Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 14

15

"KAK, saya rayu dengan akak, jangan hantar saya pada polis. Apa akan jadi dengan anak bini saya nanti, kak?" Uncle Amri berkata perlahan sambil tertunduk, meminta simpati daripada kakak iparnya yang sudah membuat keputusan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

"Oiii pak cik tua! Kalau kau tak kena hukum dengan undang-undang dunia, undang-undang Tuhan lagi berat tau?" Zack mencelah. Mukanya sungguh tegang.

"Zack, diam!" Mama membalas.

Uncle Amri terpinga-pinga dan membuat muka bersalah.

"Saya minta maaf, kak. Saya rela sembah kaki akak asal akak maafkan saya. Saya dah bertaubat, kak. Lepas ni saya takkan buat lagi. Sumpah demi Allah!" Uncle Amri mengangkat tangannya bersumpah.

"Amri, jangan main-main dengan sumpah! Bahaya kalau kamu langgar! Okey, memandangkan kamu dah insaf, akak takkan lapor pada polis."

"Mama! How can you do that??" Zack menjerit.

"Zack, jangan menyampuk. Sebagai balasan, kamu bayar ganti rugi pada Arin, RM15,000."

"Sikit sangat, ma. Mana boleh. Upkan jadi RM30,000. No discussion anymore. Tutup buku!"

"Okey... RM30,000 saya rela bayar." Auntie Maria yang diam dari tadi bersuara.

"Okey... ASAP." Mama menyambung. Dia kasihan melihat keadaan Maria. Muka muram kelihatan langsung tidak terurus. Kenapa dia sanggup bayarkan untuk suami dia yang dah curang tu? Kalaulah aku, jangan harap! Mungkin aku sendiri yang akan minta talak kalau ayah Si Zack ni buat macam tu! Mama Zack berbisik sendiri.

"ZACK, malam ni ada dinner kat rumah Auntie Lisa. Pakai baju kurung." Mama tiba-tiba berkata selepas pulangnya Auntie Maria dan suaminya.

"Auntie Lisa? Mama Azim??" Zack bertanya kalut. Ahh, parah!

Mama angguk.

"Habis ma, siapa yang nak tengok-tengokkan Si Arin tu?"

"Tak apa, nanti Mak Timah dan suami dia balik sekali dengan papa. Dah bertolak dah pun ni. Tak lama lagi sampai la tu." Mama berkata sambil matanya berlari-lari membaca surat khabar pagi itu.
Zack segera berlari laju naik ke bilik.

"Azim! We need to talk! Now!" Zack menghubungi Azim selepas masuk ke dalam biliknya. Selepas bersiap ala kadar, dia pun turun dan keluar.

"Mama, nak jumpa kawan kejap. Petang ni Zack balik! Babai, ma!"




ZACK, mama dan papa sampai di rumah keluarga Azim selepas waktu maghrib. Zack pergi dengan memakai baju kurung putih berbunga merah kecil-kecil dan berselendang putih jarang yang diletakkan di atas kepalanya sahaja. Ayu sekali pandang. Kali kedua pandang, keayuannya hilang di balik cara jalannya yang langsung tidak menampakkan ke’feminin’annya itu. Di tangannya, handbag putih besar dijinjing. Hu hu hu... beg mama, okey? Aku mana pakai beg giler gedabak macam ni! Periuk belanga pun muat kalau masuk!

"Assalamualaikum, auntie! Auntie sihat?" tanya Zack sopan sambil bersalam dan mencium tangan Auntie Lisa.

"Sihat, Zack. Amboiii... bukan main lawa anak you, Gold?" Auntie Lisa memuji Zack sambil menyalami Datin Gold.

He he he... Zack gelak sendiri. Sekejap aje lawanya, auntie.

"Yo, bro! Apa cerita, beb?" Berlakon ala-ala dah lama tak jumpa, Zack meng‘hi-5’ tapak tangan Azim. Padahal baru aje jumpa petang tadi.

"Biasa la, aku tetap dengan kehenseman aku!" Azim mengelipkan matanya ke arah Zack.

Zack tersenyum lebar dan membuat thumb up.

"Jom, masuk." Mereka terus masuk dan menuju ke arah meja makan.

"Behave yourselve, Zack." Mama berbisik perlahan di telinga Zack.

"Will do." Zack membalas dan ketawa kuat di dalam hati.

"Ehem! Minta diri kejap, saya nak ke toilet." Zack berkata tiba-tiba.

"Aku temankan." Azim bangun dan beriringan dengan Zack ke toilet di balik dining room tersebut. Mama dan papa mereka berdua pun tersenyum. Dah nampak twinkling-twinklingnya dah. Hu hu hu...
Selepas lima minit..

"Ha ha ha... gila kau! Ada ke pulak macam tu!" Terdengar kuat suara Zack ketawa dari jauh. Mama senyum tidak senang duduk kepada Auntie Lisa dan suaminya.

Mata mama Zack membulat selepas terlihatkan yang Zack memakai baju T-shirt hitam dan jean hitam. Dah ke mana semua baju dan selendangnya tadi??

"Mama! Bila nak makan ni?" Zack duduk cepat di sebelah mamanya. Beg tangan putih diletakkan di atas lantai di sebelahnya.

Rupa-rupanya beg putih besar tadi diisi dengan T-shirt and jean! Siap kamu nanti, Zack! Mama mendengus geram.

"Zack, tunggu kejap. Ni baru tengah nak berhidang." Auntie Lisa berkata lembut.

Cun lagi mak cik ni walaupun dah tua. Zack angguk. Kemudian, famili mereka berdua menyambung cerita. Tentang apa lagi, business la!

Zack mula mengangkat kaki kirinya ke atas kerusi, tegak. Mukanya dibuat ala-ala bosan, mandang sekeliling, kemudian bersiul-siul kuat. Mereka yang sibuk bersembang tadi, terus diam dan memandang ke arahnya. Zack membuat muka tidak bersalah dan terus diam. Lama sikit, tidak sempat mereka menyambung kembali perbualan tadi...

"Ratapan naluri

Memanggilkan namamu

Kerana pertemuan ini, akan ku abadikan

Segala memori..."

Zack menyanyi kuat. Sebijik macam Awie dengan gaya rockersnya. Si Azim pulak bergendang-gendang menepuk permukaan meja dengan kepala terangguk-angguk mengikut irama lagu Ratuku yang dinyanyikan Zack.

Muka mama merah. Segera dia mencubit pinggang Zack.

"Mama, sakitlah!" Zack menjerit kuat dan mengusap-usap pinggangnya yang terasa bisa akibat cubitan mama.

"Emm... jom. Dah boleh start makan." Papa Azim menjemput para tetamunya itu makan selepas beberapa ketika.

Mata Zack membesar. Dengan cepat tangannya menyudu pelbagai makanan dan diletak ke dalam pinggan. Habis tumpah kuah yang disudu itu. Orang lain hanya melihat perbuatannya itu dan diam seribu bahasa.

"Auntie, uncle, jemputlah!" Zack berkata senang. Amboiii, macam dia pulak tuan rumahnya!

"Jemput, jemput!" Papa Azim berbasa-basi.

"Zim, jom makan guna tangan! Aku tak selesa la makan dengan sudu. Nanti tak puas nak makan ayam ni!"

"Jom!" Mereka berdua pun bangun dan membasuh tangan di singki berhampiran.

Apa lagi, letak aje punggung, mereka berdua terus melantak makan macam orang tak makan dua puluh tujuh hari! Sambil makan, mereka berdua yang duduk berhadapan itu, bersembang-sembang dengan mulut penuh nasi. Kemudian ketawa terbahak-bahak sampai tersembur nasi keluar dari mulut.

Subhanallah! Anak alien mana terlepas ni, tak tau la! Parents mereka cuma mengeluh melihat gelagat mereka berdua itu.

"Woi, mangkuk! Kau korek hidung buat apa! Ak ala... kau ni! Haa, sampai masuk ke dalam sup! Mak aiii! Siot betul!"

"Ya ke? Mana, mana?" Azim memegang sudu dan mengacau-ngacau kuah sup tadi seakan mencari t**k hidungnya di dalam sup itu. Parents mereka cuma tersenyum sesama sendiri. Meng ‘cover’ malu. Hairan dengan perangai anak-anak mereka itu.

Sehabis makan berat, mereka menunggu pula hidangan pencuci mulut.

"Zack, jom main lawan mata. Siapa pejam dulu, dia kalah!"

Mereka berdua mula bertentangan mata. Lama. Mata Zack kekadang dikecil dan dibesarkan kembali bagi menahan kepedihan matanya. Seminit, dua minit, dua minit setengah. Tiga minit...
"Yea! Aku menang!" Zack menjerit kuat.

"Woi! Mana aci! Kau sepak kaki aku!" Azim menjerit tidak puas hati.

"Ahh, tak kira arrr. Yang penting, kau dah kalah!"

"Mana aci macam ni! Kau ni memang arr... Zack!"

"Ahh, lantak kau la! Kisah pulak aku!"

Mereka berdua mula bertengkar dengan bersungguh-sungguh.

"Both of you, shut up!!" Keempat-empat orang tua tadi menjerit kuat.

Mereka terkulat-kulat lalu diam. Tidak lama mereka sebegitu, kemudian mereka mula bercakap kembali.

"Woi, kau tak ada game baru ke? Aku main Beat Down, best giler!" Zack mula buat bising.

"Eleh, apa kelas Beat Down? Aku main GTA baru punya, lagi best daripada game kau tu! Jom! Main PS2!" Mereka berdua beriringan dengan excitednya ke ruang tamu tanpa mempedulikan ibu bapa mereka. Seolah-olah hanya mereka yang ada di dalam rumah tu.

Mereka berdua sekali lagi membuat kecoh di ruang tamu.

"Dah, korang berdua pergi main kat luar, kami ada benda penting nak bincang ni." Papa Azim ke ruang tamu dan bercakap dengan mereka.

"Ala... uncle, kejap aje kita orang nak main ni," kata Zack tanpa memandang ke arah papa Azim.

"Azim! Dengar cakap papa." Mereka pun terpaksa berhenti bermain PS2 dan keluar.

Di luar.

"Wei! Kau rasa apa? Jadi tak planning kita tadi??" Azim bertanya penuh excited.

"Fuh! Aku rasa 123% menjadi! Cuba kau tengok, betapa menyampahnya dia orang tengok kita tadi. Hua hua hua...."

Tanpa sedar, Auntie Lisa mendengar perbualan mereka.

"Wei, jom swimming!" Zack mengajak tiba-tiba.

"Tak nak la! Aku mana reti!" Azim menolak.

"Laa kau ni, takkan berenang pun tak reti? Mangkuk jamban betul la. Sini aku ajar!" Zack menolak Azim masuk ke dalam swimming pool di situ, kemudian dia gelak kuat.

"Weh! Lemas aku, beb!" Azim sudah terkapai-kapai, kemudian tenggelam-timbul di dalam air.

"Laa... kau memang tak reti berenang ke?" Zack membuka bajunya dan tinggal singlet sahaja melapik. Kemudian, dia terjun ke dalam air sejuk itu dan membawa Azim naik ke darat.

"Zim, Zim! Kau okey tak ni?" Pipi Azim ditepuk-tepuk kuat. Dia meletakkan telinganya di dada Azim. Hidup lagi!

Azim sedar dan terbatuk-batuk kemudiannya.

"Gila kau! Nasib aku tak mati!"

"Ha ha ha... tak maco langsung! Rumah ada swimming pool, tapi tak reti berenang!" Zack ketawa lagi.

"Ohh, kau kata aku tak maco, ya?" Azim memeluk badan Zack dan dibaringkan ke atas rumput. Azim di atas, Zack di bawah. Mata mereka bertentangan. Dada berombak dan bergetar laju.

Dari jauh, Auntie Lisa tersenyum penuh makna.

Mata Zack terkelip-kelip memandang mata Azim. Azim pula merenung dalam ke muka Zack. Makin lama makin comel pulak budak tomboy ni! Azim berbisik perlahan di dalam hati.

"Kau cantik, Sofi." Azim berkata dengan nada berbisik.

Eh, sejak bila nama aku bertukar jadi Sofi pulak dah ni? Adei laaa...

Tangan Azim perlahan-lahan memaut leher Zack. Zack menggigit bibir. Auntie Lisa pulak dah berlalu dengan senyum di bibir dan tersipu-sipu malu.

Zack masih blur. Entah kenapa, keadaan sebegitu membuatkan dia berdebar-debar. Jarang benar dia nak berdebar-debar apabila berhadapan dengan lelaki, apatah lagi Si Azim yang sudah lama dianggap seperti adik-beradiknya sendiri. Umur Azim yang cuma tua setahun daripadanya, memang membuatkan merek berdua sekepala.

Muka Azim dirapatkan lagi ke muka Zack. Zack pulak memaut leher Azim dengan kedua-dua tangannya dan...
"Aduh! Sakitlah mangkuk!"
Azim segera berdiri dan memegang dahinya perlahan selepas dihantuk kuat dengan kepala Zack.

"Mangkuk jenama Mikasa untuk kau! Heh! Ingat sikit... kau tu lelaki, aku ni sebaliknya! Jangan main sentuh cium-cium macam tu aje! Kalau ya pun, tunggu la kahwin! Dahlah, aku nak balik!" Zack bangun dan berjalan laju masuk ke dalam rumah. Bajunya tadi ditinggalkan begitu sahaja.

Azim pula menyesal gilerr. Percuma aja dapat bengkak biru! Mahu seminggu tahap kehenseman aku ni merudum jatuh! Hisyy! Dah sakit satu hal, malu satu hal! Macam mana aku boleh nak pergi cium budak tu?? Hai, mengucap, mengucap, Zim! Ingat Tuhan!

"Zack! Nak ke mana tu??" Mama terjerit kuat sambil mengejar perlahan Zack dari belakang yang laju berjalan dengan beg putihnya.

"Ma, Zack nak balik dulu. Babai!!" Zack berkata perlahan dengan wajah masam mencuka. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta dan segera menghidupkan enjin lalu berlalu pergi begitu sahaja, meninggalkan mamanya yang terpinga-pinga sendiri. Eh, aku dengan laki aku tu nak balik naik apa??

"Kenapa dengan Zack, Zim?" Auntie Lisa bertanya hairan.

Azim menggeleng sambil mengurut-urut dahinya sendiri.

"Ya Allah! Kenapa ni, sayang??" Auntie Lisa mengusap-usap dahi Azim yang bengkaknya makin membesar dan membiru.

"Penangan Zack, ma." Azim membalas selamba dan berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Orang lain tercengang-cengang mendengar jawapan Azim. Hai, belum kahwin lagi ni! Agak-agak dah kahwin nanti, lebam satu badan Si Azim kena karate Si Zack!

"Mungkin kena tangguh dulu majlis tunang dia orang ni," kata papa Azim sambil memeluk badannya sendiri. Auntie Lisa still pening-pening. Tadi bukan main romantik aku tengok, tup tup blah sekejap, dah dapat telur ayam kampung sebijik dekat dahi!

"Abangnya, macam mana kita nak balik ni?" Mama Zack menyiku-nyiku suaminya di sebelah sambil membuat muka cover. Dari awal sampai ke habis, memang asyik kerja duk meng ‘cover’ ajalah dek kerana perangai budak-budak rebina dua orang tu! Malu betul rasanya. Entah betul tidak usulnya yang mencadangkan anak-anak mereka dinikahkan.

"Tak apa, minta Pak Abu hantarkan." Papa Azim berkata sambil memandang ke arah sahabat baiknya itu.

"Menyusahkan aje. Si Zack ni memang nak kena!" Papa mula membebel sendiri.

"Azim buat sesuatu kat dia kut... tu yang dia marah tu." Papa Azim cuba mempertahankan Zack.

"Emm... tak taulah saya dengan budak-budak zaman sekarang ni. Terima kasih dinner tadi. Minta maaflah dengan kelakuan Si Zack tu. Nanti kita bincang balik pasal ni. Kami balik dulu. Assalamualaikum." Papa Zack bersalaman dengan papa Azim dan masuk ke dalam Mercedes Benz kawan baiknya itu untuk dihantar pulang.




"MAMA! Janganlah tunangkan Zack dengan dia! Dia dah ada girlfriend lain la, ma!" Zack berkata kuat sambil tangannya menggoncang-goncang air tin 100 Plus. Baru lepas belasah orang, kena la tambah tenaga balik! Ceh, poyo pulak.

"Kenapa Zack lebamkan dia tadi? Malu mama and papa tau?" Mama bertanya selepas duduk di sofa berhampiran. Mukanya dikipas-kipas sendiri menggunakan tangannya, gara-gara berlari laju menerkam masuk ke rumah untuk bertanya pada anaknya tentang insiden yang berlaku tadi.

"Dia nak... nak..." Alamak! Terkedu sekejap, blushing pulak aku! Patut ke beritahu mama ni? Ke tak payah? Isyy... masalah luar negara betul la!

"Dia nak apa??" Mama bertanya laju. Geram dengan Zack yang tergagap tiba-tiba.

"Uhh! Dia nak ki.." Zack membuat gaya kissing menggunakan kedua-dua tangannya.

"Betul ke ni, Zack? Dia nak kiss Zack?" Mama menjerit kuat. Muka suaminya yang baru sahaja menjenguk masuk ke dalam rumah, ditenung penuh semangat.

"Betul la, ma! Takkan Zack sengaja nak fitnah and cederakan dia kut? Diakan kawan baik Zack dulu, ma?" Zack berterus terang. Huh! Malu siot!

Zack segera membuka penutup tin 100 Plus tadi dengan kasar. Air 100 Plus itu diminum gelojoh sehingga tumpah dan membasahi singletnya.

Papa dan mamanya merenung antara satu sama lain. Nakal jugak Si Azim tu rupa-rupanya! Dan akhirnya... kedua-dua orang tua tadi pun menggeleng-gelengkan kepala mereka. Betullah kata Datuk Hamdan awal tadinya.

"Zack naik dulu, ma!" ujar Zack lalu berlari naik ke atas dengan laju.


"NOMBOR yang anda dail..."

Isyyy! Apesal dengan si operator ni? Zack tidak puas hati lalu dia mendail kembali nombor Abang Din. Ni dah kali ke lapan dah ni! Mana dia? Aaa! Bang Din!!!

Akhirnya, Zack hampa dan dia tertidur kepenatan.

0 comments:

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my