Bini Aku Tomboy Ke?

Karya Dari Arisa Eriza

APA KATA WATAK?


"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?"

APA KATA WATAK?


"Woi! Cekadak kering! Apa kes kau nak ajak-ajak aku keluar pulak ni, hah? Kau dah ada awek, buatlah cara dah ada awek! Setia pada yang satu!" Zack menjerit kuat di dalam kereta selepas dia menghubungi Azim.

Bini Aku Tomboy Ke? - Bab 6

6

TUNANG, lelaki, kahwin, tunang, lelaki, kahwin. Ahh!! Serius gila dah sakit kepala and jiwa aku memikirkan kemungkinan-kemungkinan suprise mama malam nanti! Uhh! Aku tak nak lagi belajar menyusu baby, bancuh susu untuk baby, tukar lampin baby, mandikan baby and semua yang ada kaitan dengan baby! Sedih!

Memang baby comel and cute-cute, tambah lagi kalau mamanya ialah aku. Tapi memang giler kesian and simpati la kat bapak baby tu nanti, sebabnya aku akan buli dia habis-habisan! Biar dia yang jadi tukang jaga baby! Aku pulak just tolong mengandung, meneran and menyusu baby. Eh, banyak jugak kerja aku rupa-rupanya. Walaupun aku hanya menjadi mummy yang membuli daddy baby aje? Aih, penatlah nak fikir! Baik aku tidur! Akhirnya, Zack pun tertidur di atas katil sambil badannya disapu lulur oleh pekerja di situ.

ZACK tersengih-sengih macam babun gatal selepas habis badan dan mukanya di‘sental’ oleh pekerja spa itu. Puas! Gila selesa bagi aku yang dah lama tak mandi dengan sempurna ini! Kemudian, dia pun keluar menuju ke arah mamanya yang sedang galak bersembang dengan Auntie Maria. Mama ni kalau dah bersembang tu, bukan nak ingat siang ke malam. Kalau ada bom jangka kat sebelah pun, Gerenti dia buat tak nampak aje kalau dah sedap menyembang!

Samalah macam aku yang duk tercongok sebelah dia ni! Besar macam belon pun dia buat aku ni macam transparent aje! Kekadang tu, tengah duk sedap-sedap sembang pun, mata boleh terpejam, tapi mulut duk bercakap lagi! Hebatkan mama aku ni? Aku salute tiang gol kat dia bab sembang menyembang ni.

Wanginya badan aku. Patutlah bride-to-be selalu buat lulur tu. Nak malam pertamalah katakan. Mestilah nak perfect depan suami, kan kan? Uhh! Jenuh dah aku! Aku dah terkena sawan nak kahwin ke ni? Asyik memikir pasal kahwin aje! Siap dengan malam pertama lagi! Ni mama punya suprise punya pasallah ni yang buat otak aku duk kerja fikir bukan-bukan! Benda yang tak pernah aku fikir pun sebelum ni, kahwin!

"Eh, dah sudah, honey? Macam mana, dah okey sikit badan lepas buat spa?" Mama bertanya penuh kasih sayang. Itu pun lepas aku buat pelbagai aksi nak bagi dia sedar aku duk menunggu macam tiang lampu tepi jalan kat sebelah dia ni! Aku dah cuit, aku dah cubit, aku dah jerit, akhirnya aksi Ultraman jugak yang mampu menyedarkan mama. Syukur ke hadrat Ilahi....

"Badan Zack memang sentiasa okey, ma. Tip top condition punya body!" Itu dah masuk kategori kereta dah tu! Kata Zack sambil tersenyum-senyum kelat depan Auntie Maria. Mak cik ni tak tau lagi perangai aku yang kuat dengan perasaan gila perasan ni! Mesti dia fikir bukan-bukan pasal aku. Hu hu hu... aku kisah apa, bukan aku nak kahwin dengan dia pun.

Dekat butik = fikir nak bertunang, dekat spa = fikir kahwin, lepas ni = fikir mengandung pulak! Kontotlah umur aku lepas ni, asyik fikir benda yang menyakitkan kepala aje! Ya Allah... tolonglah jangan bagi aku kahwin lagi. Aku rela menyerah diri kepada raksasa Sompoton daripada kena kahwin!!

"Jom! Dah lewat ni. Maria, thanks! Come with us tonight! Will waiting for you!" Mama menarik tangan Zack yang masih terpinga-pinga selepas mama membayar caj yang dikenakan oleh spa itu tadi. Lebih kurang RM300 lebih. Campur dengan dress yang akan menguburkan kehenseman aku malam ni, jadinya, habis nak dekat RM1000! Bukan dekat aje, tapi memang dah lebih RM1000 pun kalau dicampur tolak, darab, bahagi! Hisy, untuk pertama kalinya, aku menjadi terer dalam math! Hanya untuk aku sorang, dalam masa sehari habis lebih RM1000! Waa, amat-amatlah dahsyat pembaziran yang dilakukan oleh mama lawa aku ini! I need to stop this thing, mama!

"Apa dia, sayang?" tanya mama di dalam kereta mewah milik suaminya itu. Macam boleh baca aje kata hati aku. Bahaya ni!

"Tak ada apa-apa." Ceh! Action aje lebih! Cakap dalam hati boleh la, nak buat, hampeh!

"Kenapa macam gelisah aje ni, Zack? Apa yang tak kena?" Sebab dan akibatnya, dah berjuta-juta kali Zack minta mama beritahu Zack pasal apa ke jadahnya dengan dinner malam ni, tapi mama masih berdiam diri, membatukan hati untuk tidak berterus terang dengan aku, membiarkan aku terkapai-kapai di alam khayalan mengarut ciptaan aku, yang akhirnya akan membuat aku...."

"Hei! Zack, apa kesnya duk buat action baca sajak ni? Zack demam ke??" Mama makin risau dengan anaknya yang seorang itu. Makin lama, makin aneh semacam alien tak berekor. Nasib anak aku still
berwarna putih, bukan hijau and mata besar macam alien dalam Men in Black tu! Hisy hisy hisy.... minta dijauhkan! Mamanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Mama pun sama aje. Duk terangguk-angguk, tergeleng-geleng macam orang duk berzikir pulak kenapa?" Zack merenung mamanya hairan. Patut pun aku duk buat action pelik-pelik, rupa-rupanya gen mak aku turun kat aku. Gitu rupa-rupanya.... Baru aku tau hari ni! Like mom, like daughter, right? Exactly! Zack memetik jarinya.

"Dah. Jangan nak mengarut! Mama tengah berfikir ni, budak kecil tak boleh menyibuk!"

Pulak dah mama ni. Hai, macam-macam. Better aku tidur daripada duk berdialog sendirian berhad kat sini.

"Hah, tak payah tidur. Nak sampai sangat dah tempatnya ni!" Aih, mama ni. Apa kes? Tertelan jamu nenek kebayan hutan mana ni? Makin lama makin pelik pulak lagaknya. Tadi okey aje, steady and happy. Angin datang bulan sudah menyusup dalam badan mama kut. So, tak apalah. Aku faham, aku faham, sangatlah fahamnya.

Aku pun pernah jugak dulu-dulu kala, masa dua hari sebelum bulan purnama diri aku datang menjenguk, aku jadi macam makhluk asing bertanduk lapan! Kesian dekat makhluk berekor satu itu, yakni kucing kesayangan aku, sebabnya aku telah menerbangkan rohnya yang baru sahaja setahun anak jagung, disebabkan angin aku la.

Masa tu, aku tengah bengang sebabnya aku punya buku sejarah tingkatan tiga dah hilang dari pandangan. Jadi, aku pun menYapah-nYapahkan buku dan kotak-kotak yang ada dalam almari bilik aku sambil mulut aku menyumpah seranah si kucing ‘bertuah’ yang duk sibuk mengiau-ngiau dan bermesra-mesraan kat kaki aku.

Dah la bulu gebu, menggelikan lagi kaki aku yang sensitif dengan kegelian itu. Lalu, aku tertolak satu kotak yang penuh dengan buku-buku biologi tebal mama, lalu jatuh dan menimpa ekor kucing comel itu. Meoww!!! Gila kuat dia jerit! Bulu-bulu dia dah tegak-tegak! Terkejut + sakit! Mahu ke taknya, tengah duk manja-manja, tiba-tiba kotak timpa ekor, hah terbang nyawa lima saat!

Aku cepat-cepat tarik kotak tu, aku tengok ekor dia dah bengkok kat hujungnya. Hilang dah dua puluh tujuh percent kecomelan kucing comel aku tu. Aku pun belai-belai badan dia, tapi dia merajuk kut, terus lari keluar dari bilik aku. Setengah jam lepas tu, tamatlah riwayat si kucing aku itu. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.

Doktor kata, kucing aku tu mati sebab terkejut. Kucing pun boleh kena strok rupa-rupanya. Ye ke? Memandai aje aku ni. Tapi, aku betul-betul menyesal disebabkan kegagalan aku mengawal kemarahan, kecomelan kucing aku tu cuma tinggal dalam memori mengusik jiwa aku aje. Dah tak ada dah ngiauan comel dan kegebuan bulunya semenjak hari itu. Sedih pulak aku!

"Jom, sayang! Dah sampai!"

Kenangan bersamamu, kucing.. pun hilang selepas mama bersuara. Aku baru duk nak feeling nyanyi lagu rock tangkap lentok, mama pulak kacau. Heih! Melihatkan pada hotel itu saja, fikiran Zack kembali pada secret planning mama and papa. Rambut aku sudah mula mengalami keguguran sehelai demi sehelai kerana memikirkan dinner malam ni! Botak cun la anak mama ni nanti!

Zack mengekori mama sehinggalah mereka pun sampai ke suite di hotel five stars itu. Zack menerkam masuk selepas mamanya membuka pintu suite itu, macam harimau nampak kambing dah gayanya!
"Wah! Sedapnya katil!" Zack terus membaringkan badannya di atas katil bertilamkan tilam empuk itu.

Ada dua benda yang boleh membuat aku jadi obses gila, iaitu katil, tidur dan makan! Kalau dapat dua tu, aku akan jadi lupa diri and dunia buat sementara waktu! Kalau aku merajuk aje, mama mesti akan masakkan aku banyak-banyak, bukan mama la, tapi tukang masak mama. Senang aje nak pujuk aku ni.

Aku terlupa pulak yang aku tak solat lagi. Jadinya, aku pun bangun solat seperti biasa and sambung membaringkan diriku di atas tilam empuk bagai ni.

"Mama nak mandi kejap. Kejap lagi pukul enam mama nak mekapkan Zack." Suara mama membuatkannya terjaga. What?? Mekap? No!

"Tak payahlah mekapkan Zack, ma. Nanti Zack nak solat, buat rugi aje bedak plus blusher plus eye liner plus plus semualah kalau pakaikan kat Zack! Kalau ada semua tu kat muka, tak sah lah solat Zack, kalau tak kena air bebetul, ma." Hujah aku yang kesekian kalinya untuk mama!

Dulu, masa dinner kolej dekat universiti tercinta aku tu, ada ke mama nak suruh aku mekap dengan aku yang memakai kot and slack tu?? Kalau macam tu, baik aku pakai bikini aje, baru sedap nak mekap-mekap pun! Ini, karang orang fikir aku mak nyah planet Pluto yang dah terbang ke bumi yang penuh pokok dan oksigen ini! Tak sesuai langsung!

"Okey. Tapi mama nak Zack pakai ni. Mama tak kira!" Mama berkata dengan nada mengancam sakan.

Mama mengeluarkan sebuah beg travelling yang penuh dengan rambut-rambut palsu, berwarna-warni macam pelangi. Sebut aje, warna biru, ungu, hijau sampai ke putih pun ada! Aku sudah gila! Aku sudah gila!

"Kalau Zack tak sayang mama, Zack buat la mama sedih. Nanti mama sakit jantung, haa baru Zack menyesal tak sudah!"

Allah! Pulak dah, mama ni! Kenapa la dia tak paham yang aku ni tak suka jadi perempuan sejati? Hisyy, kes berat, berat yang teramatlah beratnya ni! Tiba-tiba, kenangan bersamamu, kucing.. kembali di layar minda aku. No! Aku tak nak mama jadi macam Kegebuan a.k.a. nama kucing aku yang sudah arwah itu. Tu la hadiah pertama dan terakhir aku untuk Kegebuan, memberikan nama yang langsung tak glamor untuknya.

"Ya la, mama." Akhirnya, Zack pun terpaksa mengalah dengan ugutan mamanya.

Hai, memang tak boleh jadi ni! Asyik mama aje yang buli aku! Bila masa pulak aku nak buli mama ni??

"Janji, okey?" Jari telunjuk mamanya tepat menunjuk ke arah muka Zack dari jauh. Aksi mengugut.

"Ya, mama, janji." Mama senyum lima jemput.

Aku jugak yang terkerut-kerut macam tenggiling sakit perut!

Mama pun mencubakan aku dengan berpuluh-puluh helai rambut palsu. Kejap aku nampak macam Best Of The Best Princess Charming, kejap lagi, aku nampak pulak macam The Best Of The Prince Charming, yang paling aku suka. Lagi yang paling the best of the best, aku nampak macam mak nyah cute dekat lorong P. Ramlee!

"Haa! Yang ni memang suit gila dengan Zack! Barulah namanya anak Datin Gold!"

"Mama! Mama tak rasa ke anak mama ni sebijik macam kera tak pakai baju dekat belakang sekolah Zack dulu tu, ma??" Hai, mama. Kenapa mama tak PRO fesyen, jadi pulak PROsak fesyen! Aku jugak yang jadi mangsanya!

Rambut berwarna kuning keemasan tu aku pusing-pusing kat atas kepala. Macam ada benda yang tak kena. Aku letak ikut depan, nampak pelik and salah. Letak ikut belakang, lagilah pelik and salah of course!

Aku bet, memang mama nak tunangkan aku malam ni! Kalau salahlah bet aku ni, aku rela terjun dari puncak KLCC! Tapi guna payung terjun la. He he he....

"Jom, sayang cute mama!" Selepas solat Maghrib, tak sempat aku nak bukak telekung and habiskan doa aku, mama dah duduk tersenyum-senyum moyang tenuk kat sebelah. Senyum penuh dengan makna tersurat dan tersirat! Macam senyum mak tiri jahat Cinderella pun ada aku tengok! Hisyy, karut betullah!

Akhirnya, sampailah aku ke dewan yang penuh gilang-gemilang itu. Dari jauh, aku dah nampak papa kesayangan aku duk bersembang dengan kekawan dia. Aku dengan rambut palsu + dress hitam + kasut mama yang tinggi 1 inci + lip gloss, rasa semacam bukan aku yang sebenar!

Uhh aku benar-benar terseksa. Kalaulah tidak kerana kasih sayang aku pada mama and papa, and jugak kerana makanan, tak ada masa aku nak datang dengan gaun-gaun apa jadahnya ni! Suruh aku tidur kat rumah Bang Din pun aku sanggup! Ceh! Macam benar aje. Tak kira nak terjumpa katak pisang, lipas and cik ti lagi, boleh la belagak macam sekarang!

"Mengumumkan ketibaan orang yang dirai, Cik Sofi Zarill bersama Datin Gold Fish! Minta maaf. Kesilapan teknikal sedikit. Datin Gold!" Hadirin yang hadir bertepuk tangan sambil lampu spot light dihalakan ke arah mereka berdua yang berjalan beriringan itu.

Aiii, tak payah la suluh-suluh pulak! Aku ni dah la jalan macam apa entah, kalau jatuh buat malu aje!

Zack cepat-cepat duduk selepas sampai di meja VVIP. Dia sedang menelan air liur tidak sabar untuk makan. Makanan tu semua nampak sedap-sedap! Aku nampak kek! Ayam golek! Ikan bakar! Daging bakar! Wah! Aku berada di syurga dunia! Cepatlah makan ni! Dah penuh sebaldi suku kalau tadah aku punya air liur yang aku tahan daripada menitik disebabkan kempunan melihat makanan yang tersedia tu!

Selepas beberapa persembahan....

"Hadirin semua dijemput makan," ucapan pengerusi majlis menghingar-bingarkan dewan tersebut.

Zacklah orang pertama yang bangun menuju ke tempat mengambil pinggan. Dia mengisi pinggan tersebut penuh dengan segala macam daging-daging yang ada. Satu lagi pinggan diisi dengan kek berkrim putih. Zack menghiris kek tersebut kepada bahagian-bahagian besar.

Kalau boleh, aku nak angkut sebijik kek ni bawak ke meja aku, bagi aku sorang aje yang gemuk dengan kek ni.

Sedang Zack menelan kek, papanya naik ke atas pentas.

"Perhatian. Malam ini sangat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi akan ditunangkan dengan Muhammad Azim Dato’ Hamdan! Sila naik ke pentas! Zack, Azim." What?? Azim Albino?? Bakal tunang aku?? Dengan mulut comot dengan krim putih, lampu spot light sekali lagi menyuluh ke arah Zack. Tamatlah riwayat kecomelan aku malam ini!

1 comments:

  1. Unknown said...
     

    dah keluar kat buku novel ke

Post a Comment



 
Blog Promosi Novel Bini Aku Tomboy Ke? dari Arisa Eriza, Terbitan Kaki Novel. Reka Bentuk Oleh www.penulisan2u.my