sayang papa and mama! Muahh muahh... bye papa my love!" Pap! Gagang telefon diletak secepat mungkin selepas dia habis bercakap.

"Alamak! Telefon ni boleh redial tak, tuan?"

"Hah, kenapa pulak lagi?"

"Lupa nak beritahu papa, saya ada kat mana. He he he..." kata Zack sambil menggaru-garu belakang kepalanya dan membuat muka kesian.

"Sengal betul budak ni!" Pak cik polis itu berbisik di dalam hati sambil menekan butang redial pada telefon di situ dan memberikan gagangnya kepada Zack.

"Bang Din! Minta nombor handphone abang! Nanti senang kalau ada apa-apa mak ayah Zack nak contact!" Selepas mendapatkan nombor handphone Abang Din, Zack bergegas ke dalam balai kembali. Selepas beberapa ketika, dia pun keluar.

"Beres, bang! Jom gerak! Eh, dah nak dekat asar la bang! Ada surau tak dekat-dekat sini?"

"Solat kat rumah ajalah, Zack."

Adei. Aku nak solat kat ceruk mana kat rumah dia? Ceruk Tok Kun? Telekung pun tak ada! Takkan aku nak jadi fully occupied as a guy kut? Cari nahas!

"Ala, abang ni! Kat suraukan lebih afdal, gitu!" Tergeliat lidah aku. Hu hu hu....

"Emm yalah kalau macam tu. Jom pergi surau. Masjid pun ada. Tapi jauh sikit la dari rumah."

"Mana pun jadi, bang!" Cantekk!




SESAMPAINYA di surau, Zack kembali pening. Kejadian-kejadian lepas membuatnya berfikir empat puluh tiga kali bagaimana nak menyeludup masukkan dirinya ke dalam tempat solat wanita? Yeah! Idea! Ni la gunanya otak geliga + bengap. Hu hu hu! Zack ketawa jahat.

"Apesal gelak tiba-tiba ni, Zack?" Hairan benar Abang Din melihat Zack. Terlepas dari hospital sakit jiwa mana budak ni??

"Tak ada apa-apa, bang! Saya pergi tandas kejap! Abang masuk dulu, okey?"

Abang Din mengangguk. Dia pun berlalu ke dalam surau. Di dalam tandas lelaki, Zack pun membuka bengkungnya. Tinggallah singlet sahaja yang melapik. Kemudian, dengan perlahan-lahan dia membuka pintu. Lepas jenguk kiri kanan, line clear, dia pun berjalan terhendap-hendap dengan lagak pencuri tak bertauliah itu, akhirnya selamatlah dia sampai ke tempat wuduk wanita. Fuh!! Semput mak datuk aku! Berdebar gilerr! Takut kena sergah kenapa aku masuk tandas lelaki! Mahu gugur jantung aku yang comel ini. Hu hu hu perasan lagi!

Cewah! Dengan mendadanya, dia berjalan masuk ke dalam bilik wuduk wanita. Dua bukit di depan ni, bukti aku perempuan. Hu hu hu.... Geli rasa hatiku menyebutnya. Setelah selesai semuanya, tanpa diattact lagi, Zack pun keluar menuju ke tempat parkir motor cabuk Abang Din.

"Kenapa tak nampak pun Zack solat tadi? Lama pulak tu?"

"Ada. Nun kat belakang! Biasalah bang, jamak!" jawabnya dengan muka dek. Disebabkan masuknya waktu solat asar dah tak lama, tu yang membuatkan Zack menunggu hingga azan asar. Senang sikit, pada fikirannyalah. Tapi, kan ke solat pada waktunya lebih afdal gitu? Hu hu hu....

"Naik cepat. Abang nak kena gerak pergi kedai dah ni!"

"Okey, bang!" Hatinya ceria selepas solat. Mesti orang hairan, kenapa aku beria-ia nak solat, padahal tudung pun tak pakai, acting jadi lelaki lagi! Aku ni, bukan tak nak pakai tudung, tapi ada sebab kenapa aku jadi macam ni.

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my